Penuhkan tangki minyak dulu. Perjalanan kami bermula seawal 7.30 pagi 28 Oktober, menuju Oxford. Bermalam di rumah seorang rakan di Middlesex, London. Menziarahi cousin yang baru sahaja mendapat cahaya mata pada keesokan harinya. Kemudian bertolak ke Wales lebih kurang pada pukul 10.30 pagi Isnin 29 November.
Telah pun memasuki wilayah Wales, papan tanda bertulis bahasa Inggeris dan bahasa tempatan. Perjalanan ke Caravan yang terletak di Phwelli mengambil masa 6 jam dari London termasuk berhenti rehat untuk makan dan solat.
Walaupun ada bilik, Ucai, Kakcik dan Abang Aan lebih selesa tidur di sofa bed di ruang tamu.
Destinasi pertama ialah Snowdon Mountain Railway, menurutkan hajat ayah yang mahu menawan puncak Wales
Perjalanan ke Summit mengambil masa lebih kurang sejam, dengan pemandangan perbukitan yang indah
Dah sampai...
ketinggian 1085m
Cuaca yang sejuk melampau menyebabkan semua bersesak dalam komplek kecil ini
ayah senyum puas.....
foggy.....
JALAN-JALAN SEKITAR SNOWDON
PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN, JALAN RAYA DI CERUN BUKIT..
IT'S OUR HOLIDAYYY!
No comments:
Post a Comment