DEMAM? TARIK? Tidak pernah tergambar sebelum ini sehinggalah baru-baru ini saya mengalami pengalaman ngeri ini. Teramatlah takut dan terkejut melihat anak kecil kesayangan terbelalak matanya dan badannya tersentak-sentak. Saya menjerit memanggil suami, Nusair yang saya angkat dari atas tilam saya serahkan kepada suami. Saya cuba bertenang, teringat cerita kawan-kawan yang pernah mengalami keadaan yang sama, mesti dimandikan. Saya ajak suami ke bilik air, saya basahkan rambut dan badan Nusair, waktu itu dia sudah nampak reda tapi badannya keras dan kejang saja. Serba salah, semua kami berbalut baju tebal lantaran cuaca yang sejuk melampau, di luar salji memutih, sementara Nusair pula terketar-ketar dengan kepala dan bajunya yang basah. Nusair segera dibawa ke Darlington Memorial Hospital.
Febrile Convulsion, fits atau seizure, kita kata 'tarik' berlaku apa bila anak-anak mendapat demam dengan suhu badan yang tinggi, bermula 38.5 atau 39C. Boleh berlaku kepada anak-anak di usia 6 bulan sehingga 5 tahun.
Suhu badan yang tinggi selalunya disebabkan jangkitan kuman (infection) pada telinga, paru-paru, perut atau air kencing. Nusair kena 'urine infection'. "His urine full of bugs", begitulah kata doktor yang memeriksa Nusair pada malam tersebut.
Apa bila anak mendapat febrile convulsion, selain di pangku adalah lebih baik dibaringkan mengiring di atas tilam atau tempat yang rata, tanggalkan pakaiannya, kalau sanggup ambil masa berapa lama dia tarik. Kalau lebih 5 minit, atau dia mengalami masalah pernafasan, kita perlu dapatkan bantuan kecemasan. Segera ke hospital atau panggil saja ambulan.
Jangan cuba masukkan jari atau apa-apa benda ke dalam mulutnya, kerana sebahagian kita cuba mengelak dari pada anak mendapat kancing gigi. Sebenarnya cara begini menyalahi amalan 'first aid'.
Paling penting berikan dia paracetamol, kalau di Malaysia senang kita dapat 'bullet', sentiasa simpan ubat ini dalam peti ais. Ianya sangat berguna, sebenarnya itulah ubat yang saya guna setiap kali anak saya demam panas, terutama anak pertama dan kedua kerana kedua-dua mereka tak mahu makan ubat. Di sini bullet sangat sukar didapati kerana ubat terkawal.
Menurut doktor febrile convulsion tidak bahaya dan ianya sesuatu yang biasa saja terjadi apa bila suhu badan anak tinggi, namun apa bila sekali anak mendapatnya, ia kemungkinan akan berlaku lagi. Jadi kena beringat dan sentiasa perhatikan anak dan bersedia untuk kemungkinan itu. Ya, saya harap Nusair tidak akan mengalaminya untuk kali Ke-2, insyaallah!
kasihannya nusair..moga xberlaku lagi lepas ni. izzah pun 2 minggu lepas dah baik demam..lepastu tiba2 datang balik demamnya, lebih2 lagi waktu mlm, mesti suhu bdn naik. terpaksa basahkan kepala dan bdn dia dgn air sbb takut kena fits..risaukan budak2 kecil demam ni..dah la kat sini tgh cuaca sejuk..
ReplyDeletemoga nusair dan anak2 kita yg lain sihat2 saja hendaknya..amin.
zi doakan ucai dah sembuh. pengalaman berharga ye syidah. seronoknya ucai dapat cikgu2 yg begitu prihatin. cermin2 diri zi :)
ReplyDeletealhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmahnya.
ReplyDeleteZi,
sebenarnya banyak perkara yang saya lihat di sini boleh jadi cermin sama ada untuk kita sebagai guru mahupun dari segi pengurusan sekolah. Zi, saya tak pernah tengok pengetua kita berjalan bersama dan hantar student ke pintu pagar sekolah semasa pulang, di sini bukan cikgu saja, pengetua pun ikut serta, dahlah tu tepuk2 bahu student, pesan2 pulak; be a good boy,bla,bla,bla....then,cara menangani masalah student; di sini semua pelajar ada diary yang dipanggil organizer, termasuk dalam organizer tu adalah school-parent communication. jd apa saja yang kita nak beritahu cikgu, kita tulis saja dan minta anak kita tunjuk kat cikgu. begitu juga sebaliknya. jadi apa yang berlaku di sekolah senang saja kita tahu, contohnya bila nabhan buat hal, cikgu dia akan tulis yang dia marah atau denda nabhan coz of his silly behaviour, so bila saya check organizer, saya akan tanya nabhan tentang itu.
dari segi pengurusan pula teramatlah cekapnya. saya masih ingat masa di sana, punya susah nak masukkan iffah ke sekolah kebangsaan dari sekolah tahfiz tu, begitu juga kisah beberapa orang kawan kita yang buat urusan pertukaran sekolah anak di jpn atau ppd. kat sini urusan persekolahan sangat mudah w/pun kami ni orang luar. bila pindah ke sini saya apply tukar sekolah, melalui telefon je. dua hari lepas tu sampai surat dan form untuk ke empat2 budak ni, disebabkan sibuk pindah maka seminggu tu tak dan nak isi dan hantar form yang hanya satu muka tu. minggu depannya samapai satu surat dari education department minta kami datang berbincang sebab tak hantar borang. terasa malu kami terus pergi department tu, tak payah panjat pejabat dia, tunggu kat bawah je, receptionist dia panggil pegawai tu dan dia bawa fail kemasukan pelajar, check kekosongan dan confirm semua dapat sekolah yang diminta. tunggu surat je, dia kata.
dah bidang ni pun memang bidang kita, rasanya elok juga kita belajar2 dari mereka. moga Allah beri kekuatan untuk kita.
emm....
ReplyDeletememang Islam anjurkan semua yang baik..permudahkan urusan manusia. Untung Syidah dapat rasakan semua tu.