"Ucai rindulah kawan-kawan Ucai kat England ummi," luah Nusair di suatu hari. "Tapi Ucai bukan ada kawan yang baik betul-betul pun dengan Ucai," sambungnya. "Ye ke ucai? Abis tu kat sekolah selalu Ucai kawan dengan siapa? balas saya. "Kalau Ucai takde kawan, Ucai duduklah kat "No friend bench", nanti kalau ada budak yang takde kawan duduk kat situ, cikgu bagilah dia kawan ngan ucai," jelas Nusair.
"NO FRIEND BENCH" (NFB). Sepanjang di sana Nusair tak pernah sebut tentang NFB. Namun itulah hakikatnya. Guru-guru di sana sangat prihatin dengan keperluan pelajar. Di sini pun ada saja pelajar yang keseorangan. Tiada yang sudi menjadi temannya. Ke hulu ke hilir berseorangan, Kadang-kadang pelajar ini dibuli rakan-rakan lagi. Tahun lepas seorang pelajar saya yang agak aneh, sering keseorangan. pelajar yang bijak. rupa-rupanya menjadi mangsa buli sejak di sekolah rendah lagi.
Pagi sewaktu menghantar Nusair ke sekolah.. guru-guru akan berbaris untu menyambut dan megucapkan selamat pagi kepada pelajar dengan senyuman mesra. |
Guru-guru "Mat Salleh" memang bagus. Sangat memerhatikan pelajar. Terutama macam Nusair. Dia seorang saja pelajar Melayu di kelasnya. Di sekolah itu hanya dia dan kakaknya Nadhila sahaja berbangsa Melayu. Pelajar baru pula. Saya rasa mesti dia selalu duduk di NFB. Kesian anakku...
Tapi satu usaha yang baik. Mungkin melalui NFB itulah Nusair membina tali persahabatan dengan kawan-kawannya. Pernah seorang pelajar perempuan datang ke rumah dan bermain dengan Nusair.
Begitu juga kadang-kadang ada saja kawan-kawan yang mengajaknya keluar bermain. Cuma saya kurang senang kerana mereka suka bermain dengan anjing. Nusair pula, kerana membesar di England kurang sensitif dengan makhluk itu. Tak rasa bersalah pun dia memegangnya.....
NAUGHTY BENCH. "Oh! You are sitting on the naughty bench....," kata Mrs Lion. Terlompat bangun my hubby mendengar kata-kata Headteacher Bowburn Juniors School yang mesra itu. "Sorry, just kidding," tergelak Mrs Lion melihat aksi terkejut suami. Dia kemudian menjelaskan bangku yang diduduki suami saya di luar pejabat sekolah itu dipanggil "The Naughty Bench", tempat pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan didenda. Pelajar itu akan disuruh duduk di situ dalam masa yang ditetapkan. Pelajar yang lalu lalang di situ tak akan duduk di bangku itu kerana 'daulat"nya. Cara mereka mendidik anak-anak. Selain naughty bench mereka ada naughty corner, naughty mat etc.
After school, off to Whitby....... |
No comments:
Post a Comment