If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 16 January 2024

Tuesday, 9 January 2024

ERUDITE 1923 SPM 2023

Menjelang Januari 2024...... sedikit masa lagi Ucai akan menamatkan zaman persekolahan.  SPM amali (UAS) done.  Seterusnya UBBM kelmarin done, diikuti UBBI minggu depan..... 29 Januari start Ujian Bertulis SPM 2023 - 29 Februari 2023. Begitulah perjuangan Ucai di medan ilmu, jihad di alam persekolahan akan berakhir tahun ini.  Ucai telah menunjukkan kesungguhan belajar terutama di saat-saat akhir ini.  Alhamdulillah ada progress dalam Peperiksaan Percubaan SPM, cuma beberapa subjek perlu dimantapkan segera.... Ucai berjanji akan baca banyak lagi untuk subjek tersebut.




Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin buat kali ke-2 diadakan dua hari sebelum UBBM berlangsung.  Ibu bapa, guru-guru dan anak-anak Erudite1923 bersama-sama menadah tangan memohon Allah SWT memberkati anak-anak dengan kejayaan yang cemerlang dalam SPM dan seterusnya berjaya di dunia
dan akhirat. Ayah diamanahkan menjadi imam dan khalifah bacaan Yasin. Alhamdulillah...

Solat Hajat

Doa ibu-ibu yang tiada hijab💖

Semoga Allah mengasihani kamu anak-anak dan memberkatimu
 dengan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat..


Ibnu Kathir meriwayatkan para ulama terdahulu melazimi membaca Surah Yasin
jika memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT.


Bacaan Surah Yasin



Sokongan ahli keluarga penguat semangat anak-anak...

Pesanan ayah untuk Ucai dan teman-teman seperjuangan...

Souvenir pihak sekolah untuk anak-anak


Pulut kuning tersedia untuk Majlis Mohon Restu....

Suapan restu untuk anak bongsu....






Mohon restu dan kemaafan juga daripada guru-guru...
Semoga  guru-guru Ucai diberi kemuliaan, rahmat, rezeki yang luas
 dan taufik hidayah oleh Allah SWT.  Semoga Ucai ingat wajah-wajah ini yang ikhlas
mencurahkan ilmu sepanjang hayat....


Selesai sudah Program pasca SPM 2023.  All the best untuk anak-anak Erudite1923.  Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.  
Ya Allah yang Maha Pemurah, limpahilah anak-anak kami dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini dan masukkanlah mereka dalam golongan yang Engkau redhai.  Allahul mustaan....

Sunday, 22 October 2023

PROGRAM DAKWAH BERTEMA

Program Dakwah Bertema di SMKBP.  Program untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar untuk dikenalpasti supaya dapat diasah dan dilatih sebagai da'i muda di sekolah.  Usaha ini juga diharap dapat mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar kepada tanggungjawab dan kaedah yang pelbagai bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. 

KERTAS KERJA PROGRAM DAKWAH BERTEMA

Seronok sebenarnya buat program ni.  Dapat mengadakan aktiviti bersama pelajar-pelajar dan mempelbagaikan kaedah PdP.  Pelajar-pelajar juga seronok dan teruja apa bila menang dan menerima hadiah.




Pelajar-pelajar tingkatan 1 melukis doodle Sabar menghadapai Ujian Allah, tajuk doodle diambil daripada salah satu tajuk Bahagian Tilawah Al-Quran Tingkatan 1.



Aktiviti Tingkatan 2 Bestari dan 2 Rasional (perempuan) - Pertandingan Melakar Peta Minda Khutbah Jumaat sementara pelajar lelaki pula ada Pertandingan Membaca Khutbah Jumaat.

Muhammad Arif 2 Bestari


Muhammad Danish Imran 2 Bestari


Pemenang Pertandingan Khutbah Jumaat 2 bestari dan 2 Rasional













Tahniah anak-anak pelajar 1 Bestari, 1 Arif, 2 Bestari dan 2 Rasional atas usaha dan komitmen sepanjang Program Dakwah Bertema ini berlangsung.  Tahniah kepada yang berjaya mendapat hadiah dan yang lain boleh cuba lagi untuk tahun hadapan. Wallahul mustaan....

Wednesday, 11 October 2023

NABHAN DI UNISZA

 

Budak Sains Akuatik dengan laut berpisah tiada.....


Rumah sewa Nabhan yang comel... baru siap saja, 4km dari UNISZA.
Jadi orang Kampung Benting Lintang la dia😍


Tuan rumah sangat bagus, cuba memenuhi keperluan students.

Dekat dengan Pantai Benting Lintang yang cantik.  Baru kali ini dapat menikmati 
keindahan pantainya...

Syok bersantai di tepian pantai..... masih bersih, tiada pencemaran.



Nyaman sekali.....


Banyak gerai di persisiran pantai... ICT dan Thai food sedap...
seronok budak ni boleh order apa saja, ayah belanja😆

Menikmati fenomena matahari terbit...... Subhanallah indah sungguh berada di bawah suluhan mentari pagi😍

Another caption...apa pula yer😆

Semoga Nabhan dan kawan-kawannya sentiasa sihat dan dapat belajar dengan baik di sini.  

Dia kata, umi tu selalu je nak pegi KL. Kalau umi selalu mai sini kan seronok.... yaya memang umi seronok dan masih terbayang-bayang keindahan Pantai Benting Lintang.  Nanti kita bawa orang KL pula ke sini.  Mesti depa suka😍

Monday, 9 October 2023

DI AMBANG SPM 2023




Rakan-rakan seperjuangan dari pada tingkatan satu....


Tahun ini merupakan tahun penting untuk Ucai.  Tahun terakhir Ucai di alam persekolahan.  Terasa sekejap sahaja Ucai melalui hari-hari menuntut ilmu di SAKBA.  Banyak peristiwa pahit manis yang telah dilalui oleh Ucai dan kawan-kawan selama hampir lima tahun di sekolah ini.  Proses pembelajaran yang mematangkan!

Umi ingin tinggalkan foto kenangan bersama sedikit coretan buat kenangan dan ingatan Ucai di masa depan. Ini hanya beberapa episod yang sempat dirakam oleh parents dan guru-guru. 


PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA RUMAH PHOENIX

Juadah disediakan cara pot luck.  Banyak makanan parents bawa, tak terhabis.  Puas anak-anak Pheonix makan. Lepas maghrib sambung makan lagi.... Semoga diberkati rezeki  bulan Ramadhan.

Kakak pun join

Kita semua kuning la support Pheonix💪💪💪

Ucai dan kawan-kawan tolong angkat makanan..


Pheonix girls💗💗💗

PROGRAM KELAS TAMBAHAN  

Banyak program Kecemerlangan, salah satu adalah kelas tambahan.  Kelas apa umi tak pasti. Ini antara gambar-gambar yang cikgu hantar setiap minggu.



Ini mesti kelas kimia Cikgu Azman



MESYUARAT AGONG PIBG 2023/2024

Ayah letak jawatan dan dilantik semula sebagai wakil PIBG tingkatan 5



HARI KANTIN / USAHAWAN MUDA

Umi dan ayah dari Perlis, singgah di SAKBA melawat Ucai.  Banyak gerai dan meriah Hari Katin sekolah Ucai.




Lagi program kecemerlangan..... tak pasti program apa ni





Salah satu sesi lawatan mingguan.  Mesti bawa makanan dan kudapan. Makan sambil dengar dengan teliti weekly report😂

GOTONG ROYONG MADANI

Umi ambil peluang beramah mesra dengan classmate Ucai

Semua tunjuk kat Ucai sebab..... ayah belanja pizza😆

Gegirls 5 ALUMINIUM.....

Actually 6 orang.....Ucai, Alif, Adam, Fahmi. Dua lagi tak tahu ke mana..

Makan pizza dan nasi lemak... Air sihat tu😉

Kakcik tumpang memeriahkan 


Sebelum pulang posing dulu..  


PROGRAM SOLAT HAJAT DAN KOFERENSI WARIS TINGKATAN 5

Manalah Ucai???



Motivasi oleh wakil PIBG Tingkatan 5....

Pass baton..... Ayah nak pergi court pulak.  Umi ambil alih...

Meriah DM SAKBA dengan menu daripada ibu bapa..


COFFEE BREAK (CB) PROGRAM KELAS KECEMERLANGAN HARI AHAD

Coffee Break ni adalah pakatan ibu bapa yang prihatin dengan anak-anak yang mengikuti kelas tambahan, guru muda dsb pada pagi ahad.  Persatuan mak-mak ni pun turunlah menyantuni anak-anak yang kelaparan setelah penat belajar.... Pukul 10 pagi hari ahad umi sedia hadir untuk serve makanan untuk Ucai dan kawan-kawan.. Duit tabung CB adalah sumbangan parents..

Beginilah keadaannya bila kaunter dibuka....

Nasi lemak 2 bungkus sorang... roti krim dan ayaq sirap...

Sedap air sirap masa cuaca panas.....


Nasi lemak banyak ni..

Minggu ini special sikit.  Order macaroni meatball dengan kawan umi...

Sekali sekala kita serve western food..


Ini kelas apa yer?😅Bubuh je la sebagai kenangan....

Demikianlah serba sedikit kutipan memori untuk disematkan di sini.... Simpan saja... Bila tua ingatan pun makin pudar. Jadi, kita catatkan di sini supaya nanti boleh ulangkaji...💖