Dari pada berenam tinggal berdua. Begitu lumrah kehidupan, sampai juga masa umi ayah kembali berbulan madu..Semua anak-anak telah keluar tinggal di asrama demi sebuah perjuangan menuntut ilmu. Setiap hari umi kesepian, menanti hujung minggu. Selalunya Kakcik sahaja yang akan pulang bermalam di hujung minggu. Ucai sekali sekala. Namun disebabkan Sekolah Ucai hanya bersebelahan dengan taman perumahan, maka Ucai pun akan pulang ke rumah semasa "outing".
Telah 6 tahun masa berlalu http://ummunusair.blogspot.com/2013/09/terima-kasih-kenangan.html
KAKAK DAN KAWAN-KAWAN LLB |
Aktif di sekolah, kakak mewakili pasukan debat sekolah, menjuarai debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat Zon Butterworth. Terpaksa pilih salah satu untuk mara ke peringkat seterusnya, kakak memilih untuk meneruskan perjuangan dalam "English Parliamentary Debate" sehingga menang tempat ke-3 peringkat negeri Pulau Pinang. Terima kasih guru-guru SMKDOB kerana mengajar, mendidik dan memberi peluang kepada kakak untuk melonjakkan diri dalam akademik dan ko akademik selama 2 tahun di sekolah ini.
Bergerak ke tahap seterusnya, kakak telah meninggalkan bidang sains selepas SPM. Benar-benar telah memahami minatnya, apabila memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Menjejaki ayahanda nampaknya.. kakak mendaftar di Pusat Asasi UITM Dengkil. Alhamdulillah, setahun yang gemilang bagi kakak. Meninggalkan Asasi UITM dengan seribu kenangan yang manis dan indah, tawaran daripada UIAM disambut dengan rasa terharu dan penuh kesyukuran.. Menyambung legasi ayah dan umi, Taman Ilmu dan Budi adalah tempat yang paling sesuai untuk kakak melengkapkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Kakak kelihatan gembira dan sangat bersungguh menuntut ilmu di sini. Dugaan Allah SWT datang ketika kakak melangkah ke tahun 2. Keadaan kesihatan yang kurang stabil adalah ujian Allah SWT. Semangat belajar kakak sungguh tinggi. Semua yang Allah datangkan adalah bersama hikmahnya. Lagi kuat badai melanda lagi kukuh benteng dibina. Kakak semakin merpatkan diri kepada Allah SWT. Alhamdulillah, Kelas Hafalan Quran, kelas Umdatul Ahkam dan banyak lagi kuliah dan usrah mengisi masa-masa terluang. Majlis ilmu di Taman Ilmu dan Budi.. Alhamdulillah, Allah memberi yang terlebih baik buat kakak di sini.
Hidup umpama air, ada pasang surutnya. Jika menerima nikmat kita bersyukur, saat diuji kita bersabar. Manusia yang baik adalah yang menjadikan nikmat dan ujian sebagai instrumen untuk mendekatkan diri kepadaNya..
Semoga kakak Iffah Nabiha terus cekal menghadapi hari-hari yang mendatang. Ilmu, amal dan pengalaman diadun untuk menjadikan seorang Iffah hamba Allah yang matang di hadapan Tuhannya...
ALLAHUL MUSTAAN....