Iffah Nabiha atau panggilan mesranya di rumah, 'kakak', kini menginjaki usia 12 tahun. Membesar sebagai anak sulung Iffah sentiasa menjadi perhatian keluarga kedua belah pihak saya dan suami. Apatah lagi Iffah adalah cucu sulung bagi keluarga sebelah ayahnya. Cucu pertama yang amat ditunggu-tunggu kepulangannya oleh ibu-ibu saudaranya yang masih kecil setiap kali cuti persekolahan. Di sebelah saya pula Iffah adalah cucu perempuan kedua setelah yang anak kakak saya yang pertama; kini beliau telah pun beranak tiga. Maka sejak lahirnya Iffah memang manja dan menjadi tumpuan keluarga. Cuma disebabkan cepat beroleh adik baru, dalam usia 1 tahun lebih, mungkin semasa kecilnya Iffah agak sensitif dan mudah berjauh hati sekiranya tidak mendapat layanan atau tidak dituruti kemahuannya.
Iffah memulai alam persekolahan ketika berusia 4 tahun, di Tadika Amal, Tasik Gelugor. Saya mengambil keputusan untuk memasukkannya ke sekolah kerana melihat keghairahannya ingin ke sekolah. Setiap hari dia bertanya bila dia nak bersekolah.Dia seorang anak yang bijak. Saya masih ingat ketika sekolah mengadakan Hari Ihtifal pada akhir tahun, Iffah dipilih oleh gurunya untuk membuat persembahan bersama pelajar-pelajar 6 tahun walaupun beliau baru 6 bulan berada di kelas 4 tahun. Betapa rancak dia menari sambil menyanyi lagu 'Que Serra Serra', berpusing-pusing dengan gaunnya yang kembang!
Dari usia 4 tahun sehingga sekarang (12 tahun), Iffah telah belajar di 4 buah sekolah. Setelah 2 tahun di Tadika Amal, kami memohon untuk memasukkan Iffah ke Sekolah Tahfiz Islah. Memang hasrat kami untuk melihat Iffah mahir membaca al-Quran di samping dapat menguasai bahasa Arab dan ilmu fardhu ain. Iffah sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai inisiatif yang kuat untuk berjaya. Walaupun saya sentiasa sibuk dengan adik-adiknya, dan kurang memberi perhatian terhadapnya namun dia sentiasa mendahului rakan-rakannya dalam setiap kali peperiksaan.
Sebagai anak sulung, Iffah selalu ingin berdikari. Sekolah Tahfiz Islah sebenarnya di sebelah rumah kami saja, walau pun begitu, Iffah yang berusia 8 tahun memohon untuk tinggal di asrama kerana merasa seronok tinggal bersama kawan-kawan dan mahu mengikuti sepenuhnya program sekolah tersebut.
Belajar di Tahfiz selam 3 tahun, Iffah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tok Bedur. Iffah kurang seronok sebenarnya, namun saya terpaksa melakukannya kerana saya mahu dia menjaga adiknya Nabhan (darjah 2) yang agak bermasalah di sekolah tersebut. Walaupun baru di sekolah itu Iffah mendapat perhatian guru-guru dan dilantik sebagai pengawas sekolah.
Iffah tidak lama di Sekolah Kebangsaan Tok Bedur, apa bila adiknya Nabhan keluar dari sekolah tersebut dan dihantar belajar di sebuah tahfiz di Bukit Pinang, kami memikirkan sekolah yang lebih baik untuk Iffah. Maka Iffah dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama Al-Islah, iaitu sebuah sekolah agama di Pokok Asam, Kedah. Saya masih ingat lagi apa bila mamanya (ibu angkat Iffah) memuji bahawa Iffah adalah anak yang baik kerana taat dan menurut kata, di mana kami buat keputusan untuk menukar sekolahnya, dia ikut saja. Ya, dia memang anak yang baik kerana tidak pernah membantah apa saja keputusan yang kami fikirkan baik untuknya.
Apa bila saya dan suami membuat keputusan untuk berhijrah ke England, saya nampak bahawa dia kurang berminat, dia sangat sayangkan sekolahnya dan enggan berpisah dengan teman-teman rapatnya. Saya dan suami berusaha menerangkan tujuan dan kelebihan tinggal dan belajar di England. Betapa banyaknya pengetahuan baru dan pengalaman yang akan diperolehi nanti. Akhirnya Iffah akur juga dengan keputusan kami.
Iffah amat meminati pelajaran matematik. Sejak di Malaysia lagi, guru-gurunya sering memuji kebolehannya dalam matematik. Selain itu dia amat berbakat dalam bidang penulisan. Kemampuannya menulis saya kira telah melampaui rakan-rakan seusianya. Bagi memupuk minatnya itu, kami menggalakkannya membina blognya sendiri. Di situlah dia menumpahkan idea-ideanya dan mangasah bakatnya dalam bidang penulisan.
Kini, telah hampir 3 bulan Iffah belajar di Durham Johnston Comprehensive School. Dia semakin dapat menyesuaikan diri dan kemampuan berbahasa Inggerisnya pun semakin baik. Semoga Iffah terus menempa masa depan yang cemerlang dan semoga cita-citanya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Timur Tengah menjadi kenyataan! Ameen.
assalamualaikum,iffah.i'm atikah.your old friend.tiis test exam or we are usually call as a kbsr.i'm so happy because i get 5a's.
ReplyDeleteTahniah
ReplyDelete