If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 24 December 2019

TRIP TO MELBOURNE 1

MELBOURNE.  Memang saya menyimpan hasrat untuk mengunjungi Negara Kangaroo Australia.  Saya berkira-kira dan berpakat dengan kakak angkat, Kak Liha untuk pergi holiday ke PERTH.  Saya kira cukup perbelanjaan untuk saya seorang.  HAHA selfish!  Saya tak tanya dah Cik Abang, sama ada dia minat ke tidak untuk turut serta....

Dalam pada berangan-angan itulah, datangnya jemputan untuk suami ke program bersama penduduk Kampong Utara Melbourne. Suami pun berpaling penuh makna kepada saya... ohh "Pucuk dicita ulam mendatang", kata orang.  Kami bersetuju untuk membawa dua kesayangan kami iaitu Kakcik and Ucai.  Turut serta seorang krew PMT, iaitu Saudara Rosman.

Penerbangan MAS KLIA-MELBOURNE yang dijadualkan pada 21 Mac berjalan lancar, kami sampai di Melbourne pada pagi 22 Mac, 2019.  Rezeki ayah,  menyambut hari jadi ke 48 di Melbourne! Rezeki Kakcik juga, menyambut hari jadi ke 16 pada 24 Mac, 2019. Momen-momen indah dalam hidup di bumi Allah.

Penang Airport

Ceria anak-anak kesayangan di pintu MAS

Alhamdulillah selamat sampai........


9 days mendiami Bunggulo haha..
Seronok sangat berpeluang menjalin ukhuwwah dengan sahabat-sahabat Kampong Utara Melbourne (KUM).  Semuanya sangat mesra dan baik kepada kami.  Ayah menyampaikan beberapa siri ceramah termasuk di East and West Melbourne.  Maka semakin ramai sahabat yang saya kenali.  Tak dapat nak mengingati nama sahabat-sahabat.  Saya rasa nastalgia di UK kembali bila menghadiri majlis-majlis ilmu dan bersama mereka.  Memori berusrah, kuliah, ceramah, solat berjemaah dan yang uniknya "pot luck" sangat indah sekali. Suka sangat dengan aktiviti sedemikian, tidak wujud suasana seperti itu setelah kembali ke Malaysia.

Salah satu sesi ceramah di Islamic Centre KUM

Selain berprogram, berjalan-jalanlah pulak.  Destinasi pertama ke Philip Island.  Banyak singgah dalam perjalanan....

Kalau tengok nama kedai tak sanggup koi nak makan haha.....

Singgah pula bila nampak Cheese Factory.  Tu dah minat saya.  Dulu nak masuk kat Amsterdam, tapi Ucai tak mahu.  Mengamuk sakan, busuk dia kata...... Masa tu dia baru 5 tahun. Sekarang dah besar, dia pun sama bergaya dengan bermacam jenis cheese....

Local Cheese Factory

Bagi chance kat dua orang ni pilih cheese

Singgah lagi... bila nak sampai ke rumah kangaroo ni???

Boleh makan choclate free.  Tapi dah banyak sangat tak lalulah pula.....
Solat berjemaah di sini, beralas tikar yang di hampar atas tanah. Momen indah beribadah di bumi Allah.

Perhentian seterusnya sebelum sampai ke rumah kangaroo, makan fish and chips yang sedap di tepi pantai.

Sedap kan Ucai???

Fresh.....

Jauh perjalanan kami nak bertemu dengan haiwan comel dan unik ini.  Memang berbaloi, sangat jinak.  Banyaknya kangaroo. Baru kini saya kenal walabi. Lebih kecil dari pada kanggaroo.  

Cutenya diaaa.....

OOOO.... ada yang bermanja dengan ayah

Kenapa tu? Kangga ajak dancing ka?

Rasa release dan sangat seronok melayan dan memberi makan kangaroo dan walabi.  Ada juga binatang lain tapi dalam kurungan.  Memang berbaloi dengan perjalanan yang jauh. Malam baru kami kembali ke rumah.

Alhamdulillah.  Pengalaman baru di Philip Island.  Terima kasih kepada Saudara Haidar yang menjadi "host" kami pada hari tersebut.  Allah sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan Haidar pada kami.






























No comments:

Post a Comment