If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Friday, 25 January 2013

SNOW 14 JAN 2013

Memang sudah dijangka snow akan turun malam ini dan akan menjadi semakin lebat keesokan harinya. Snow yang ditunggu-tunggu khususnya bagi kami beberapa keluarga yang kemungkinanan akan meninggalkan tanah Inggeris ini pada tahun ini. Maka memandangkan kemungkinan ini adalah kali akhir anak-anak boleh merasa bermain dengan hujan putih ini maka kami merakam kenangan, memang indah alam yang diselimuti salji, bila dipijak terasa macam tepung ubi, peruk-perak bunyinya ......

Depan rumah
jalan ke sekolah Nusair n Nadhila 
Redhall
South Park






Beginilah pemandangan-pemandangan indah di South Park , Darlington. Memang asyik, saujana mata memandang.....

Berikut pula pemandangan di persekitaran rumah kami selepas 'heavy snow' pada 26 Jan, 2013.



Sebaik saja membuka tingkap di awal pagi, masyaallah....sudah memutih tebal sebagaimana pertama kali kami ke sini pada tahun 2009.



Oleh kerana Ayah berada di Malaysia, Kakcik Nadhila bermalam di rumah teman baiknya Tegan dan Kakak Iffah keluar dengan rakan-rakan, maka tinggallah Abang Aan dan Ucai bermain salji di belakang rumah...












Ucai: Berat,junjung atas kepala....

Nabhan: Bawa balik rumah!

Melihat anak-anak ini bermain dengan salji teringat pula filem Ice Age, 'funny n cute', memang cantik dan mengasyikkan. Tambahan pula cuaca hari tersebut cerah dengan matahari yang menyinari terang, kurang sedikit rasa kesejukan. Keluar menemani anak-anak bermain, lebih kurang dua jam bermain di luar, puas bermain, baru masuk rumah, minta hot coklat!

ALHAMDULILLAH, YANG MANA LAGI NIKMAT TUHAN YANG MAHU DIDUSTAKAN?

Friday, 30 November 2012

WELSH 29 OCTOBER -02 NOVEMBER 2012

  Penuhkan tangki minyak dulu. Perjalanan kami bermula seawal 7.30 pagi 28 Oktober,  menuju Oxford. Bermalam di rumah seorang rakan di Middlesex, London. Menziarahi cousin yang baru sahaja mendapat cahaya mata pada keesokan harinya. Kemudian bertolak ke Wales lebih kurang pada pukul 10.30 pagi Isnin 29 November.
 
Telah pun memasuki wilayah Wales, papan tanda bertulis bahasa Inggeris dan bahasa tempatan. Perjalanan ke Caravan yang terletak di Phwelli mengambil masa 6 jam dari London termasuk berhenti rehat untuk makan dan solat.
 
Dah puas tidur...

 Heaven Caravan Park

Hill view, Herald Gold; 3 bedroom
 
Walaupun ada bilik, Ucai, Kakcik dan Abang Aan lebih selesa tidur di sofa bed di ruang tamu.
 
Destinasi pertama ialah Snowdon Mountain Railway, menurutkan hajat ayah yang mahu menawan puncak Wales 

Ucai sejuk!
tak sabar tunggu steam train...
 
 


 Perjalanan ke Summit mengambil masa lebih kurang sejam, dengan pemandangan perbukitan yang indah



Dah sampai...


ketinggian 1085m

Cuaca yang sejuk melampau menyebabkan semua bersesak dalam komplek kecil ini
ayah senyum puas.....


foggy.....

JALAN-JALAN SEKITAR SNOWDON





PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN, JALAN RAYA DI CERUN BUKIT..




IT'S OUR HOLIDAYYY!