If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Friday, 25 January 2013

SNOW 14 JAN 2013

Memang sudah dijangka snow akan turun malam ini dan akan menjadi semakin lebat keesokan harinya. Snow yang ditunggu-tunggu khususnya bagi kami beberapa keluarga yang kemungkinanan akan meninggalkan tanah Inggeris ini pada tahun ini. Maka memandangkan kemungkinan ini adalah kali akhir anak-anak boleh merasa bermain dengan hujan putih ini maka kami merakam kenangan, memang indah alam yang diselimuti salji, bila dipijak terasa macam tepung ubi, peruk-perak bunyinya ......

Depan rumah
jalan ke sekolah Nusair n Nadhila 
Redhall
South Park






Beginilah pemandangan-pemandangan indah di South Park , Darlington. Memang asyik, saujana mata memandang.....

Berikut pula pemandangan di persekitaran rumah kami selepas 'heavy snow' pada 26 Jan, 2013.



Sebaik saja membuka tingkap di awal pagi, masyaallah....sudah memutih tebal sebagaimana pertama kali kami ke sini pada tahun 2009.



Oleh kerana Ayah berada di Malaysia, Kakcik Nadhila bermalam di rumah teman baiknya Tegan dan Kakak Iffah keluar dengan rakan-rakan, maka tinggallah Abang Aan dan Ucai bermain salji di belakang rumah...












Ucai: Berat,junjung atas kepala....

Nabhan: Bawa balik rumah!

Melihat anak-anak ini bermain dengan salji teringat pula filem Ice Age, 'funny n cute', memang cantik dan mengasyikkan. Tambahan pula cuaca hari tersebut cerah dengan matahari yang menyinari terang, kurang sedikit rasa kesejukan. Keluar menemani anak-anak bermain, lebih kurang dua jam bermain di luar, puas bermain, baru masuk rumah, minta hot coklat!

ALHAMDULILLAH, YANG MANA LAGI NIKMAT TUHAN YANG MAHU DIDUSTAKAN?

Friday, 30 November 2012

WELSH 29 OCTOBER -02 NOVEMBER 2012

  Penuhkan tangki minyak dulu. Perjalanan kami bermula seawal 7.30 pagi 28 Oktober,  menuju Oxford. Bermalam di rumah seorang rakan di Middlesex, London. Menziarahi cousin yang baru sahaja mendapat cahaya mata pada keesokan harinya. Kemudian bertolak ke Wales lebih kurang pada pukul 10.30 pagi Isnin 29 November.
 
Telah pun memasuki wilayah Wales, papan tanda bertulis bahasa Inggeris dan bahasa tempatan. Perjalanan ke Caravan yang terletak di Phwelli mengambil masa 6 jam dari London termasuk berhenti rehat untuk makan dan solat.
 
Dah puas tidur...

 Heaven Caravan Park

Hill view, Herald Gold; 3 bedroom
 
Walaupun ada bilik, Ucai, Kakcik dan Abang Aan lebih selesa tidur di sofa bed di ruang tamu.
 
Destinasi pertama ialah Snowdon Mountain Railway, menurutkan hajat ayah yang mahu menawan puncak Wales 

Ucai sejuk!
tak sabar tunggu steam train...
 
 


 Perjalanan ke Summit mengambil masa lebih kurang sejam, dengan pemandangan perbukitan yang indah



Dah sampai...


ketinggian 1085m

Cuaca yang sejuk melampau menyebabkan semua bersesak dalam komplek kecil ini
ayah senyum puas.....


foggy.....

JALAN-JALAN SEKITAR SNOWDON





PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN, JALAN RAYA DI CERUN BUKIT..




IT'S OUR HOLIDAYYY!



 

Wednesday, 12 September 2012

KISAH DIA

Dia berjalan terbongkok-bongkok, tak pernah saya melihat  dia duduk melainkan semasa makan. Itu pun dia tidak duduk diam, dia akan memainkan jarinya di atas meja dan menunjal-nunjal lantai sehingga kerusinya tertolak ke belakang.  Kalau dia ternampak makanan jatuh di atas meja atau dilantai, pantas saja dicapai dan di suapkan ke mulutnya. Dia makan dengan berselera, namun sering kali dia menangis sambil makan. Kenapa, jangan ditanya, sesungguhnya saya tidak mengerti....Kekadang dia berjalan meninggalkan meja semasa makan, merayau-rayau sebentar, namun kembali ke meja jika di suruh.

Habis makan dan meneguk minuman yang disediakan dia kembali berjalan, seluarnya di gulung sehingga ke pangkal peha, dia mencapai cerek, cawan, bekas teh atau gula dan menyuakan semua itu kepada siapa saja yang dia sempat. Bila kita buat tak tau, dia menangis, menjerit melolong-lolong!

Bila ada staff yang baru atau jarang-jarang bertugas di rumah itu, perangainya makin menjadi-jadi, dia akan menarik-narik tangan staff itu, dicakar dan dicubit adalah perkara biasa. Bila ditegah dia akan menjerit-jerit, dia akan naik dan melompat-lompat dia atas sofa di mana staff itu duduk, juga dilunjurkan kakinya dan ditendang-tendangnya peha kita. Ya Allah! sabar sajalah.

Macam-macam kerenahnya, dicurahkan kopinya ke lantai, pada malamnya pula sambil lalu dicapainya cerek air panas, sempat saya sambar cerek tersebut dari tangannya, tumpah sedikit air panas, alahamdulillah tidak terkena dia, namun tangan saya tersalah urat akibat tidakan pantas dan segera itu! HASBUNALLAHH!

Dia mempunyai kerusi roda yang digunakan semasa berjalan keluar, mungkin dia merasa bosan tinggal di rumah. Sering saja dia menarik staff ke arah kerusi roda dan menolak-nolak kerusi rodanya, jika kita buat tak tahu dia kembali meraung-raung.

Bila kita menyorongnya di atas kerusi roda, jangan haraplah nak berhenti hatta di 'traffic light', dia akan menjerit dan melompat-lompat, mujur saja ada 'belt', kaalu tidak boleh terbalik kerusi roda itu. Kalau sejam kita bawa dia keluar, maka sejamlah kita kena berjalan, kecuali kita bawa bekalan makanan untuknya, bolehlah kita berhenti. Dia akan turun dari kerusi roda dan makan sambil berjalan dan berulang mengambil makanannya, namun sebaik makanan habis dia akan kembali duduk dan menggoyang-goyang kerusi rodanya, 'So, no choice', terpaksalah menyorong kembali.

Semua 'personal care' kita buat untuknya, macam jaga baby. Dia pakai pad pakai-buang, memang teruk membersihkannya kerana dia langsung tak boleh menggunakan tandas. Saya buat apa yang terdaya setiap kali membersihkannya, mohon ampun dengan Allah pada apa yang saya alpa dalam menjaganya.

Banyak ubat yang perlu diambilnya, termasuklah yang disimpan dalam 'safety box'. Dia mengunyah ubat macam kanak-kanak mengunyah coklat, tiada masalah! Biasanya pukul 9 pagi, saya akan masuk ke biliknya untuk memberinya makan ubat. Kesian pula melihat dia tidur mengerekot diatas katil bertilam getah, memeluk selimut tebal. Dia tiada bantal dan alas tilam kerana dia akan buang semua itu. Selepas makan ubat dia akan tidur kembali.

Dia berusia 46 tahun dan secara jujurnya dia adalah cabaran kepada saya dalam pekerjaan ini. Semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan kepada saya untuk membantunya, setiap kali saya melihat jadual kerja saya di rumah itu, Allah saja yang tahu perasaan saya; ALLAHUL MUSTAAN!



Sunday, 2 September 2012

NABHAN 13 TAHUN

 
 
Simple aje kek Nabhan yang ke-13
 
 
Dengan Ucai
 
Diraikan ayah
 
SEMOGA NABHAN MENJADI MUSLIM YANG BERIMAN DAN TAAT KEPADA ALLAH SWT.