16 JANUARI 2021
First birthday tahun ini birthday umi. ALHAMDULILLAH TATIMMUS SOLIHAT..Hari ini umi berada di awal 5 series......
|
Blueberry cheesecake, tq ayah dan anak-anak😍 |
Istimewanya pada hari lahir ummi yang ke-50 ini Wan ada bersama. Alhamdulillah, terima kasih mak. Tidak terbalas jasa mak dan ayah, teringat dan terkenang kesusahan mak dan ayah suatu ketika dulu, ketika membesarkan kami adik beradik.
Terima kasih ayah dan anak-anak Iffah, Aan, Kakcik dan Ucai bunga-bunga indah dalam hidup umi. Semoga cinta dalam keluarga kita semakin mekar dan mewangi. Doa umi di setiap sujud kita kan bersama hingga ke syurga......
22 Mac birthday Ayah, dan 24 Mac birthday Kakcik. Celebrate sekali la ye....
|
Homemade choc cupcake n apple pie
|
|
Hadiah istimewa daripada umi, bracelet
|
|
My darling Kakcik
|
|
Sweet and suit you
|
|
Untuk ayah pula daripada anak-anak |
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Ayah dan Kakcik dengan rahmat dan kasih sayangNya..dikabulkan segala hajat dan cita-cita di dunia dan di Akhirat.......
1 Ogos tarikh yang sangat istimewa untuk Umi dan Ayah. Tarikh yang menukar status kami. Dengan kehadiran Kakak kami menjadi umi dan ayah. Alhamdulillah dikurniakan anak yang bijak dan sangat rajin menuntut ilmu.
|
Choc moist, walaupun comot anak-anak suka....
|
|
Happy birtday Kakak
|
|
2020 |
Alhamdulillah, Kakak sudah di tahun akhir Kuliyyah of LAW, meneruskan legasi Ayah dan Umi di UIA. Mudah-mudahan Kakak sentiasa diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT dan kekal cemerlang, tahun depan Umi boleh tengok Kakak naik stage konvo insyaallah......
2 September
|
Birthday boy
|
|
Favourite lamb chop for your bithday |
|
Maidah.... |
|
Aminn.... |
Aan anak umi yang sangat berjasa, tukang urut umi yang setia...Rajin bekerja, dan akan menyambung pelajaran ke peringkat degree insyaallah. Semoga Allah SWT memelihara Aan sebagaimana Dia memelihara hamba-hambaNya yang soleh, diberikan taufiq dan hidayahNya dalam memilih jalan-jalan kehidupan. Didorongkan untuk melakukan kebaikan dan dihindari dari kesesatan dan kemungkaran...
11 November.. last birthday for the year
|
Happy birthday Ucai. Tornado Choc Cake for you |
|
Sambut birthday tanpa Ayah. Ayah teman nenek jumpa old friend |
di JB
|
Untuk Ucai, next day balik hostel... |
|
Ready to school... |
Belajar rajin-rajin Ucai, semoga beroleh kejayaan. PKP ni Ucai bina body, rajin sungguh dia exercise. Insyaallah sihat dan boleh beri tumpuan pada pelajaran. Akal yang sihat pada badan yang sihat. Umi love you always...
Alhamdulillah, sampai ke penghujung 2021. Tahun-tahun normal baharu, banyak rutin yang berubah. Sekolah anak-anak juga agak bercelaru, ketentuan Allah SWT. Apa-apa pun kita sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan sentiasa beriman dan beramal soleh walau apa yang datang, kita terima dengan redha dan syukur kepadaNya...
No comments:
Post a Comment