Ucai dan Maab
Suasana agak berlainan dengan anak-anak kami di sini. Cuti bukanlah saat yang ditunggu-tunggu. Nadhila sudah bertanya bila dia akan kembali ke sekolah semenjak hari pertama cuti lagi. Dia ni tak sabar-sabar nak masuk Junior School, setelah dua kali dibawa melawat sekolah tersebut oleh gurunya. Baru sekejap tadi Nabhan pula bertanya berapa hari lagi dia kena bercuti, dia boring kat rumah dan mahu belajar dengan guru-guru yang baru katanya. Nampaknya seronok juga mereka dengan alam persekolahan baru.
Alhamdulillah secara keseluruhannya anak-anak kami dapat 'settle down' dengan baik sepanjang tinggal dan bersekolah di sini. Nabhan, Nadhila dan Nusair lebih cepat menyesuaikan diri di sekolah berbanding Iffah. Mereka tidak menghadapi masalah dan mendapat layanan yang baik daripada guru-guru dan kawan-kawan. Dari segi komunikasi juga, saya lihat mereka berkembang dengan cepat, sekarang Nabhan dan Nadhila telah dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan agak lancar dan tiada masalah untuk berinteraksi dengan rakan-rakan bukan Melayu.
Berlainan dengan kakak mereka, Iffah yang terus menduduki sekolah menengah sesampai di sini pada mulanya agak bermasalah. Maklum saja, di samping masalah bahasa, suasana dan pelajaran juga sangat berbeza dengan sekolah lama. Sebelum datang ke sini Iffah berada di Tahun 5, SR AL-Islah, Sungai Petani. Belajar di sekolah agama dalam biah solehah sangat menyenangkan. Berbanding di sini, masuk ke kelas yang hampir keseluruhannya anak-anak Mat Saleh, saya rasa Iffah dan kawannya Anis sahaja yang Islam, yang lain semuanya bukan Islam. Perangai anak-anak Mat Saleh ni pulak sangatlah menyiksakan batin. Antara yang selalu disungutkan Iffah adalah sikap mereka yang tidak menghormati guru. Kalau kita rasa anak-anak murid kita tidak lagi hormatkan guru, maka mereka lebih-lebih lagi. Mereka tidak kisah mengejek-ejek atau mempermainkan guru. Di samping itu Iffah juga tidak ramai kawan, tidak ramai yang mahu mendekati Iffah kerana perwatakannya yang sangat berbeza dengan mereka. Walau bagaimanapun Iffah punya beberapa orang kawan rapat dan sentiasa membantunya di sekolah.
Di samping persekitaran yang mencabar, subjek yang dipelajari juga satu bebanan kepada Iffah. Iffah yang sepatutnya baru menjejaki Tahun 6 pada tahun ini terpaksa belajar subjek yang diajar di Tingkatan 4 di sekolah kita. Fizik, Kimia, Bio, Sejarah Eropah, Kebudayaan dan banyak lagi perkara-perkara baru yang Iffah terpaksa bertungkus lumus menghadapi.
Dua, tiga bulan pertama adalah tempoh yang sangat sukar dan menyiksakan, Iffah pernah menangis dengan saya dan ayahnya bila mengadu betapa peritnya alam persekolahan barunya di sini. Namun saya dan ayahnya menenangkannya dan sentiasa memberi semangat dan kata-kata perangsang untuknya. Kami menasihatinya supaya bersabar dan terus berusaha. Bila dia dapat menguasai bahasa maka semuanya akan berjalan dengan baik. Alhamdulillah, guru-guru di sini sangat baik dan memahami. Mereka sangat suka membantu pelajar seperti Iffah.
Kini telah berlalu dua penggal persekolahan. Lebih kurang sebulan yang lalu, kami dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru yang mengajar Iffah (Parents Consultation, di sekolah kita Jaya-Waris). Dalam majlis itu kami sempat menemui 10 daripada 15 orang guru yang mengajarnya. Semuanya memberi tindakbalas yang positif terhadap Iffah, baik dar segi kemajuan pelajaran mahupun kelakuan. Seorang gurunya awal-awal lagi memberitahu dia berasa 'unlucky' sebab dia tahu Iffah akan meninggalkan sekolah tersebut satu hari nanti!
Dalam 6 bulan ini Iffah telah menerima berbagai penghargaan daripada guru-gurunya; hadiah, poskad dan kad penghargaan atas kecemerlangan dalam pelajaran dan kerja-kerjanya yang memuaskan. Semua itu menjadi perangsang buatnya. Kemampuan Berbahasa Inggerisnya jauh lebih baik daripada mula sampai di sini, baik dari segi pertuturan mahupun penulisan. Markah dan gred bagi kebanyakan subjeknya hampir setanding dengan pelajar-pelajar di kelasnya, bahkan dia mendapat gred terbaik bagi subjek Matematik dan Ethic and Philosophy. Begitulah Iffah mengakhiri Year 7 di Durham Johnston Comprehensive School bagi tahun 2010.
Mengunjungi Bowburn Junior School untuk mengambil Laporan Kemajuan Nabhan adalah sesuatu yang amat mendebarkan. Maklum saja datang ke sini dengan segunung harapan bahawa Nabhan akan dapat belajar dengan lebih baik si sini. Sebelum berjumpa gurunya kami terlebih dahulu diberi Laporan Tahunannya. Hairan juga kerana dalam laporan itu ruangan 'Assessment' kosong sahaja., tiada markah atau gred. Bila bertemu dengan gurunya barulah kami tahu bahawa Nabhan tidak mengambil ujian yang sepatutnya. Ini kerana Nabhan masih di bawah level 3. Rupa-rupanya mereka mengajar mengikut level walaupun dalam satu kelas. Pelajar-pelajar tidak akan diberi ujian jika tidak mencapai level yang ditetapkan. Di sini mereka sangat mengambil berat perasaan pelajar, mereka tidak mahu pelajar merasa rendah diri jika tidak mampu manyaingi kawan-kawannya. Dalam kelas Nabhan belajar dalam group berasingan bagi subjek matematik, dan gurunya akan menekankan tajuk-tajuk yang mereka ketinggalan. Saya sangat bersyukur kerana mereka memahami masalah Nabhan dan mengambil tindakan untuk membantunya.
Menurut gurunya Nabhan telah boleh bertutur dengan baik dan dia mula 'participate' dalam kelas. Walaubagaimanapun dia masih 'struggle' untuk membaca dan menulis, kerana itu dia tidak dibenarkan mengambil ujian. Saya fikir cara ini lebih baik .Semasa saya mengajar dulu semua pelajar diwajibkan mengambil peperiksaan tanpa mengira tahap pencapaian. Lantaran tidak dapat menjawab soalan, mereka membuat bising dan menimbulkan bermacam-macam masalah semasa peperiksaan berjalan. Bukan saja kertas jawapan mereka kosong, tetapi yang paling menyakitkan hati mereka mengganggu pelajar-pelajar lain.
Menurut gurunya, Nabhan agak popular di kalangan rakan-rakan sekelasnya dan sentiasa enjoy dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Dia juga menggemari subjek sains dan sangat gembira belajar perkara-perkara baru di sekolah seperti negara dan kebudayaan Brazil dan 'Worldcup'. Semua ini sangat menyenangkan hati kami.
Di samping itu, semenjak bersekolah di sini, Nabhan telah beberapa kali menerima 'award', antaranya 100% Attendance, Head Teachers Award dan A Star Student. Alhamdulillah, tercapai juga impiannya kerana di sekolah dahulu dia selalu sahaja bersedih kerana melihat kakak dan adiknya mendapat hadiah.
Menurut gurunya, Nabhan agak popular di kalangan rakan-rakan sekelasnya dan sentiasa enjoy dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Dia juga menggemari subjek sains dan sangat gembira belajar perkara-perkara baru di sekolah seperti negara dan kebudayaan Brazil dan 'Worldcup'. Semua ini sangat menyenangkan hati kami.
Di samping itu, semenjak bersekolah di sini, Nabhan telah beberapa kali menerima 'award', antaranya 100% Attendance, Head Teachers Award dan A Star Student. Alhamdulillah, tercapai juga impiannya kerana di sekolah dahulu dia selalu sahaja bersedih kerana melihat kakak dan adiknya mendapat hadiah.
Nadhila pula seperti biasa, sentiasa enjoy dan dapat mengikuti pelajaran dengan baik.Walaupun gembira di sini dia selalu juga bertanya bila nak balik Penang, teringat dekat kawan baiknya Si Fatin!
Nadhila dan kawan-kawan - hari terakhir di Bowburn Infant School
Kini tamat setahun persekolahan anak-anak di tempat baru, September ini Iffah melangkah ke Year 8, Nabhan Year 6, Nadhila akan meninggalkan Infant School, Mrs Foster dan Mr Soppit yang disayanginya kerana akan masuk Year 3, Junior School. Nusair sahaja yang masih kekal di Bowburn Nursery. Walaupun masih tidak tahu berbahasa Inggeris, Nusair tidak bermasalah di sekolah; kalau saya tanya, teacher kata apa kat Nusair, pantas saja dia jawab: Good naughty! Ha ha ha, saya tergelak besar!
TEDDY BEAR PICNIC - Ucai bawa bear kecil saja.........
Ucai dan Syira, Syira telah pun berangkat pulang ke Malaysia awal minggu ini. Bye bye.......
Ummmm....menarik sngguh cerita bebudak ni ye..
ReplyDeleteK. Nab
tu cerita depan tabir je Kak Nab..........
ReplyDeleteYe ke? Teringin gak nak tau cerita blkg tabir tu! Tp tk pe la, smbang lain kali. Biasa la yek, kat blkg tabir tu ada mcm2...K.Nab
ReplyDeleteTST..........JGN BG TAU PPD SUDAH LE!
ReplyDelete