If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Friday, 22 April 2011

EDEN PROJECT CORNWALL - APRIL 2011

























OH! KEBUN ATUK PUN ADA DI SINI.......






Wednesday, 20 April 2011

Tuesday, 29 March 2011

HEPPI 8th BESDAY, BABY!


24 Mac adalah tarikh Baby melangkah ke usia 8 tahun. Tarikh yang ditunggu-tunggu! Macam-macam permintaannya, cupcake untuk kawan-kawan sekelasnya, kek harijadi dan dolly; itu antara idamannya!

Alhamdulillah, telah 8 tahun usia Baby, anak yang saya lahirkan ketika usianya 8 bulan dalam kandungan. Dengan berat 2.25 kg, tubuhnya sangat kecil, betapa takutnya saya melihat Baby yang terpaksa diletakkan di bawah 'warmer' kerana lahir tidak cukup bulan. Susu khas disalurkan melalui tiub di hidungnya. Itu kenangan saat kelahirannya 8 tahun yang lalu!



Baby membesar sebagai anak yang aktif dan cerdas. Baby sentiasa cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Ada-ada saja anugerah yang diterimanya di sekolah. Minggu lepas dia mendapat 'award certificate' kerana 'poem' yang ditulisnya. Saya juga melihat kecenderungan Baby dalam pelajaran matematik. "People born in Penang good at mathematic," begitulah gurunya  Mrs Marshal memujinya! Alhamdulillah.

Di rumah saya mengajar Baby Al-Quran, setakat ini Baby telah pun membaca juzuk ke-4, bacaannya boleh dikatakan lancar, cuma saya tekankan bacaan bertajwid supaya dia boleh membaca al-Quran dengan baik dan indah dipendengaran. Di samping itu saya baru saja memulakan hafazan untuknya, saya mulakan dengan juzuk amma. Setiap surah yang dihafal saya berikan 50p sebagai ganjaran. Bersemangat dia menghafal!



Selain Al-Quran, saya juga mengajarnya Aqidah, Ibadat dan Akhlak di rumah. Dia rajin dan  seronok belajar. Setiap kali saya mengadakan ujian, dia dan abangnya akan membandingkan markah yang diperolehi. Itu antara perkara yang dapat saya lakukan untuk memastikan Baby mempunyai kefahaman yang baik dan dekat dengan agama.



Semenjak bepindah ke sini aktiviti sosial Baby agak terbatas. Dia tidak mempunyai kawan-kawan sebagaimana di Bowburn. Saya berasa sedih apa bila suatu hari dia memberithu saya bahawa dia tiada kawan di sekolah. Setiap kali 'playtime', gurunya terpaksa keluar untuk 'find some friends' untuknya bermain. Kasihan Baby! Itu cerita dua bulan pertama kami berpindah ke sini. Sekarang dia sudah ada kawan-kawan sama ada di sekolah mahupun di rumah. Apa pun saya sangat bersyukur kerana dia sentiasa gembira dan bersemangat bersekolah walaupun ada kalanya menghadapi masalah seperti itu.

Begitulah serba sedikit kisah Baby IFFAH NADHILA yang telah pun berusia 8 tahun hari ini. Doa saya semoga kehidupan Baby sentiasa disinari keimanan, diselimuti kesolehahan dan dibaluti keilmuan. Moga hidupnya sentiasa terpimpin dan boleh memimpin insan lain.

Tuesday, 8 March 2011

LETTERS FROM HAUGHTON SC.


Semenjak Iffah bersekolah di Haughton School, Education Village ini telah tiga pucuk surat saya terima memaklumkan perkembangan Iffah di sekolah; surat pertama 'Letter of Commendation', kedua Letter of Achievement dan ketiga, 'Letter of Recognition for Attendance and Punctuality'. Semua  surat ditandatangani oleh Miss Vice Principal Teaching and Learning (PK la tu...)


Seingat saya sepanjang 13 tahun saya mengajar, banyak juga surat yang 'terpaksa' saya hantar kepada ibu bapa pelajar melalui Tuan PK HEM. Surat-surat yang saya hantar berterusan adalah surat-surat berwarna putih, kuning dan merah. Surat putih untuk amaran pertama tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab, diikuti surat kuning dan ketiga surat berwarna merah yang saya sudah lupa bilangan harinya, seterusnya surat tunjuk sebab sekiranya pelajar tersebut berterusan tidak hadir dan akhir sekali surat buang sekolah. Surat-surat tersebut 'standard' sahaja, saya cuma ambil di pejabat, isi maklumat pelajar berkenaaan, tinggalkan di atas meja PK HEM, dan pejabat sekolah akan uruskan. Mudah saja!

Selama 13 tahun saya berkecimpung dalam bidang pendidikan menengah, itulah surat-surat yang biasa saya hantar, kecualilah sekali dalam setahun saya mungkin ditugaskan untuk menghantar surat jemputan kepada beberapa orang pelajar untuk Hari Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah.


Kini, telah lebih setahun saya tidak mengirim surat kepada ibu bapa, sebaliknya saya pula yang sering menerima surat daripada sekolah. Namun surat yang saya terima itu bukanlah surat-surat amaran seperti itu, tetapi surat pujian dan penghargaan. Alhamdulillah, sebagai ibu bapa saya dan suami amat berbesar hati dengan perhatian pihak sekolah terhadap perkembangan Iffah. Sebagai pelajar baru, Non-English, sudah semestinya Iffah bukan  yang terbaik, namun disebabkan 'progresnya yang baik', maka dia diberikan penghargaan sedemikian.

Meneliti surat-surat yang diterima dan mengamati cara mereka menghargai komitment dan usaha seorang pelajar, saya merasa begitu terharu sekali. Saya mula terfikir kenapa kita tidak mampu melakukan perkara yang sama terhadap pelajar-pelajar kita? Kenapa kita boleh menghantar surat kepada ibu bapa pelajar yang ponteng sekolah, tetapi kita tidak pernah menghantar surat-surat memuji anak-anak mereka yang rajin ke sekolah, baik peribadi, sentiasa menepati masa, sentiasa bersedia belajar dan diajar. Oh! surat-surat yang sangat membahagiakan hati dan menenangkan perasaan ibu bapa!

Semasa Iffah berada di Durham Johnston Comprehensive School dulu, kami sering menerima poskad ucapan tahniah buat Iffah kerana memperoleh markah yang baik dalam ujian. Itu pun saya rasa satu cara yang sesuai dan ringkas juga untuk kita praktikkan di sekolah. Poskad tersebut hanya ditandatangani oleh Ketua Bidang. Lebih mudah!

Pada pendapat saya usaha sebegini bukan saja membakar semangat pelajar untuk lebih maju dan berdaya saing, bahkan akan menggalakkan ibu bapa untuk turut mengambil berat dan menghargai kemajuan anak-anak baik dari segi akademik mahupun syahsiah. Minta maaf kepada rakan-rakan guru, saya sememangnya sangat faham dengan beban tugas kita guru-guru di sana, saya hanya ingin berkongsi 'rasa' sebagai ibu bapa kerana kita semua adalah ibu dan bapa!

Wednesday, 19 January 2011

SABARLAH


Payahkah menjadi ibu dan bapa? Kalau melihat kepada keadaan saya di rumah ini, oh! betapa kalutnya berdepan dengan anak-anak yang pelbagai peringkat usia. Dengan ilmu keibubapaan yang amat tohor ini, seringkali saya gagal mengawal diri, terjerit-jerit kepada anak-anak; jangan gaduh; diamlah skit; kenapa ni; nanti orang sebelah panggil polis baru engkorang tau! Itu antara ayat-ayat kurang sabar yang keluar dari mulut saya! Nak buat macammana, saya phobia dengan jiran-jiran, orang putih di kiri kanan, depan belakang, rumah mereka senyap sunyi sahaja, rumah kita saja yang riuh rendah! Sabar jelah!

Alaa...main bola pulak kat ruang tamu, pecah berderai lampu yang tergantung, Si Nabhan punya angkara, makkk oooiii, tersirap darah! Keluar main dengan kawan-kawan, entah pegi mana, balik dengan kasut berlumpur, pijak atas karpet, anak bertuah!

Itu antara fenomena setiap hari saya sebagai ibu. Namun kebelakangan ini,  saya rasa sikap panas baran saya dengan perangai anak-anak agak kendur. Pekerjaan saya sebagai carer kepada 'people with learning disabilities' sering mengingatkan saya bahawa saya sangat beruntung punya anak-anak yang sempurna. Iya, syukur ya Allah kerana mengurniakan aku anak yang sempurna kaki tangannya, dengan kaki itulah dia mampu menendang bola yang memecahkan lampu itu, dengan kaki itulah dia boleh ke sana sini, bermain dengan gembira bersama kawan-kawan, betapakah kalau anakku tidak punya kaki yang sempurna sebagaimana PC yang kuuruskan ini, berjalan terdengkot-dengkot, tidak stabil dan sentiasa perlu dibantu duduk bangunnya.

Anak-anakku petah bercakap, ringan saja lidahnya menyebut patah-patah kata yang diingini, mereka yang kujaga ini, punya suara yang sukar dimengerti. Sedih melihat keadaan mereka, aqal yang jauh ketinggalan daripada usia......

Memerhati dengan mata hati, terasa pilu dengan sikap sendiri. Mengapa aku selalu mengikut kata hati, kekadang marahku menurut nafsu, anak bergaduh, anak menyepah buat sampah, bermain berkejar dalam rumah, malas belajar; sabarlah wahai diri, tinggikah suaraku ini menegur anak-anak? Ya, aku perlu juga tinggikan suara, suara ibu mesti tinggi dari pada suara anak-anak, rotan? Juga ajaran agama! Ah, apa juga cara, anak mesti dibetulkan.
"Bila saya nak marahkan JN, saya baca bismillah dan cubit sikit dia",!
Begitu kata salah seorang ahli usrah kami bila membincangkan masalah marahkan anak. Ilmu yang amat jarang saya amalkan, adakah keterlupaan saya itu kerana syaitan telah mengusai diri ketika marah? Nauzubillah! Memang syaitan sentiasa mengambil peluang memperkudakan kita ketika kita marah.

Teringat semasa kecil, memang selalu saya kena marah oleh ibu, bukan saja leterannya penuh telinga malah sekali sekala rotan juga hinggap di punggung dan betis, tali pinggang sampai batang penyapu semuanya kena.....ade aje yang aku buat silap.....pasal balik lambat, pasal jaga adik, pasal lambat mengaji, pasal tak hormat orang tua dan macam-macam pasal lagi....

Disebabkan selalu kena marah, kadang-kadang saya rasa mak tak sayangkan saya, rasa terpinggir dan berbagai rasa yang tidak selesa. Kini bila menjadi ibu kepada putera dan puteri ini, terdetik juga dalam hati ini, adakah perasaan yang sama dalam hati sanubari mereka bahawa mereka dimarahi kerana tidak disayangi? Mungkin......

Ibu bapa dahulu kala, marah senang saja bagi mereka, jangan ada yang tidak kena, panjang tangan mereka menghala kepada kita. Pentingnya segala yang salah mesti segera diperbetulkan, siapa yang jahil mesti segera diajar. Pun begitu anak-anak takut dan hormat akan ibu bapa . Mulut tidak berkata, walau pedih hati dan body, terima sahaja. Itulah cara saya adik beradik serta teman-teman sepermainan dibesarkan. Kini kami semua telah menjadi ibu bapa. Apa yang pasti semakin dewasa, semakin terasa harga pengorbanan dan kasih sayang kedua orang tua. Bahagia yang saya kecapi hari ini adalah makna dari sejuta kesabaran dua insan yang bergelar ibu dan bapa. Saya akur, apa jua yang cuba saya lakukan untuk keduanya, tidaklah dapat menandingi kasih dan jasa mereka buat saya, apatah lagi buat ayah yang telah pergi menemui Ilahi. Hanya Allah sahaja yang layak menganugerahkan pemberian terbaik untuk ibu bapaku.

Menjadi ibu yang berhikmah, mendidik anak dengan berhemah. Sabar seorang ibu memang sering tersasar dengan kerenah anak-anak yang bermacam. Marah seorang  ibu adalah marah sayang! Ya Allah Suburkanlah kesabaran dalam diriku terhadap anak-anakku dan bantulah aku untuk membantu mereka menjadi hamba-hambumu yang taat! Wallahualam.

Wednesday, 5 January 2011

A FRIEND

Ayu Mazlan; Bertemu dan Berpisah di Musim Luruh
 Selamat kembali ke Terengganu, Tahniah kepada Dr Affandi Salleh. Selamat berjaya untuk Ayu dan semoga bahagia dengan kehidupan baru. All the best to Anis, Athirah, Adam and Adib. We miss U........