If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 10 December 2019

TAHNIAH AYAH

7 DECEMBER,2019 adalah antara tarikh kegembiraan bagi saya dan keluarga mertua.  Di hari ini kami semua meraikan kejayaan ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Muhammad di Majlis Konvokesyen UIM kali pertama.  Ayahanda telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Warisan  pada usia 74 tahun.

Ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Muhammad


Ayah bersama-sama rakan seperjuangan

Semangat dan kesungguhan beliau untuk menimba ilmu pengetahuan sangat mengkagumkan. Sepanjang pengajian, boleh dikatakan setiap minggu beliau berulang alik dari kelantan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas atau mencari bahan untuk menyiapkan tesis beliau.  Di usia emas sebegitu, beliau tidak dapat lari dari masalah kesihatan yang menggangu aktiviti pembelajarannya, namun beliau sangat tabah dan gigih menghabiskan pengajiannya.

Masih saya ingat, beliau berkali-kali mengeluh, betapa ruginya dia kerana lambat mengambil langkah untuk sambung belajar.  "Sepatutnya lama dulu dah ayah sambung....", katanya.

Di samping berjaya di peringkat sarjana, beliau juga dipilih untuk menerima "Anugerah Presiden".




Pemilik kepada Syarikat buku-buku agama Jabal Maraqy Enterprise ini juga memenangi Anugerah Buku ( Kluster Warisan) di majlis tersebut.



Ayahanda sangat bertuah kerana mempunyai dua orang individu yang sangat setia menyokong dan membantunya tanpa jemu. Mak dan Munie, sentiasa bersama ketika susah payah ayah belajar sehingga habis pengajiannya. Oleh kerana ayah tidak kuat lagi untuk memandu jauh, Munielah yang akan memandu dan membawa ayah ke UIM atau ke mana sahaja keperluannya terutama untuk mencari bahan bagi tesis beliau.  Pada hari ini semua mereka boleh tersenyum puas dan bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh ayah.  

Bersama teman sejati.....


Orang kuat Ayah

Teman berdiskusi...

Meraikan Atukk, siapa yang akan ikut jejak Atuk??
 Meneruskan perjuangan, ayah mengorak langkah menyambung pengajian peringkat PhD pula dalam bidang yang sama.  Kalau untuk tesis Sarjana, ayah memilih tokoh Ilmuan Islam "Dr Usman EL-Muhammadi" sebagai tajuk kajian, kali ini tokoh kajian ayah lebih hebat dan menarik.  Beliau memilih untuk menkaji tokoh cendikiawan  yang tersohor di alam Melayu iaitu " Munsyi Abdullah".  Tanpa mengenal penat dan jemu, ayah telah pergi ke serata Semenanjung termasuk ke Singapura untuk mengumpulkan bahan-bahan bagi menulis tesisnya. Sangat kagum dengan ayah, beliau sentiasa ceria dan dengan penuh bersemangat bercerita jika ditanya tentang pengajiannya.



Keluarga besar berkongsi nikmat kejayaan ayah

Semoga apa yang dilakukan oleh ayah ini memberi inspirasi kepada anak cucu beliau. Semoga cucu-cucu Atuk, Iffah Nabiha, Ahmad Nabhan, Iffah Nadhila dan Ahmad Nusair akan terinspirasi dengan perjuangan Atuk di medan ilmu, medannya luas dan panjang, melangkaui masa dan usia.  Anak-anakku, Atuk kalian sudah membuktikannya.....


Cucu sulung yang selalu kagum dengan atuknya

Paling bersemangat meraikan atuk

Kakcik peminat atuk........

Rajin belajar ye Ucai!


Kami sekeluarga mendoakan semoga perjalanan PhD ayah lancar dan semoga ayah diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh Allah sehingga ke penamatnya... Rabbi yassir wala tuassir watammim bil khair.....Amiin.





No comments:

Post a Comment