If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday, 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI BUMI DURHAM 2012





Sedikit juadah untuk sarapan di pagi raya, sunat makan sebelum solat eidulfitri


Ucai dan Bang Aan 

Ucai minta maaf Ayah, Ucai dah semakin faham erti Hari Raya

KakCik dan Ucai bermaaf-maafan

Ucai dan Cami di Stevenson Road

Amin, Nabhan, Nusair dan Syahmi

KakCik n Baby Khaleed

Takbir Eid Durham_My

Juadah warga Durham_My, majlis mengerat silaturrahim

Ketua-ketua keluarga

Semoga tahun hadapan sebahagian dari pada kami akan dapat meraikan eidulfitri bersama keluarga di tanahair pula.....SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.


Friday, 3 August 2012

KAWAN BARU

23, Garden View, destinasi baru bulan ini. Kedatangan saya disambut oleh Joy, kali kedua saya bertemu wanita berusia 55 tahun yang sangat ramah dan baik hati ini. Oleh kerana ini kali pertama saya bertugas di sini, maka banyak perkara yang perlu diterangkan kepada saya. Joy sangat sabar mengajar dan menjawab soalan-soalan saya.

Sebuah banglo sederhana besar dan dihias cantik. 'A lovely house for three lovely ladies'. Ketiga-tiganya sangat istimewa! Sangat berbeza dengan 'tenants' di rumah-rumah yang saya bekerja sebelum ini, ketiga-tiga mereka lebih 'able'. Dua dari padanya boleh berkomunikasi dengan baik walau pun kadang kala agak pelat. Seorang lagi tidak boleh bercakap, suara pun tidak keluar. Sekali sekala dia cuba mengajuk apa yang saya sebut kepadanya, perlahan, seakan berbisik sahaja kedengaran suaranya. Kasihan dia! Dia dipanggil Lesley. Lesley sangat disenangi oleh 'carers' di rumah itu. Dia tidak banyak kerenah.

Di rumah Lesley akan duduk di sofa, minum kopi, jika ada yang melayannya dia juga gemar membaca buku dan mewarna. Consevatory rumah itu penuh dengan peralatan mewarna, sesuatu yang menarik perhatian saya. Lesley bertubuh rendah dan agak berisi, pergerakannya lambat, kadang-kadang dia menjatuhkan badannya. Saya pun tidak faham kenapa, mungkin dia berasa tidak confident dengan kemampuan kakinya yang kecil itu. Dia mengidap rheumatism, nampak lututnya agak besar. Dia sangat baik dan nampak menyenangi saya. Keupayaannya terbatas, dia perlu banyak dibantu berbanding kawan-kawannya.

Pagi keesokan harinya saya memandikannya, lambat sekali dia menggosok badannya dengan tuala kecil yang saya berikan kepadanya. Kami bantu mana-mana yang perlu, tidak boleh terlalu banyak menolong tetapi harus menggalakkan mereka melakukan sendiri sedaya upaya. Saya kena bersabar menanti dia membersihkan dirinya. Selepas mandi di sapu segala lotion dan gel di mana yang perlu. Selepas bangun dari tidur pagi tadi saya menghabiskan sedikit masa meneliti 'medication' setiap tenants kerana ketiga-tiganya 'under medication'.

Dari pemerhatian saya, Lesley mempunyai ciri-ciri autisme, selepas mandi dia membetulkan kedudukan kerusi mandinya, sangat berhati-hati dan berkali-kali dia membelek kaki kerusi itu dan mempastikan kedudukannya seperti yang dikehendaki. Dia juga menyusun kembali semua 'toiletries' yang digunakan ditempat asal, walau pun saya telah mengemasnya namun dialihkan semula seperti sebelumnya.

Siap 'personal care', saya membantu Lesley menyiapkan sarapan, mudah saja; cereal, susu 'and a cuppa'. Lesley makan lambat, berhenti sekejap bila saya menyuakan tablet untuknya dan kembali menyudu cerealnya. Walau pun lambat dia makan sehingga licin!

Sementara itu saya menyiapkan 'packed lunch' untuknya kerana setiap hari dia akan ke sekolah (Day Centre). Saya dibantu oleh kawannya Christine yang ringan tulang dan sangat sayang kepada Lis.  Setelah selesai sarapan, Lesley berehat di sofa sementara menunggu kedatangan Joy yang akan menghantarnya ke Day Centre yang hanya selang satu bangunan dari rumah itu.

Dua orang lagi tinggal di rumah dan ada aktiviti tersendiri. Christine sibuk dengan persiapan untuk holidaynya, seronok bercerita mengenai caravan yang akan didiaminya selama percutiannya di Scarborough nanti. Tidak nampak ciri-ciri 'disable' padanya. Fizikalnya seperti orang normal, dia sangat gemarkan kanak-kanak dan bayi. Dia mempunyai 'anak' yang diberi nama Sarah. Setiap masa dia akan bercakap dengan anaknya itu, dan membahasakan dirinya 'mum'. Dia juga memberitahu saya bahawa baby keduanya 'coming soon' sambil menunjukkan kepada perutnya yang agak besar! Bila saya tanya sama ada boy or girl, dia jawab tak kisah asalkan sihat. Tinggi miginasinya! Dia banyak membantu saya dalam menguruskan rumah, dia tahu semua susun letak peralatan dalam rumah itu.

Seorang lagi Gillian. Gemarkan layanan special. Walau pun dia mampu mengambil sendiri makanan atau minumannya, namun dia suka saya membantunya 'whilst' dia berehat di sofa! Gillian bijak, boleh menulis dan membaca. Mulanya saya ingatkan dia berlakon membaca rancangan tv dalam majalah, namun bila saya test dia rupa-rupanya memang boleh membaca!

Semalam pula saya ditugaskan membantu 'a lady', no rumahnya 100, dalam kawasan bandar. Pengalaman yang sangat menarik. Roselyn berusia 44 tahun, bertubuh rendah seperti kebanyakan disable, saya agak dia boleh dikategorikan down syndrome. Saya disambut oleh bapanya yang berusia 82 tahun, 'very typical English'! Walau pun hanya di rumah, dia berpakaian lengkap; baju kemeja 'tucked in', kelihatan kemas menyandar di 'reclined chair' bercorak 'English fabric' sambil menonton tv. Lelaki tua ini sangat ramah, bercerita mengenai dirinya dan Roselyn, juga berminat mengenali saya dan keluarga.

Roselyn sangat istimewa dan berbeza dari pada 'tenants' yang saya uruskan sebelum ini. Dia sangat berdikari dan cergas.  Dia memberitahu saya bahawa ibunya telah lama meninggal kerana mengidap kanser payu dara. Tidak banyak yang perlu dibantu kerana dia boleh melakukan sendiri. Dia juga bijak dan suka berbual dengan saya. Sejak saya di sini dialah orang pertama yang mahu belajar Bahasa Melayu, dia meminta saya menyebut beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu, dia bersungguh-sungguh menghafalnya. Menurut bapanya Roselyn mempunyai 'fantastic memory', dia akan menghafal apa yang saya ajarkan.

Amat kelakar bila dia mewarnakan kuku saya. Itulah kali pertama saya memakai 'nail varnish'! Oleh kerana saya memakai baju pink, maka diwarnakan kuku saya dengan color pink. Saya dan suami sama-sama tergelak sebaik saya masuk ke dalam kereta dan menunjukkan kuku kepadanya. Kalaulah Roselyn tahu saya membersihkan kuku saya sebaik sampai di rumah untuk solat asar mesti dia akan berkecil hati dengan saya!

Setelah dua jam di rumah itu dan membantu apa yang perlu, saya mengundur diri. Roselyn memberitahu bahawa dari pada sekarang saya adalah kawannya. Alhamdulillah, bertambahlah rakan saya, telah ramai rakan saya dari golongan istimewa semenjak saya berada di UK ini. Alhamdulillah, semua ini satu anugerah berharga dari pada Allah kerana melalui mereka saya belajar banyak pengalaman baru serta erti nikmatullah!





ULANG TAHUNNYA KE-14

Genap 14


Mungkin hari jadinya yang terakhir di 4 Trafford Close...






Kali ke 3 hari jadi disambut di bulan Ramadhan, saat yang berkat untuk mendoakan kebahagiaan dunia dan akhiratnya

Wednesday, 25 July 2012

PERMULAAN RAMADHAN DAN PENGAKHIR SESSI 2012

Jumaat 20 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, bermula umat Islam menyambut bulan penuh berkat, kami berpuasa sedari jam 3.00 pagi sehingga 9.33 malam. Pengalaman kedua berpuasa di perantauan, Iffah dan Nabhan berpuasa penuh seperti tahun lepas sementara Nadhila pula saya tetapkan berpuasa 12/13 jam sahaja mengikut waktu di tanahair. Alhamdulillah, setakat ini kami semua dapat melaksanakan ibadah puasa selama 18 jam setengah di sini dan semoga Allah menerima ibadah kami yang panjang ini.

Jumaat yang sama adalah hari akhir persekolahan anak-anak di sini. Sebenarnya Nadhila dan Nusair telah tamat sessi persekolahan pada hari Khamis lagi kerana guru-guru mereka terlibat dengan 'Teachers' Training Day'. Cuma Iffah dan Nabhan sahaja yang masih bersekolah sehingga hari Jumaat.

Alhamdulillah, semua anak-anak menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran mahupun syahsiyyah sebagai murid yang baik di sekolah. Ummi dan ayah sangat bersyukur dan gembira dengan 'feedback' guru-guru terhadap anak-anak semua; diringkaskan di sini ummi sertakan pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian masing-masing...


Alhamdulillah, Iffah berjaya mencapai target dalam semua subjek!

 
Sebak dan terharu......, terusik jiwa keibuan melihat penghargaan yang tak disangka-sangka ini..., semua ini rezeki dari pada Allah, semoga anakku Nabhan menjadi hambanya yang bersyukur...

Nadhila/KakCik, mendapat certificate terbaik dalam Year4, alhamdulillah!

Nusair pula mengakhiri zaman tadikanya dan akan melangkah ke Year1 September ini. Nusair telah boleh membaca perkataan mudah, masih bertatih dan kurang satu level dari pada target, namun melepasi target dalam subjek matematik. Tidak mengapa, insyaallah masa cuti ini Nusair boleh belajar membaca dari pada ummi dan kakak ye!

Begitulah coretan ummi untuk kenangan anak-anak di kemudian hari, semoga anak-anak terus bersemangat menimba ilmu kerana orang yang berilmu diangkat martabat oleh Allah beberapa darjat berbanding dengan orang-orang yang tidak berilmu.

Wednesday, 18 July 2012

KERAS TANGAN SAYA BERSAMA KLIEN

Untuk mengisi masa lapang di tempat kerja sering kali juga saya membuat kraf tangan bersama mereka@ lebih tepat lagi saya buat untuk mereka, kerana klien-klien saya ini adalah yang terdiri dari pada insan-insan yang disayangi Allah. Mereka semua diberi peluang oleh Allah hidup di muka bumi tanpa direzekikan dengan kesempurnaan fizikal, mental mahupun spiritual. Maka apalah yang boleh diharapkan dari pada mereka. Apa-apa yang saya buat sebenarnya adalah untuk mereka walaupun dalam report saya akan tulis..'si pulan was supported to......', si pulan akan terima barang yang sudah siap saja.

Biasanya saya akan buat di depan mereka, ada juga antara mereka yang berminat menolong, dan sebetulnya ada juga yang boleh buat dengan bantuan, seperti Mak Cik JS yang suka menolong saya buat kraf untuknya, Makcik PT pula boleh buat tapi jangan lama, nanti tak semena-mena kita dicubitnya, ataupun tangannya singgah di muka atau di kepala kita! Kalau dia mula main kuku (twitching/flicking fingers) tu, cepat-cepat tamatkan aktiviti atau bawa lari jauh dari dia sebelum keNA!  Cik adik EB pula langsung tidak berminat menolong, baik dia main game wii Mario atau PS3, tapi bila siap dia datang tersengih-sengih dan berkata; 'I keep it!', muka tak malu!

Begitulah perangai klien-klien yang saya jaga bila saya buat aktiviti kraf tangan dengan mereka, namun saya jadi seronok dan ralit pula membuat kraf. Dulu masa saya diminta mengajar Pendidikan Seni di sekolah rasa malas dan tiada idea. Maklumlah, mana ada masa nak fikir, sibuk memanjang. Sekarang fikiran ada sikit tenang, idea pun ada berkembang!

Ini antara benda-benda kraf yang saya buat dengan EB:

 Ini adalah karektor kartun yag EB suka tengok di Cbeebies, saya dah lupa apa nama rancangannya

Ini 'view' sawah padi, masa ni terkenang sawah ayah dan mak. Sedapnya makan nasi di tepi sawah (masa darjah 5/6 dulu...). Saja nak bagi omputeh tengok sawah padi kita...

Butterfly untuk EB

EB walaupun sudah 30an tapi masih lagi suka toys, ini antara watak yang EB suka 'Thomas n Friends'
Antara hasil kerja pertama saya bersama EB

Menghias potret
Tiru Mr Maker!
Watak kartun yang menjadi teman EB di mana-mana

dibuat sempena Queen's Diamond Jubilee Celebration 2012

EB memang minat dengan spider, di mana dia jumpa spider dia akan spend masa to say hello and have a chat with this little creature!

Caterpillar, silap letak sesungut plak dahh!

 
Mungkin ada satu dua gambar lagi yang saya akan bubuh selepas ini, antaranya watak Waybuloo, boleh kata setiap kali saya shift, saya diminta melukis watak-watak Waybuloo; Yojojo, Nok Tok, Lau-lau dan De Li, betul-betul macam budak 3 tahun!

Monday, 26 March 2012

HAPPY 9TH BIRTHDAY TO MY LOVELY FLOWER NADHILA@KAKCIK

24 MARCH 2012
MY LOVELY PRINCESS WHO ALWAYS CURIOUS IN EXPLORING HER WORLD..............
KAKCIK; BE GOOD, YOU ARE THE ROLE MODELS FOR UCAI!

KAKCIK SAID; IT'S OK UMMI, NO NEED TO GIVE ME PRESENT FOR MY BIRTHDAY, I HAD MY DAY ENOUGH AT 'BIG SHIP LITTLE COW JUST NOW, BUT UMMI STILL HAD SOMETHING FOR YOU, BECAUSE YOU ARE MY 'TWINKLING BLINKING STAR', I LOVE YOU KAKCIK!

UMMI, AYAH, KAKAK, ABANG AAN AND UCAI WERE PRAYING AND WE WILL ALWAYS PRAY FOR YOU; MAY ALLAH SHOWER YOUR LIFE WITH HIS BLESSING  AND INSPIRES YOU WITH KNOWLEDGE AND SUCCESSFUL!!

BE A GOOD GIRL KAKCIK!



HAPPY BIRTHDAY my dear...........
 

Monday, 5 March 2012

Kakcik n Ucai di Cambridge

14 MARCH 2012. Sudah lama berhajat membawa anak-anak melawat universiti-universiti terkemuka di England, antaranya Oxford dan Cambridge. Alhamdulillah, kali ada ruang dan peluang, pulang dari London kami singgah di Cambridge. Memang indah bandar ilmu ini! Bangunan-bangunan lama dan klasik, dengan jambatan-jambatan kecil yang merentangi sungai Cambridge, bot-bot kecil yang disediakan untuk pelancong-pelancong menikmati panorama indah di sepanjang sungai, sebuah bandar yang meriah dengan penuntut-penuntut ilmu dan pengunjung-pengunjung.....

Ucai, Kakcik, Kakak dan Abang Aan sampai di 'Park n Ride', ayah parking kereta di sini dan naik bas double decker ke bandar Cambridge.  

Abang AAn pun tidak lepas peluang posing dengan Bas Cambridge
Haa, dah pun dalam bas, on the way to Cambridge, Ucai dengan Kakcik mesti pilih tingkat atas...

Dah pun sampai di Cambridge.....
Kakcik di salah satu bridge yang merentangi Sungai Cambridge
Itik-itik Cambridge...
Aktiviti kegemaran Ucai, been on boat, sampai susah nak ambik gambar dia, marah! Ucai nak main air yang sejuk tu...

macam nilah sebenarnya bot yang Ucai n Kakcik naik....

Kakak, Kakcik n Ucai; siapa boleh belajar kat cambridge ni nanti???

Haa.. nanti boleh pakat dengan Fatin datang belajar kat sini ye Kakcik! 

Kat mana-mana pun Ucai buat 'funny face' yang dia belajar drp Mr Clown kat London tu!
Rehat kejap, penat juga meronda bandarnya, cantikk!


Market....

Insyaallah, anak Umi akan pakai topi ini dengan rasminya satu hari nanti......

'Bandar Ilmu' yang meriah!

Bangunan-bangunan lama dan klasik.....








Begitulah lawatan ilmiah untuk anak-anak umi kali ini. Kalau bukan Cambridge University pun, doa umi anak-anak akan menjejakkan kaki ke kuliah universiti terkemuka dunia yang lain, pulang dari sini semua anak-anak mesti tanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berilmu kerana orang yang berilmu itu adalah 'pewaris nabi'. Allahul mustaann... Moga Allah makbulkan impian kita bersama!