14 APRIL 2023 tarikh bermakna untuk Kakak Iffah Nabiha. Hari penerimaan masuk Kakak sebagai peguam Mahkamah Tinggi Malaya. Umi Ayah Atuk Nenek Aunty Munie dan Kak Sarah hadir menyaksikan Kakak Call to the Bar di Mahkamah Kuala Lumpur.
Pelanggan Capitol turun temurun, dulu Ayah berulang ke Capitol, sekarang anak pulak...ini memang Anak Bapak😂 |
Sesampainya di Mahkamah Kuala Lumpur |
Sebelum masuk ke Mahkamah. Dalam beg hijau tu hadiah untuk Master n Mover |
Gambar curi sebelum mula prosiding.... |
Bittaufiqillah..Selesai....Senyum seorang peguam muda😇 |
Bersama Master, Mr Heng Yee Keat Peguam yang melatih Kakak |
Mr Andrew Heng Yeng Hoe selaku mover Kakak (peguam pengusul) |
4 Lawyers VS a Teacher😉 |
Sering ke sinilah la pulak lepas ni gamaknya..... |
Terima kasih Atuk dan Nenek... Jauh datang untuk support cucunda sulong |
Lagi... 3 lawyers VS a Teacher |
Terima kasih juga Kak Sarah Syahirah sudi datang memeriahkan hari istimewa Kakak.. walaupun Mahkamah ni tempat dia ulang alik setiap hari.... |
Diraikan rakan-rakan dari CLO |
Anak didik Kakak aka juniors di CLO |
Ruang legar Mahkamah Kuala Lumpur |
Semoga Kakak terus maju jaya dalam bidang ini. Kakak akan mula bekerja sebagai advocate and solicitor di firma Tetuan Zain & Co pada 8 Mei, 2023. Hari ini 7 Mei, bermakna esok hari pertama Kakak bekerja...
Good luck Kakak. Umi doakan Kakak diberi kesihatan yang baik, mendapat taufik dan hidayah Allah SWT dalam apa sahaja urusan Kakak, semoga dipimpin olehNya....