Hari ini saya menghadiri training 'Learning Disability (LD) and Challanging Behaviour'. Satu-satunya training yang telah lama saya idamkan. Alhamdulillah, banyak input yang saya dapat hari ini untuk bidang yang saya ceburi sekarang, juga untuk saya sebagai ibu dan sudah tentu juga berguna sekiranya saya ingin meneruskan kerjaya sebagai pendidik selepas ini.
|
Tempat bertraining selama 2 hari....... |
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah satu perkara yang kami bincangkan dalam training tadi. Penceramah meminta peserta yang seramai 7 orang (semua perempuan) itu menyenaraikan perkara yang perlu bagi kehidupan seorang manusia normal seperti kita (our needs), maka tersenarailah : Fags (rokok), chocolate, twix, socialise, phone, computer, family etc. Saya menanti apakah mereka akan menyebut apa yang ada dalam minda saya; GOD! Namun sampai sudah perkataan itu tidak keluar. Saya diam saja, saya seorang saja Melayu dan Muslim. Mereka semua Kristian, pada nama sahaja, mungkin kalau nak bercakap pasal agama Kristian saya lebih tahu dari pada mereka sendiri.
Begitulah kehidupan mereka, Tuhan tidak wujud dalam kehidupan seharian, kehidupan mereka tidak perlu kepada Tuhan. Mereka tidak tahu apa Tuhan boleh buat untuk mereka.
|
Anak-anakku, semoga kamu semua meniti jalan yang lurus....... |
Sebenarnya sikap begini boleh kita lihat di kalangan orang-orang Islam sendiri; orang Islam juga ada yang lupa terus kepada Tuhan namun masih mengaku muslim jika mengisi borang. Ada yang ingat sikit-sikit saja, perkara agama buat apa yang dia suka aje; ada pula yang buat sama banyak dosa dan pahala. Pendek kata macam-macam peringkat manusia beramal dengan agama mengikut tahap iman. Ada orang kaya yang hidup tanpa agama tapi bila masjid atau badan-badan agama minta derma murah hati bersedekah. Nampak seolah-olah agama perlu kepada mereka, mereka tak perlukan agama!
Oleh itu renung-renungkanlah maksud firman Allah swt dalam surah al-asr; Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Seterusnya hayatilah bait-bait kalimah Allah dalam ummul kitab yang kita ulang-ulang saban hari; Engkaulah Tuhan yang aku sembah, dan Engkaulah tempat aku memohon pertolongan, tunjukilah daku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Wallahualam.