8 Julai mungkin antara tarikh bersejarah buat kami sekeluarga khususnya dan Durham My umumnya. Pada tarikh ini kami kehilangan sebahagian daripada warga komuniti kecil Melayu Bowburn bila Fauzi dan family berangkat pulang ke tanahair. Saya dan keluarga amat terasa kehilangan kerana beliau adalah antara tiga orang yang menyambut ketibaan kami di Lapangan Terbang Newcastle lewat September yang lalu. Apatah lagi sepanjang kami di sini merekalah keluarga pertama yang berangkat pulang ke tanahair.
Tinggal berjiran, teman berjalan, usrah dan kuliah, makan-makan bersama, begitu indah kenangan yang akan kekal dan segar dalam ingatan.
Doa kami semoga Fauzi, Adlina, Kakak Nashwa dan Adik Nadhrah akan sentiasa beroleh kebahagiaan dan dipermudahkan Allah dalam setiap urusan. Semoga sentiasa berjaya.
Bye wawa, Ucai hilang kawan.......................
Ucai, Wawa dan Kakak Nadhila, pose terakhir di 15, Durham Road....
Bersama Marlina, seorang lagi yang akan permisi hujung bulan ini, Sabah menggamitnya.....................
Sekitar majlis perpisahan Fauzi-Adlina
Mempunyai teman yang baik seumpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Begitulah ibarat yang benar daripada Rasulullah SAW.
Itu jugalah yang kami rasakan sepanjang ukhuwwah dan persahabatan ini.
Moga bertemu lagi Dr Fauzi dan Dr Adlina
No comments:
Post a Comment