Alhamdulillah, suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi baik bagi ibu bapa mahupun anak-anak. Walau pun tempat perkhemahan tiada bekalan elektrik, namun itu bukan masalah besar bagi kami. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan memuaskan.
khemah kami........ |
Bila ber'camping' maka tak sah kalau tiada BBQ. Maka ini adalah BBQ yang kedua untuk minggu ini kerana Sabtu lepas baru saja berBBQ di Family Day anjuran Durham My.
Our Master Chef yang montel............ |
Di hari kedua kami mengambil kesempatan meronda-ronda di bandar-bandar yang berdekatan;
SCARBOROUGH - Bandar tepi laut yang sangat cantik! |
Bandar kedua yang sempat kami kunjungi adalah Whitby, juga sebuah bandar di tepi laut yang menjadi tumpuan ramai terutama di musim panas. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah!
Naik boat di Whitby, ombak kuat sehingga bot melambung-lambung. Pengalaman pertama naik bot di lautan terbuka sangat menyeronokkan! ENGLISH COTTAGE |
entah siapa la empunya cottage mewah ini....... |
Gambar di atas adalah sebuah cottage di THORNTON-LE-DALE, sebuah bandar yang kami lalui dalam perjalanan pulang ke tempat perkhemahan. Disebabkan minat kami berhenti untuk mengambil gambar.
Gembira melihat anak-anak yang riang bermain dan berkawan, lepas dan bebas......
hebat.................. |
Sebelum pulang............. |
Macam-macam pengalaman baru yang saya dapat rasai sepanjang perkhemahan ini. Walaupun kesejukan pada malam hari (tiada 'blower'), tambahan pula saya memang tidak lena tidur dalam khemah, namun saya seronok dengan ukhuwwah yang terjalin sepanjang kami di sini. Jarang-jarang dapat menunaikan solat di tengah padang yang lapang, berbalut baju tebal dek cuaca yang sejuk. Terima kasih kepada Tuan Dr Azam yang mengusulkan seterusnya menguruskan penempatan bagi perkhemahan ini!
No comments:
Post a Comment