If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday, 29 April 2013

KAWAN SAYA DAN ALKOHOL

Hari ini saya bersembang dengan rakan sekerja tentang amalan masyarakat mereka yang rata-ratanya minum alkohol (arak). menurut kawan saya dia suka minum tapi dia tak minum banyak kerana dia mengidap migrain. Minum lebih akan menyebabkan dia sakit kepala. Jadi dia biasa ambil dalam setengah pain sekali minum, dalam seminggu dia minum lebih kurang enam kali sahaja.

Namun ada kawan-kawannya yang ketagih minuman ini. Walaupun menghadapi risiko yang mengancam nyawa tetapi mereka tetap mengambilnya dalam kadar yang banyak dan merbahaya. Contohnya seorang kawannya yang dinasihati oleh doktor supaya berhenti minum kerana jika dia terus minum akan membawa maut. Namun kawannya itu tidak berupaya mengawal diri, setiap malam mengambil minuman ini dalam kadar yang banyak pula. Dia memberitahu saya bahawa kawannya itu tidak peduli walaupun tahu bahawa dia sedang menuju maut! Lagi ceritanya ada kawannya yang mengidap penyakit kulit, dan semakin hari semakin teruk keadaannya akibat gagal mengawal nafsu terhadap alkohol. Dia terus minum walaupun kulitnya bertambah parah dari hari ke hari. Seorang lagi mengalami masalah gigi dan gusi yang teruk, namun seperti yang lainnya, dia sudah ketagih dan terus juga minum dan mabuk-mabuk setiap hari.

Bukan saja masalah kesihatan. Seorang kawan saya yang baru sahaja berhenti kerja dua hari yang lalu memberitahu saya dia pernah mengambil minuman keras 2 atau 3 botol setiap malam. Masa itu dia berusia 40 tahun dan bekerja di Sekolah anak-anak cacat. Saya tanya dia kenapa dia minum banyak-banyak? Dia jawab "I was very stress!". Dia berhenti bila tiba-tiba dia mendapat "mild heart attack". Daripada 2 atau 3 botol sehari, kini dia cuma mengambil 2 atau 3 botol seminggu. saya tanya dia mabuk ke kalau minum. Dia jawab mabuk dan tejelepek atas katil lee (menurut terjemahan saya lee). kawan saya yang ini memang teruk perangainya. Hidup pun tiada tujuan, agama langsung tak tahu hala. Sebab tu kut waktu dia buat "christening" untuk cucunya yang tak sah taraf itu baru-baru ini kehadiran cuma 10 peratus sahaja!

Rakan baiknya pun teman sekerja saya juga. Sama perangai pula, minum itu habitnya. Kalau ada masalah lagi la mereka kuat minum. Hari ini pun saya kena ganti dia bekerja. Dia stress teruk sampai sakit dan masuk hospital.

Itu adalah beberapa contoh dan pengajaran bagaimana bahayanya arak yang dikira sebagai ibu segala dosa besar dalam Islam. Memang besar akibatnya. Arak bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan fizikal, malah membawa kesan buruk kepada mental dan spiritual. Ketagihan kepada arak akan membawa kepada masalah ekonomi juga kerana harga sebotol arak adalah mahal dan seperti juga dadah, bila seseorang telah ketagih dan bergantung kepadanya, maka ia akan sedaya upaya mendapatkannya. Oleh itu saya lihat kawan-kawan saya yang kuat minum ini sentiasa kesempitan wang walaupun mereka tiada tanggungan. Hidup sebatang kara, cuma tanggung diri sendiri kerana anak-anak sudah besar dan ada kehidupan sendiri, namun poket sentiasa saja kosong. Nak naik teksi pun tiada duit.

Keluarga pun sentiasa bermasalah. Selalu bergaduh, maka semakin bertambahlah stress mereka. Datang kerja pun kadang -kadang dengan mata merah, dan mengadu pening-pening, maka bagaimanakah mereka dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka. Tidak hairanlah saya selalu saja melihat mereka cuai dalam kerja (negligence), kesalahan yang kadang-kadang tak boleh dimaafkan!

Namun di antara kawan-kawan saya ini ada yang bagus dan tidak suka minum. Katanya dia tak faham kenapa nak minum untuk peningkan kepala, dia kata itu bodoh! Benarlah, Islam agama yang benar, tidak membenarkan ummatnya melakukan perkara yang bodoh dan membawa kebodohan kepada ummat dan alam sejagat!

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya... 

ARAK, Manfaatnya sedikit tetapi  keburukan dan mudharatnyanya amat besar sekali...

Alhamdulillah, indahnya agama ini!

No comments:

Post a Comment