If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 26 November 2019

CORETAN SELEPAS 6 TAHUN IFFAH NABIHA

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Dari pada berenam tinggal berdua.  Begitu lumrah kehidupan, sampai juga masa umi ayah kembali berbulan madu..Semua anak-anak telah keluar tinggal di asrama demi sebuah perjuangan menuntut ilmu.  Setiap hari umi kesepian, menanti hujung minggu.  Selalunya Kakcik sahaja yang akan pulang bermalam di hujung minggu.  Ucai sekali sekala.  Namun disebabkan Sekolah Ucai hanya bersebelahan dengan taman perumahan, maka Ucai pun akan pulang ke rumah semasa "outing". 

Telah 6 tahun masa berlalu http://ummunusair.blogspot.com/2013/09/terima-kasih-kenangan.html


Hari ini Kakak Iffah Nabiha telah berada di tahun tiga UIAM. Kembali menjejaki UIA setelah 20 tahun ditinggalkan semasa sesi interview dan ketika mendaftar kakak. Nikmat melihat UIA gah berdiri, sedikit terkilan melihat lambang keris di "Gate" utama.  Alhamdulillah, Tahniah kepada bekas guru kami juga, iaitu Dr Daud ( kini sebagai PRESIDEN UIA ) yang telah mengembalikan replika Al-Quran ke tempatnya baru-baru ini..Al-Quran ganti keris

KAKAK DAN KAWAN-KAWAN LLB
Selepas kembali dari UK, kakak memulakan persekolahan di Tingkatan 4, SMK Dato' Onn, Butterworth.  Walaupun pulang dengan GCSE, kakak tidak diberi peluang untuk "further" di Malaysia. Semua universiti UIAM, USIM, UITM telah kakak dan ayah ziarah haha..namun semua tutup pintu AKA tidak memberi laluan kepada kakak. Alasan belum cukup umur sebab masa tu kakak belum cukup 16 tahun. Lahir bulan Ogos kan... Pendek cerita, kakak pun masuk Tingkatan 4 di sekolah Umi, SMK Bertam Perdana.  Selama 2 minggu sahaja...then dapat peluang sambung di SMK Dato Onn, Butterworth dengan aluan Puan Pengetua yang baik hati Cikgu Calsom binti Ibrahim. Sekolah ini lebih sesuai untuk kakak kerana subjek matematik dan sains menggunakan medium bahasa Inggeris.  Kakak cepat menyesuaikan diri, rakan-rakan berbilang bangsa memberi kelebihan kepada kakak terutama untuk "maintain" kebolehan berbahasa Inggeris.  Sehingga sekarang kakak masih rapat dengan kawan-kawan sekelasnya.

Aktif di sekolah, kakak mewakili pasukan debat sekolah, menjuarai debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat Zon Butterworth. Terpaksa pilih salah satu untuk mara ke peringkat seterusnya, kakak memilih untuk meneruskan perjuangan dalam "English Parliamentary Debate" sehingga menang tempat ke-3 peringkat negeri Pulau Pinang. Terima kasih guru-guru SMKDOB kerana mengajar, mendidik dan memberi peluang kepada kakak untuk melonjakkan diri dalam akademik dan ko akademik selama 2 tahun di sekolah ini.

Bergerak ke tahap seterusnya, kakak telah meninggalkan bidang sains selepas SPM. Benar-benar telah memahami minatnya, apabila memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Menjejaki ayahanda nampaknya.. kakak mendaftar di Pusat Asasi UITM Dengkil. Alhamdulillah, setahun yang gemilang bagi kakak. Meninggalkan Asasi UITM dengan seribu kenangan yang manis dan indah, tawaran daripada  UIAM disambut dengan rasa terharu dan penuh kesyukuran.. Menyambung legasi ayah dan umi, Taman Ilmu dan Budi adalah tempat yang paling sesuai untuk kakak melengkapkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Kakak kelihatan gembira dan sangat bersungguh menuntut ilmu di sini.  Dugaan Allah SWT datang ketika kakak melangkah ke tahun 2.  Keadaan kesihatan yang kurang stabil adalah ujian Allah SWT. Semangat belajar kakak sungguh tinggi. Semua yang Allah datangkan adalah bersama hikmahnya.  Lagi kuat badai melanda lagi kukuh benteng dibina.  Kakak semakin merpatkan diri kepada Allah SWT. Alhamdulillah, Kelas Hafalan Quran, kelas Umdatul Ahkam dan banyak lagi kuliah dan usrah mengisi masa-masa terluang. Majlis ilmu di Taman Ilmu dan Budi.. Alhamdulillah, Allah memberi yang terlebih baik buat kakak di sini.

Hidup umpama air, ada pasang surutnya. Jika menerima nikmat kita bersyukur, saat diuji kita bersabar.  Manusia yang baik adalah yang menjadikan nikmat dan ujian sebagai instrumen untuk mendekatkan diri kepadaNya..

Semoga kakak Iffah Nabiha terus cekal menghadapi hari-hari yang mendatang. Ilmu, amal dan pengalaman diadun untuk menjadikan seorang Iffah hamba Allah yang matang di hadapan Tuhannya...

ALLAHUL MUSTAAN....













No comments:

Post a Comment