If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 10 December 2019

DARI BAITILLAH KE MADINAH

Alhamdulillah.  Diberi rezeki yang besar oleh Allah SWT pada tahun ini dengan mengerjakan umrah bersama suami dan anakanda Iffah Nabiha yang dikasihi.  Cepatnya doaku dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah.....

Masih kuingat lagi suatu hari di sekolah, waktu itu penggal kedua persekolahan,
aku masuk ke bilik GK Cikgu Rakiah untuk menunaikan solat dhuha seperti biasa.  Tapi hari tu rasa rindu sangat nak ke Mekah, lalu aku berdoa kepada Allah SWT, dengan perasaan yang sangat rindu dan penuh pengharapan.....Subhanallah, Masyaallah... Tirai 2019 dibuka dengan rahmat yang besar dari pada Allah SWT.  Aku, suami dan anakanda Iffah Nabiha sujud di Baitillah. Anak-anakku, ketika kamu inginkan sesuatu atau kamu takutkan sesuatu mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia akan mengabulkan hajat-hajatmu... Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Allah itu sebagaimana sangkaanmu.

Alhamdulillah,  setelah 13 tahun aku kembali berdiri di sini








Kami bertiga mengikuti pakej INN SAFF, ayah sebagai mutawif bagi jemaah kali ini.  Menghuni hotel di Millenium Tower, sangat memudahkan pergerakan untuk ke Masjid kerana berada dalam 50 meter sahaja dari Masjidil haram.

MUTAWWIF



Cuaca di Mekah dan Madinah sangat nyaman pada bulan Januari.  Walaupun pada tengahari agak panas juga.  Malam udaranya dingin.  Saya pun memang sukakan cuaca sejuk.

Kenangan bersama teman-teman sebilik

Saya rasa gembira dengan perjalanan umrah bersama INN SAFF ini kerana kami tiba di Jeddah dan terus ke Mekah untuk menunaikan umrah terlebih dahulu, kemudian baru meneruskan perjalanan ke Madinah. Terasa lebih selesa dan tenang kerana telah selesai tujuan utama.  Perjalanan ke Madinah juga lancar dan sampai dengan selamat.  Alhamdulillah, melepaskan rindu pada Junjungan Nabi SAW. Sebak mengingati jasa dan pengorbanan Baginda SAW dan para sahabat Radhiallahu anhum sehingga aku yang lemah ini dapat menghirup nikmat iman dan Islam.  Mohon ampun kepadaMu ya Allah, bahawa aku yang lemah ini kerap kali tidak mampu memikul amanah mendidik generasi anak-anak dan anak didikku dengan sunnah-sunnah NabiMu.

Memberi ruang kepada ahli bilik, kami bertiga memilih untuk menyewa hotel lain, Hotel Golden Tulib sangat sesuai dengan keadaan Kakak Iffah yang kurang sihat.  Terletak di hadapan pintu 25 Masjid Nabawi memberi kelegaan kepada kami untuk berulang alik ke masjid.  Alhamdulillah, lebih mudah urusan apabila dapat tinggal bersama.  Nikmat Allah SWT.

Rezeki Kakak, Hotel baru di tepi masjid.


Pintu 25 ini tempat berkumpul muslimat yang hendak masuk ke Raudhah.  Sepanjang saya di Madinah, sekali sahaja saya dan Iffah masuk ke sana.  Masuk dengan bersesak-sesak.  Saya selalu bagi tahu kepada kawan-kawan, tidak mengapa kalau gagal masuk dan beribadah di Raudhah berulang kali, sebagai ganti, kita rajinkan diri berada di Raudhatul Ilmu, sementelahan Rasulullah SAW menggelar majlis ilmu itu "Raudhatun min Riyadhil Jannah".  Insyaallah, dapat pahala kerana di Raudhah itulah berlakunya majlis ilmu Rasulullah SAW dengan para sahabat, dan majlis itu diteruskan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah Radhiyallahu anha yang mulia setelah kewafatan Baginda SAW. Insyaallah kita dinaungi dan didoakan keampunan oleh Malaikat sepanjang kita menadah ilmu di majlis itu...

Menunggu untuk masuk ke Raudhah

Begitulah perjalanan Umrah kami.  Menyusul adalah nikmat yang kedua pada tahun ini apabila ayah dijemput untuk berprogram ke Melbourne, bumi kangaroo.  satu lagi impian yang makbul...Sesungguhnya nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan??....Allahu Akbar.

No comments:

Post a Comment