24 Mac 2010 genaplah usia Nadhila (Baby) 7 tahun. Baby yang tidak sabar-sabar lagi menunggu tarikh itu sangat gembira dengan ketibaan hari lahirnya. Dua tiga hari sebelum itu Baby telah mengingatkan saya supaya menyediakan muffin untuk guru dan rakan-rakan sekelasnya untuk diberikan pada hari tersebut. Saya cuma menyediakan cupcake pada malamnya, yang sebenarnya instant sponge cake yang saya beli di TESCO. Simple saja, cuma tambah telur dan air, kemudian bake. Itu pun sudah cukup membuat Baby berpuas hati dan tersenyum simpul...
Pada hari tersebut, pagi-pagi lagi Baby sudah bangun, tak perlu lagi didukung oleh ayah seperti hari-hari sebelumnya. Selepas menerima ciuman hari lahir dan ucapan Happy Birthday daripada ummi dan ayah, Baby terus bersiap dengan uniform sekolah, breakfast pun ala kadar sahaja, tak sabar-sabar nak pergi sekolah dan menjamu cupcake hari jadinya.
Pulang saja dari sekolah, saya terus bertanya, macammana Baby, ok tak kek Baby, Baby seronok tak Happy Birthday kat school?'
'Seronok.... semua kawan-kawan Baby kata yummy, yummy. Teacher pula kata, clever mum! (ehem! tima kacih).
Pada petangnya saya buat kek karot (first time cuba!). Ini pun sebagai memenuhi permintaan Baby untuk celebrate kat rumah, dengan kawan-kawan. Kebetulan saya ada usrah dengan pelajar-pelajar perempuan Sekolah Melayu Bowburn pada petang itu. Jadi, majlis hari jadi Baby diserikan dengan kehadiran anak-anak usrah saya yang juga teman-teman Baby di sini.
Begitulah kami meraikan hari ulangtahun ke-7 Baby. Walaupun tanpa majlis yang meriah tetapi saya rasa ianya sudah cukup menggembirakan Baby dan yang penting membuatkan beliau merasa dihargai dan disayangi. Pesan saya pada Baby supaya dia menunaikan solat lima waktu. Ini kerana Rasulullah SAW mengajar kepada ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berusia 7 tahun menunaikan solat. Ibu bapa mestilah sentiasa memesan, mengingatkan dan mengajak anak-anak menunaikan solat secara berulang-ulang di usia 7 tahun sehinggalah anak kita berusia 10 tahun.
Dalam waktu ini kita perlu mengambil kesempatan untuk melatih dan memperbetulkan solat anak-anak baik dari segi fi'li juga qauli. Latih dan didik mereka supaya melazimi solat dengan penuh hikmah, moga-moga apabila tiba waktunya, anak-anak kita akan dapat menunaikan solat dengan baik dan tertib.
Mudah-mudahan dengan latihan yang diterapkan oleh ibu bapa dan kefahaman yang diperolehi mengenai kepentingan solat akan menjadikan anak-anak kita sentiasa mengambil berat tentang solat dan merasa janggal untuk mencuaikannya.
Doa saya semoga puteri saya yang kedua ini akan menjadi seorang yang mantap imannya, kuat jiwanya dalam menempuh kehidupan di dunia ini. Semoga setiap kejayaan yang akan dicapai oleh Baby selepas ini adalah kejayaan yang mendekatkannya kepada Allah SWT, dan semoga semua itu akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhiratnya! Ameen.
No comments:
Post a Comment