Alhamdulillah Kakcik telah mendaftar di UKM pada 8 Oktober 2023. Bidang yang dipilih Teknologi Maklumat. Sesuai dengan dia, di Matrikulasi pun ambil Sains Komputer.
![]() |
Bilik Kakcik di Kamsis Ibrahim Yaakub (KIY). Di luar nampak dhaif, tapi bila masuk bilik sangat selesa. Lengkap dengan loker yang besar dan meja study... |
![]() |
Tunjuk baju baru.... |
![]() |
Semasa Minggu Orientasi Siswa, jumpa Anis. Rakan sekelas semasa di SMKBP Anis belajar Medic. Masya Allah.. |
![]() |
Masih mencari-cari Uni yang sesuai... Pameran Jom Masuk IPT di UITM Permatang Pauh.... |
![]() |
Bersama coursemate... |
![]() |
Discussion untuk final exam |
Ini pula rezeki Ahmad Nabhan. Aan diterima masuk ke UNISZA.. Dapatlah jurusan yang sangat diminatinya Sains Akuatik. Aan tidak berbelah bagi, berkemas-kemas dan alhamdulillah, Fakulti Sains Akuatik di Kampus Besut, dalam 50 minit dari rumah Nenek, Bukit Marak... Rezeki Aan berdekatan dengan nenek lagi...
![]() |
Dihari pendaftaran... |
![]() |
Bilik Aan |
![]() |
Beginilah nyamannya Aan berada di UNISZA...haha |
Semoga Kakcik dan Aan rajin belajar dan berjaya dengan cemerlang. Umi dan Ayah sentiasa doakan anak-anak diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT dalam apa jua yang dilakukan. Semoga tabah menuntut ilmu dan sentiasalah bertaqwa kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment