Personality Disorder adalah satu subjek yang saya belajar semasa di UIA. Satu subjek yang bagus dan amat berguna untuk dipelajari kerana ianya bukan saja untuk kita menilai manusia di sekeliling kita, malah yang terlebih penting supaya kita memeriksa diri kita sendiri.
Antara yang menarik perhatian saya dalam subjek ini adalah Narcissistic Personality Disorder. Tiada keyakinan diri, pentingkan diri sendiri, punyai ego yang tinggi dan tiada empati terhadap orang lain merupakan ciri-ciri utama bagi jenis personaliti ini. Mereka yang tergolong dalam personaliti ini adalah seorang yang takut terhadap bayang-bayang sendiri, mereka tidak dapat menerima kelemahan diri sendiri dan sentiasa berusaha menyembunyikan kelemahannya daripada dilihat dan diketahui umum. Apa yang cuba ditonjolkan adalah kehebatan dirinya sahaja (dengan kata lain suka menunjuk-nunjuk). Mereka tidak akan puas dengan apa yang mereka capai, sebaliknya akan mencari jalan melaksanakan cita-cita mereka walaupun mereka sedar bahawa mereka sedang menipu diri sendiri. Narcissist juga tidak suka ditegur kesilapan mereka, sebaliknya menganggap orang yang menegur cuma mencemburui keistimewaan dirinya sahaja. Hidup penuh kepura-puraan, narcissist akan sentiasa mencari jalan dan berharap agar orang di sekelilingnya sentiasa kagum dan suka memujinya.
Di sini saya senaraikan antara ciri-ciri narcissistic personality;
-selfish, sangat cintakan diri sendiri (self-centered), bagi mereka diri mereka terlalu penting.
-sentiasa berada di alam fantasi, berasa memiliki kecantikan, bijak, mempunyai cinta sejati (ideal love).
-perasan bahawa dia seorang yang berkuasa dan akan mencapai kejayaan yang tinggi.
terhadap orang lain. Oleh kerana mereka merasa bahawa mereka punya status yang tinggi maka
hanya golongan berstatus saja yang layak bergaul dan boleh memahami mereka.
-Sentiasa mengharapkan pujian yang berlebihan.
-Sanggup menggunakan orang lain demi mencapai kehendak dan cita-citanya. Ini tidaklah menghairankan
kerana seorang narcissist tidak langsung mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Dia tidak mahu
ambil tahu dan terlibat dengan masalah orang lain. Apa yang penting hajat dan cita-citanya akan tercapai
walaupun terpaksa memijak kepala orang lain.
-Sentiasa percaya dan merasa bahawa orang lain sangat mencemburui kehebatannya, merasakan orang
lain irihati dan dengki dengan apa yang ada padanya.
-Suka memandang rendah, menghina dan menyalahkan orang lain.
Kenapa dan bagaimana personaliti ini terbentuk? Personaliti ini terbentuk melalui cara didikan yang salah oleh kedua ibu bapa. Mungkin semasa kecil ada ibu bapa yag sangat memanjakan anaknya. Anak ini sentiasa mendapat layanan special dari kedua orang tuanya, apa saja keinginannya akan dipenuhi. Dia tidak pernah merasa ketinggalan atau kecewa sepanjang zaman kanak-kanaknya. Lantaran terasa sangat istimewa, dia akan membina sifat ego, sombong dan pentingkan diri sendiri(selfish). Tidak pernah dia peduli apa yang berlaku pada orang lain, dia tidak mahu ambil tahu apa kesusahan orang lain. Seterusnya dia akan memandang rendah pada orang lain terutama yang difikirkan tidak setaraf dengannya.
Keadaan kedua apabila seorang kanak-kanak itu terlalu banyak dikritik, dimarah dan dihina samaada oleh ibu bapa atau guru-gurunya. Dia akan sentiasa menyimpan perasaan tidak puashati dalam dirinya. Apabila melihat rakan-rakan yang lebih bernasib baik, perasaan cemburu terhadap mereka akan menghantui kehidupannya. Penderaan fizikal, spiritual dan emosi yang dialami kanak-kanak ini akan menyebabkan mereka menyimpan dendam, dan dalam masa yang sama mereka mula menanam azam untuk kelihatan hebat dan menjadi individu yang istimewa di mata orang lain. Membesar dengan kurang perhatian dan kasih sayang, dewasanya, mereka akan menjadi seorang yang berjiwa sensitif, pendendam dan pentingkan diri sendiri.
Selain itu ada juga ibu bapa yang sering memberi tekanan kepada anak-anak untuk kepuasan diri sendiri. Selalunya situasi ini berlaku dalam keghairahan ibu bapa untuk mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik. Anak-anak dipaksa belajar bukan untuk nilai ilmu tetapi untuk sebuah kejayaan dan pencapaian untuk disohorkan! Anak-anak diajar menunjuk-nunjuk dengan kelebihan diri tanpa menyedari sebenarnya ianya adalah suatu nikmat untuk disyukuri. Hasilnya anak-anak akan terikut-ikut dengan perangai ibu bapa yang senang menunjuk-nunjuk dan berbangga-bangga dengan kelebihan yang ada.

Selalunya orang yang mempunyai personaliti sebegini sangat sukar dibentuk mahupun dirawat oleh psycologist atau psiciatrist. Ini kerana sifat ego mereka yang tidak mahu bercampur dengan orang lain, sedangkan untuk terapi mereka mesti sanggup bersosial dan membuang tabiat meninggi diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Bagi kita orang yang beriman, sepatutnya personaliti sebegini tidak seharusnya menjadi pakaian kita. Kenalah ingatkan diri selalu bahawa kita ni hamba Allah. Apa yang ada pada pada kita semua kepunyaanNya. Apa saja yang kita lakukan niat kita hanya kerana Allah. Kecantikankah, kepandaiankah, kekayaankah semua pinjaman semata dan bersifat sementara pula. Maka wajarnya kita bersyukur pada Allah atas segala nikmat yang kita terima.
Sekiranya kita terasa ada sedikit-sedikit sifat narsissistic dalam personaliti kita maka cepat-cepatlah kita beristighfar dan minta tolong dengan Allah supaya dijauhkan daripada sifat mazmumah itu. Sentiasalah memperbanyakkan syukur kepada Allah kerana kesyukuran itu akan membawa kepada bertambahnya nikmat dan sekiranya kita dapati ada kelemahan dan kekurangan pada diri kita maka Rasulullah SAW telah mengajar kita supaya bersabar, kerana sabar itu akan membawa pahala yang banyak dan bererti untuk kehidupan di dunia dan selepasnya.
Islam juga mengajar kita supaya menghubungkan silaturrahim sesama kita dan sentiasa menjaga hati dan perasaan saudara-saudara kita. Riya', ujub, sum'ah, sombong, takbur antara sifat-sifat yang memusnahkan persaudaraan. Jika diteliti sifat-sifat ini adalah selari dengan ciri-ciri narsissistic personality disorder. Orang yang memelihara sifat-sifat ini dan menyuburkannya dalam diri akan terjerumus ke lembah kebinasaan; narcissistic personality disorder! Bukan mudah untuk memujuk diri keluar daripada dunia narcissist!
Seharusnya sebagai seorang muslim kita sedar bahawa sebagai insan yang lemah, kita semua dibekalkan dengan sifat-sifat mahmudah juga mazmumah. Ada yang lebih sifat mahmudahnya, dan ada yang lebih sifat mazmumahnya. Oleh kerana itulah, Islam mengajarkan kita supaya sentiasa memuhasabah diri, mana-mana sifat mahmudah yang telah kita lazimi, teruskanlah, mana-mana sifat mazmumah yang masih melingkungi kita, bermujahadahlah untuk menjauhinya. Sentiasalah berdoa agar dilindungi Allah dari sifat yang terkeji, dan dihiasi dengan sifat terpuji. Antara doa yang saya gemari adalah; Alhamdulillahillazi kama hasanat khalqi fahassin khuluqi, maksudnya; 'Segala puji bagi Allah yang telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkanlah akhlakku'. Doa ini dibaca ketika melihat diri di hadapan cermin.
Seterusnya, sekiranya kita dapati diri kita telah ada tanda-tanda penyakit personaliti ini maka mintalah orang yang terdekat membantu kita, memerhati dan mengawali tindakan kita. Rendahkan ego kita, ego itulah selalumya memusnahkan kehidupan dan masa depan kita di dunia dan di akhirat sana.
Kepada ibu bapa pula, awaslah dalam mendidik anak-anak. Jangan terlalu dimanjakan dan diikutkan segala kehendak anak sehingga mereka menyangka mereka akan punya apa saja di dunia. Jangan pula anak-anak dimarah, dikritik dan dihina sentiasa hingga hilang kekuatan dan rasa hibah dalam diri. Bersederhanalah. Berilah kemanjaan dan hak-hak mereka sebagai anak, asuhilah anak-anak dengan akhlak yang mulia, lazimkan kehidupan mereka dengan sunnah dan sirah Rasulullah SAW. Moga anak-anak kita akan membesar sebagai seorang sihat personaliti dan berjaya di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment