happy birthday ucai..... |
22 NOVEMBER 2010 YG LALU GENAPLAH USIA ANAK MANJA UMMI 4 TAHUN. AHMAD NUSAIR MASIH BELAJAR DI BOWBURN NURSERY SCHOOL, SANGAT RAJIN KE SEKOLAH, KALAU DIA LAMBAT BERSIAP KE SEKOLAH UMMI AKAN CAKAP, "NANTI MRS GILHAM TUTUP PINTU", MAKA CEPATLAH DIA PAKAI BAJU DAN PAKAI KASUT, LEPAS TU BERLARI-LARI KE SEKOLAH YANG HANYA 5 MINIT DARI RUMAH. DI SEKOLAH CIKGU KATA NUSAIR 'FUNNY' DAN SENTIASA HAPPY.
Ya Allah, jadikan Nusair anak yang soleh, perindahkanlah akhlaknya, anugerahkanlah kepadanya keimananan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat, amin. |
Mrs Bell, salah seorang guru Nusair di Nursery |
NUSAIR MINAT AEROPLANE DAN TRAIN. UMMI, AYAH, KAKAK, ABANG AAN, KAK CIK MESTI BUAT AEROPLANE KALAU NUSAIR MINTA, KALAU TAK DIA AKAN MENGAMUK. HATTA MRS GILHAM PUN DIA PAKSA BUAT AEROPLANE UNTUKNYA, NI CERITA BAGAIMANA NUSAIR MINTA MRS GILHAM BUAT AEROPLANE;
NUSAIR: MAKE ME AN AEROPLANE!
MRS GILHAM: I DON'T KNOW HOW TO MAKE AN AEROPLANE!
NUSAIR: MAKE AN AEROPLANE!
MAKA MRS GILHAM PUN BUATLAH AEROPLANE VERSION DIA SENDIRI....DAN TUNJUK KEPADA NUSAIR.........TAK KENALAH PULAK!
NUSAIR: THIS IS NOT AN AEROPLANE!
MRS GILHAM: OK, OK, I CALL YOUR DAD, HE CAN MAKE AN AEROPLANE FOR YOU!
(NUSAIR SELALU BAWA AEROPLANE KERTAS DAN LUKISAN AEROPLANE YANG DIBUAT OLEH AYAHNYA KE SEKOLAH UNTUK DITAYANG KEPADA GURU-GURU DAN KAWAN-KAWANNYA, SELALULAH CIKGU-CIKGU TU PUJI..AYAH MEMANG BERBAKAT PUN, HE3X)
DUA HARI SELEPAS ITU APA BILA SAYA MENJEMPUT NUSAIR DI NURSERY, SAYA MELIHAT SEMUA PELAJAR KELUAR DARI NURSERY BERSAMA AEROPLANE KERTAS DI TANGAN, DAN BILA SAYA PANGGIL NUSAIR, SAYA LIHAT DIA PUNYA DUA AEROPLANE KERTAS.
'THANK YOU MRS RAINNE, BYE, BYE," GURUNYA TERGELAK MELIHAT NUSAIR BERGAYA DENGAN AEROPLANENYA. "UCAI, SIAPA BUAT AEROPLANE?" TANYA SAYA.
"UMMI, TADI ADA TEACHER AYAH DATANG BUAT AEROPLANE," CERITA NUSAIR. RUPANYA PADA HARI TERSEBUT GURUNYA TELAH MENJEMPUT SEORANG LELAKI(?) UNTUK MEMBUAT AEROPLANE DI NURSERY.
SESUNGGUHNYA SAYA AMAT TERHARU DENGAN CARA GURU-GURU DI SINI MELAYANI KANAK-KANAK. MEREKA SANGAT SABAR, MEMAHAMI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGAMBIL HATI SI KECIL. SAYA TERINGAT KEPADA KAWAN NUSAIR, ADAM YANG KINI TELAH KEMBALI KE TERENGGANU. ADAM MINAT SPIDERMAN DAN SELALU MINTA GAMBAR SPIDERMAN. BILA ADAM BUAT HAL SELALULAH MRS RAINNE PUJUK ADAM DAN PRINT GAMBAR-GAMBAR SPIDERMAN UNTUK ADAM.
KINI SEMUA ITU DALAM KENANGAN. NUSAIR BAKAL BERPINDAH KE SEKOLAH BARU JANUARI INI, RED HALL NURSERY. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN KAKITANGAN BOWBURN NURSERY, KHUSUSNYA KEPADA MRS RAINNE, MRS BELL DAN MRS GILHAM YANG SANGAT BAIK KEPADA NUSAIR SEPANJANG KEHADIRAN NUSAIR DI NURSERY TERSEBUT. SELAMAT BERPISAH AND I'M SURE, NUSAIR WILL BE MISSING YOU ALL!
happy 4th birthday nusair...
ReplyDeletesyukran auntie nani.....
ReplyDelete