If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Friday, 13 November 2020

QUICHE

 Bismillah wal hamdulillah

Hari ini ummi masak ketam masak lomak, ayah pulak rebus kerang. Tetiba Kakcik minta quiche, actually dua tiga kali dah Kakcik dok sebut quiche ni....tambahan pula Kakcik tak boleh makan ketam. Severe allergy, kesian jugalah kat dia.  So, after lunch, ummi continue bersilat di dapur.  

Hasilnya....Tapi tiada mushroom n veg, so kita buh mixed veg sahaja....


Berikut adalah resepi dari my magic book ye

BAHAN A

200 gm tepung gandum
1 sudu(k) garam
mixed herbs

BAHAN B
110gm butter sejuk - kiubkan
1 biji kuning telur
1/4 sudu jus lemon
50 ml air sejuk (masukkan sedikit-sedikit)

Bahan A dan bahan B gaul dan uli, ummi guna food processor. Sejukkan dalam fridge dalam 15 minit.

Sementara tu masak filling pula (Bahan C)

BAHAN C

4 ulas bawang putih

2-3 sudu olive

Capsicum (merah, kuning, hijau)

1 batang celeri

1 pek mushroom butang

1 - 2 biji bawang besar kuning

1 - 2 ketul dada ayam / chicken fillet

Garam

Mixed herbs

Tumis bawang dengan olive oil, masukkan ayam, capsicum, mushroom, celeri, mixed herbs, garam, test sesedap rasa...tutup api. Sediakan bahan D.

BAHAN D

250 gm whipped cream (ummi guna fresh milk-sihat😁)

coarse black pepper

4 biji telur (ummi buh 3 biji sahaja)

Doh tadi perlu "bind bake" selama 10 minit, then masukkan filling sayuran tadi.  Akhir sekali masukkan cream sehingga menutupi filling.  Tabur ceddar cheese dan bakar selama 35 minit pada suhu 160C.


Note: Hari ni no "bind bake" and no sprinkle cheese yer, licin jugak haha..... Everyone was craving😋


Ni tak tahu episod mana, simpan sajalah kenangan PKPB 2....
Kuliah Subuh live


sorry laa... Jumpa gambar ini, face shield buat untuk students, last tiada siapa pun yang pakai....

Sekian perkongsian, next time if you craving again for a quiche, buat sendiri ye Kakcik!

Monday, 9 November 2020

DAIRI PKPB 2

 Bismillah walhamdulillah.

Hari ini 9 November 2020 bermula PKPB 2, alhamdulillahi ala kulli haalin.... Semoga  Allah memelihara kita semua dan menghilangkan kesulitan yang kita hadapi ini.

Kelmarin, ayah ambik Ucai dari asrama.  Semua anak-anak ada di rumah lagi, untuk kali yang kedua kita akan bersama dalam masa yang lama, insyaallah. Kita mula semula jadual harian kita bersama.


Pagi ini kita telah mendengar kuliah subuh yang pertama untuk PKPB kali ini.  Azamnya untuk istiqamah mengadakan kuliah subuh setiap hari untuk keluarga dan live di FB, supaya manfaatnya boleh dikongsi bersama.

Tajuk pagi ini sifat hasad dengki

Aktiviti  selepas kuliah, Ucai tolong set up google meet untuk kelas umi tingkatan 2 pukul 8.30 pagi.
Kakak dah naik atas dengan secawan nescafe, Kakcik buat smoothie melon, Abang Aan melayan Mokki.  Umi breakfast scone sementara tunggu online kelas😄

Rubber band, realiti dirumah..huhu

Pukul 8.30 start kelas online hari ini.  Alhamdulillah, kelas berjalan lancar.  Anak-anak 2B dan 2T juga ceria belajar tadi. Semoga masa yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan-amalan yang diredhai Allah SWT...

Thursday, 10 September 2020

TRADITIONAL COTTAGE PIE

 Sebab apa traditional cottage pie?  Sebab resepi pie ni yang ummi belajar direct dari kawan-kawan old ladies at Winderemere Court. Basically, masak lapisan daging tu dengan cara buat gravy... 

Oh, kalau guna lamb panggil shepherd pie la yer😇

ok kita terus kepada bahan-bahan.

500g minced meat

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

*bawang dicincang

2 sb olive oil atau butter

2 sb corn flour

Mix veg

1 sb serbuk lada hitam

1 sk serbuk perasa hilal (1 kiub ayam//apa2 kiub)

kicap

sedikit rosemary flakes, mixed herbs

Sebahagian daripada bahan-bahan yang ummi guna


Cara:

Tumis bawang dan bawang putih, masukkan minced meat, biarkan sampai agak masak, masuk lada hitam, garam, serbuk hilal, kicap, mixed veg, corn flour bancuh sikit dengan air, biar seketika, tabur sikit rosemary flakes dan mix herbs.... biar mendidih, jangan overcooked sebab nanti banyak minyak.

Sudah masak, boleh masukkan dalam casserole

Untuk mashed potato:

1 kg potato

2 sudu butter

Fresh milk (lebih kurang 200 ml)

Rebus potato sampai betul-betul soft, bubuh sikit garam, buang air rebusan dan terus mash semasa panas bersama butter dan fresh milk. Selain fresh milk, blh juga guna cooking cream. Combine pun ok.

Kemudian, boleh terus masukkan sedikit-sedikit di atas daging tadi. Ratakan elok-elok, buat garisan guna garfu.  bila siap, sprinkle dengan chili powder dan parsley flakes.

Sedia untuk dibakar, 20 minit 160C.

Tersedia untuk dinner anak-anak


Sedikit untuk kawan-kawan di pantry merasa...

Begitulah my original cottage pie recipe.  Kalau tengok kat youtube banyak cara, ada yang guna rempah, mungkin sedap juga dan memenuhi citarasa melayu kann... tapi ini ummi punya resepi lah.  Alhamdulillah anak-anak sentiasa cakap sedap👍😋

Kakak dan kakcik pun suka buat cottage pie ni, so lain kali kalau nak buat lagi, buka saja entry ni.  Tak payah tanya ummi dah😍

Monday, 7 September 2020

LASAGNA KEGEMARAN ANAK-ANAK

Lasagna ni memang menjadi favourite anak-anak, Setiap kali bake lasagna mesti licin. Suka sangat.....

Resepi ummi belajar dengan kawan-kawan makcik Geordie kat Winderemere Court tu dulu😍😍😍
Teringat kat diorang yang sangat rajin mengajar ummi their traditional food. Biasanya ummi la yang kena keluar ke kedai mencari bahan-bahannya.  Dekat saja ASDA dan Farmfood dari rumah tempat kami bekerja, cuma kadang-kadang kena bawa Mr Peter atau partnernya Jane Stabler. Yang tu susah sikit sebab kena tolak wheelchair.  Ummi ni lemah sikit nak nolak benda alah tu..... itu la kenangan service 3 tahun dengan UBU (2010 - 2013).

Ok, ni resepi lasagna orang kampung Darlo...

Untuk sos daging:

500 g  minced meat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji tomato
Semua cincang saja
Olive oil
Sedikit cili paste, cili powder pun ok-ikut selera nk pedas ke tak.  Mokcik Geordie tu xboh pung..
1 atau 2 tin (atau botol) sos pasta - prego/ adabi atau apa-apa brand laa
2 susu besar gula
Sedikit garam
Oregano flakes/Italian spice/ mix spice flakes blh je .....
Blh tambah sos cili juga kalau mau

Cara:

Panaskan olive oil, tumis bawang, bawang putih, cili paste, masuk daging, tambah sedikit air untuk daging agak-agak masak. Masukkan sos pasta, tomato, gula, garam, and the "flakes".  Boleh tambah cili sos jika mau.  Kalu nak banyak kuahnya guna 2 botol sos pasta.  Ummi selalu guna 1 botol sederhana dan 1 tin kecil tu.  So, kuah dia banyak sikit sebab ummi malas nak rebus lasagna sheet tu..

Dah siap sos merah

Untuk white sause:

500 ml  fresh milk
2 1/2 sudu besar corn flour
Sedikit cheese, lebih kurang segenggam. nk letak banyak pun ok
sedikit garam

Kacau sampai agak pekat, kalau nak sedap letak parmesan cheese sikit.

Kasi jadi macam ni,,

Dah siap, sekarang sudah boleh "on" oven.  160C bajet lebih kurang 50 minit ke 1 jam.  Sekarang aktiviti melapis pulak. Mula dengan lapisan pertama sos daging.

Begini lapisan pertama, just sos daging dan sheet


Lapisan kedua sos daging, white sause, tabur sedikit cheese dan lasagna sheets

Begitulah seterusnya, sos daging, white sause, cheese, sheets...... buat sampai habis.
Akhir sekali susun sheet, white sause dan tabur cheese, kalu nak cantik atas guna mozarella dan parmesan.  Baru elok rata bila masak.  

Ok, bo;eh masuk dalam oven

Petua nak lembutkan lasagna sheet yang tak rebus tu, cover dengan aluminium foil semasa dibakar selama 40 minit, then keluarkan, uncover dan masuk semula dalam oven sekita 10 minit atau sampai cheese nampak agak brown.


Ni ummi guna cheddar cheese dan parmesan.

Macam tulah, menu kegemaran anak-anak.  Ummi pun suka juga, tapi tetap rindukan nasi... nasi dengan ikan talang goreng bawang lada juga yang sedap, yang ni buat sekali-sekala ok lah..

Alhamdulillah ala kulli hal... semoga bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anak-anak suatu hari nanti...  Love you all abnai wa banati💕💕💕

Saturday, 29 August 2020

BEST MEMORY EVER

Gambar-gambar ini adalah yang pop up dalam FB ayah dan umi yang di"share" dalam group WA family.  Seronok pula menatap gambar-gambar ini sambil menghimbau kenangan.  Semua yang manis atau yang pahit menjadi topik yang amat nyaman untuk dibicarakan......


Kakcik yang sentiasa gembira dan sangat-sangat enjoy dengan  sekolah dan kawan-kawan.  Di Red Hall Primary kakcik dilantik menjadi "Councillor" oleh guru-guru.  Tugas kakcik adalah menjadi wakil pelajar dalam pentadbiran sekolah.  kakcik suka dengan jawatan yang diberikan dan selalu cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Kakcik sangat rindu dengan persekolahannya di sini dan sering menyebut-nyebut kenangan indah belajar di Red Hall Primary School.


Tahun pertama kembali ke Malaysia, 2013 beraya di rumah Wan, Kampung Lubuk Kawah, Temerloh Pahang setelah tiga kali eidul adha di perantauan. 



Ucai berehat sekejap selepas penat ikut ummi ronda-ronda carboot sale.  Rasanya yang ini di Carboot Sedgefield.  Kalau pergi carboot sale, memang ucai target dah toys.  Hehe.... melambak toys dia...




Usai mendarat di KLIA, penerbangan Emirates Dubai - KL selama 7 jam.  Sampai tengahari, panasnya Kuala Lumpur.  Puas hati, hampir 4 tahun tidak melihat tanahairku yang tercinta.  Kesian emak, lama ditinggalkan...




Kakak pramugari yang baik.  Mesra dia melayan kami berfoto




Hari terakhir Aan di Redhall Primary School.  Aan diberi tanggungjawab sebagai monitor, bertugas menjaga students nursery dan reception pada waktu rehat.  




On the way balik ke Kelantan semasa hari raya 2013, singgah bermalam di Pantai Batu Buruk.  Sambil-sambil Kakcik dan Ucai lepas gian bermain pasir di pantai.  Di UK selalu juga pi pantai, tapi sejuk, tak boleh nak  main.



Messy hair day, Ini gaya rambut ilham dari Ayah dia, haha... Ucai Year 1, Redhall Primary School.






Seperti biasa 2 minggu sekali pergi Middlesborough, beli ayam, daging dan barang-barang dapur..
Ada pasar tani la pulak.



Ucai di London.  Mula-mula takut dengan Mr Clown, lepas tu seronok pulak tengok kawan tu.  Dia pun ikut buat funny face hingga sampai ke Cambridge pun, dok buat lagi...



Naik speed boat di Whitby.  Selalu juga ke Whitby, makan fish and chips sedap kat tepi pantai.



Belakang rumah di bowburn ketika snow lebat.  Ni tahun 2010 rasanya....  menurut warga Bowburn dah beberapa tahun tiada heavy snow di Durham.  Snow kemabali heavy tahun 2009, ketika itu kami baru saja sampai, begitu lebat sekali dia turun. Sekejap sahaja telah penuh dan tebal menutupi bumi. Rezeki kami...selepas tu pun every year snow lebat sehinggalah winter terakhir di England 2012.








Tiga gambar ni kat Big Ship Little Cow Farm di Aiskew Watermill.  Rasanya sempena birthday kakcik.  Di sini ada playbarn, macam-macam mainan, yang besar pun seronok, yang kecik apatah lagi. Boleh tengok dan pegang animals... petting zoo.




Subhanallah, terkenang sungguh tempat ini.  Gambar ini di halaman Durham Castle.  Saja jalan-jalan di Bandar Durham.  Mendaki bukit singgah beli sedikit souvenir Durham Uni di bookshop, kemudian berehat-rehat di sini.  Durham Castle bersebelahan dengan Durham Cathederal.  Durham bandar university.





Portmeirion. Pinggan mangkuk brand UK yang menjadi dambaan suri rumah yang meminati dinnerware gaya omputeh😀Di sinilah Portmeirion Village, North Wales. Masa ni holiday ke Snowdonia. Anak-anak semua nak berehat di chalet, penat main kat waterpark.  Ummi dan ayah ambil peluang visit tempat ni.  Kampung Italian style... cantiklah bagi peminat bangunan lama macam kami.  Anak-anak memang tak minat.





Menelusuri Durham Riverside.  Sejuk dan bersih Sungai Durham. Betapa kuingin kembali berada di sini, sangat menenangkan...


Oh my lovely kitchen, 15 Trafford Close.  Banyak memori di dapur ini.  Di sini ummi berkincah memasak untuk keluarga.  Tradisi berubah bila berada di perantauan, tiada gerai, restoren apalagi pasar malam menjadikan ummi suri rumah yang setia di dapur.  Kalau hari ini ummi mampu bake lasagne dan pasta, scones dan granola... maka semua itu bermula di dapur ini....💓💓💓


My baby, my baby.... memenuhi masa cuti. Anak-anak tidaklah begitu seronok dengan cuti sekolah.  Mereka lebih suka bersekolah, happy at school.  So, nak bagi seronok ummi kena buat aktiviti untuk Ucai sekali sekala... decorate gingerbread man.. Ucai minat benor😃



Tu dia...butang ke belly button tu??😂

Begitulah... mengulang-ulang cerita lama yang semakin jauh ditinggalkan.  Seorang telah tamat diploma, seorang lagi sedang bertungkus lumus menghabiskan pengajian peringkat degree.  Dua orang di sekolah menengah.  Sekolah rendah dah tak ada dah...  Begitu pantas masa berlalu...lalu kita menjadi perindu detik-detik indah dan pilu yang pernah singgah dalam perjalanan masa kehidupan.  Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara hama-hambaMu yang soleh😭


Sejuk ye kakcik? Kakcik di Nursery And Reception Bowburn.

Tuesday, 25 August 2020

GRANOLA BARS SNACK BERKHASIAT

Entri yang ringkas ini ummi nak post resepi granola bars kegemaran Ucai.  Umi buat kat Ucai untuk bawa balik ke asrama, boleh makan dengan kawan-kawan.  Pernah dulu Ucai cerita dia simpan granola dalam beg sekolah.  Bila rasa mengantuk dalam kelas, dia akan makan sepotong, buat hilang mengantuk..

Granola bars ni bagus, selain daripada oats, ada buah-buah kering seperti kismis dan cranberry.  Kalau tanya Kakcik dia akan suruh buh coklat chips.  haa choc lover macam tulah😂 Umi pula memang suka letak cranberry macam dalam scones juga.  Selain itu ada almond, sunflower seeds, flaxeed seeds, dried coconut dan boleh bubuh apa saja yang ada di rumah tu...

Resepi yang selalu ummi guna:

2 cups roll oat (quick cooking)

2 cups rice krispies

1/2 cup raisins ( any dried fruits..cranberries, apa sj blh buh laa)

1/2 cup shredded coconut ( tak letak pn ok)

3/4 cup almond (crushed je)

3/4 cup light corn syrup - ummi buh golden syrup + honey

1/2 cup brown sugar...ummi tukar dengan gula nise...haha kasi melayu like😍

3/4 cup peanut butter

1 teaspoon vanilla


Cara:

Gaulkan bahan-bahan kering dan masukkan semua yang lain dalam periuk.  Kacau sehingga gula cair dan sebati, then masukkan campuran bahan kering.  Gaul sekata.  Tutup api dan masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper. Cara alas rujuk gambar di bawah.  Mesti lebihkan sedikit paper tu supaya mudah nak dikeluarkan nanti.


gunting sikit
Gunting sikit untuk kemaskan bahagian sudut loyang



Guna scrapper untuk tekan-tekan bagi kemas sebelum masuk oven


Bakar dalam 15 minit, keluarkan daripada oven dan sejukkan.  Alihkan ke atas chopping board dan  bolehlah dipotong. Patut jadi bar, tapi ummi potong kiub sebab senang nak makan, satu mulut sekali ngap!


Ni  GRANOLA CUBES LA....haha

Sebenarnya banyak cara buat granola ni kalau tengok dalam youtube tu, tapi ini cara ummilah.  Jangan tanya ambik kat mana, tak ingat dah.  Tapi ada resepi dalam buku resepi legend tu.....

Kebetulan minggu ni nenek datang.  Kita bagi nenek rasa, alhamdulillah nenek suka dengan granola ni.  Buat bagi bekal untuk Nenek n Aunty Munie juga, boleh makan on the way balik Bukit Marak.  Lupa cakap, Akyas pun datang juga👧👧👧

Thursday, 9 July 2020

DIPERSISA PKP INI.....

Minggu ke-22 ummi pelan-pelan mula ke sekolah.  Kakcik ada sikit masa lagi untuk berehat-rehat di rumah.  Ucai la yang masih bersenang lenang. Tu pun bukan Ucai suka sangat pun duk rumah.  Ucai dah mula rindu dengan kawan-kawan, kalau boleh tiap-tiap hari nak GM dengan kawan-kawan, kalau cikgu tak buat kelas onnline, mereka akan usaha buat kelas sendiri, nak belajar bersama...

Bila YB Menteri Pendidikan umum 14 Julai tarikh mula bersekolah, terus Ucai bawa keluar beg, check barang-barang yang nak dibawa balik ke asrama. Takut ada yang tertinggal... haha macam sekolah dia tu kat Kelumpo😅😅


Penuh dah beg tu............



Semoga waktu rehat yang panjang ini menjadikan Ucai semakin bersemangat untuk belajar, bukan nak jumpa dan bersama dengan kawan-kawan saja ye! Selamat maju jaya Ucai, selamat memburu ilmu sedari usia mudamu....

Kakcik di hujung perjuangan tahun ini.  Semoga Allah SWT melimpahi kesihatan yang baik untuk Kakcik dan diberi kekuatan akal dan emosi untuk kekal berusaha, ummi sentiasa doakan kejayaan terbaik untuk anak-anak di dunia dan akahirat.  Doa bonus untuk Kakcik mesti selalu ada kannn💟💟💟

Kakcik suka buat apa yang adik-beradik takkan buat😇

Berhasil sudah....
Abang Aan dah tamat Politeknik, Alhamdulillah.  berjaya dengan cemerlang, entah bila pula boleh Konvo.  Hadiah nanti ummi bagi masa konvo yer, apa pun tahniah atas usaha dan kesungguhan Aan belajar,... Allah berkati segalanya dengan kejayaan.  Subhanallah..

Flying colours💪💪💪
Result semester akhir, keseluruhan pun sangat baik untuk Abang Aan...
Kakak Iffah pula sedang berjuang, siang malam depan laptop.  Nasib dia terpaksa belajar online masa PKP ini.  Memang nampak teruk sangat. Kakak kata kelas alam maya ini lagi penat dari kelas di persada.....  Tidur pun dah tak tentu waktu, tapi yang bagusnya kakak tetap suka masak.  Ada saja waktu dia selit-selit ke dapur....




Bila kakak masuk dapur, kita pun dapatlah makan special dish...haha.  Yang ayah xminat... tapi takpe kak, ayah je yang tak minat.  So, kita buat yang lain untuk ayah!
Good lick for me, and good luck untuk kakak.  Semoga mendapat CGPA yang bagus untuk semester MCO ini....

Banyak lagi cerita yang tak sempat ditulis, momen-momen berharga untuk kita syukuri, alhamdulillah atas nikmat Allah.  Lama kita bersama kali ini....