If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday, 26 March 2012

HAPPY 9TH BIRTHDAY TO MY LOVELY FLOWER NADHILA@KAKCIK

24 MARCH 2012
MY LOVELY PRINCESS WHO ALWAYS CURIOUS IN EXPLORING HER WORLD..............
KAKCIK; BE GOOD, YOU ARE THE ROLE MODELS FOR UCAI!

KAKCIK SAID; IT'S OK UMMI, NO NEED TO GIVE ME PRESENT FOR MY BIRTHDAY, I HAD MY DAY ENOUGH AT 'BIG SHIP LITTLE COW JUST NOW, BUT UMMI STILL HAD SOMETHING FOR YOU, BECAUSE YOU ARE MY 'TWINKLING BLINKING STAR', I LOVE YOU KAKCIK!

UMMI, AYAH, KAKAK, ABANG AAN AND UCAI WERE PRAYING AND WE WILL ALWAYS PRAY FOR YOU; MAY ALLAH SHOWER YOUR LIFE WITH HIS BLESSING  AND INSPIRES YOU WITH KNOWLEDGE AND SUCCESSFUL!!

BE A GOOD GIRL KAKCIK!



HAPPY BIRTHDAY my dear...........
 

Monday, 5 March 2012

Kakcik n Ucai di Cambridge

14 MARCH 2012. Sudah lama berhajat membawa anak-anak melawat universiti-universiti terkemuka di England, antaranya Oxford dan Cambridge. Alhamdulillah, kali ada ruang dan peluang, pulang dari London kami singgah di Cambridge. Memang indah bandar ilmu ini! Bangunan-bangunan lama dan klasik, dengan jambatan-jambatan kecil yang merentangi sungai Cambridge, bot-bot kecil yang disediakan untuk pelancong-pelancong menikmati panorama indah di sepanjang sungai, sebuah bandar yang meriah dengan penuntut-penuntut ilmu dan pengunjung-pengunjung.....

Ucai, Kakcik, Kakak dan Abang Aan sampai di 'Park n Ride', ayah parking kereta di sini dan naik bas double decker ke bandar Cambridge.  

Abang AAn pun tidak lepas peluang posing dengan Bas Cambridge
Haa, dah pun dalam bas, on the way to Cambridge, Ucai dengan Kakcik mesti pilih tingkat atas...

Dah pun sampai di Cambridge.....
Kakcik di salah satu bridge yang merentangi Sungai Cambridge
Itik-itik Cambridge...
Aktiviti kegemaran Ucai, been on boat, sampai susah nak ambik gambar dia, marah! Ucai nak main air yang sejuk tu...

macam nilah sebenarnya bot yang Ucai n Kakcik naik....

Kakak, Kakcik n Ucai; siapa boleh belajar kat cambridge ni nanti???

Haa.. nanti boleh pakat dengan Fatin datang belajar kat sini ye Kakcik! 

Kat mana-mana pun Ucai buat 'funny face' yang dia belajar drp Mr Clown kat London tu!
Rehat kejap, penat juga meronda bandarnya, cantikk!


Market....

Insyaallah, anak Umi akan pakai topi ini dengan rasminya satu hari nanti......

'Bandar Ilmu' yang meriah!

Bangunan-bangunan lama dan klasik.....








Begitulah lawatan ilmiah untuk anak-anak umi kali ini. Kalau bukan Cambridge University pun, doa umi anak-anak akan menjejakkan kaki ke kuliah universiti terkemuka dunia yang lain, pulang dari sini semua anak-anak mesti tanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berilmu kerana orang yang berilmu itu adalah 'pewaris nabi'. Allahul mustaann... Moga Allah makbulkan impian kita bersama!

Wednesday, 22 February 2012

Proof: Babies Born as Believers

baby believer1
Scientists Say It's True - Does Islam? (yes)

Read this fasinating article from a non-Muslim scientist, Dr. Barrett and then think about what Islam teaches on this topic. (Hadeeth mentioned at end)

"Children are born believers in God" -- says scholar.

Children are "born believers" in God and do not simply acquire religious beliefs through indoctrination, according to an academic.

Dr. Barrett: "If we threw a handful (of kids) on an island and they raised themselves I think they would believe in God."

Dr Justin Barrett, a senior researcher at the University of Oxford's Centre for Anthropology and Mind, claims that young people have a predisposition to believe in a supreme being because they assume that everything in the world was created with a purpose.

He says that young children have faith even when they have not been taught about it by family or at school, and argues that even those raised alone on a desert island would come to believe in God.

"The preponderance of scientific evidence for the past 10 years or so has shown that a lot more seems to be built into the natural development of children's minds than we once thought, including a predisposition to see the natural world as designed and purposeful and that some kind of intelligent being is behind that purpose," he told BBC Radio 4's Today programme.

"If we threw a handful on an island and they raised themselves I think they would believe in God."

In a lecture to be given at the University of Cambridge's Faraday Institute on Tuesday, Dr Barrett will cite psychological experiments carried out on children that he says show they instinctively believe that almost everything has been designed with a specific purpose.

In one study, six and seven-year-olds who were asked why the first bird existed replied "to make nice music" and "because it makes the world look nice".
Another experiment on 12-month-old babies suggested that they were surprised by a film in which a rolling ball apparently created a neat stack of blocks from a disordered heap.
Dr Barrett said there is evidence that even by the age of four, children understand that although some objects are made by humans, the natural world is different.
He added that this means children are more likely to believe in creationism rather than evolution, despite what they may be told by parents or teachers.
Dr Barrett claimed anthropologists have found that in some cultures children believe in God even when religious teachings are withheld from them.
"Children's normally and naturally developing minds make them prone to believe in divine creation and intelligent design. In contrast, evolution is unnatural for human minds; relatively difficult to believe."

-- The prophet Muhammad, peace be upon him, said, "Every child is born on the fitrah (natural inclination) of Islam (submission to God in peace) and it is their parents who raise them up to be Jews, Christians or fireworshippers".

From:
Islam Newsroom - News Muslims Need - When We Need It!

Sunday, 5 February 2012

SNOWYYYY.........

Hari ini 4 Feb 2012, sudah separuh winter berlalu untuk musim ini, waktu zohor barulah snow turun. Saya berada di ruang dapur rumah saya bekerja, leka melihatnya turun ringan dan melayang-layang ditiup angin. Semakin lebat dan ketika saya habis bekerja dan keluar dari rumah itu dua jam kemudian jalanraya telah kelihatan putih diratai hujan kapas ini. Sejuk menggigit kulit walaupun saya memakai dua lapis baju dan dibaluti winter coat. Saya berjalan laju, alhamdulillah, sebaik sampai di perhentian bas, sebuah bas nombor 11 Red Hall kelihatan, lega bila boleh masuk dan duduk dengan selesa dalam bas.

Back garden ketika saya sampai...

Ini pula di depan rumah setelah lebih kurang 5 jam snow turun
Perjalanan tidak sampai sepuluh minit ke rumah saya, turun dari bas sekali lagi saya terpaksa berjalan kaki, dekat saja. Sampai di rumah snow sudah memutih di back garden, anak-anak terus keluar bila mendengar suara saya memberi salam, meminta kebenaran bermain di luar. Dah lama mereka menunggu-nunggu saat ini. Padahal ini winter yang ketiga kami di sini.

Kakcik sedang menikmati zamannya.......

Kakcik, Ucai dan Tegan
Riang mereka bermain, semua mereka bawa keluar; penyodok, sledge, baldi....main, mainlah sepuas-puasnya. Sudah lama mereka berkurung dek cuaca sejuk, turunnya snow membawa mereka kembali keluar rumah, sekurang-kurangnya mereka meninggalkan peti tv untuk sementara waktu ini....
Ketika saya membuka pintu belakang pagi esoknya setelah snow turun sehingga tengah malam




setelah bekerja keras mengikis.......

 Jalan raya.......

Pemandangan di persekitaran 'office' saya bekerja...








 
Grit, garam yang digunakan untuk mencairkan snow supaya jalan 'clear' dan tidak licin
 
 
 
Kiri, kanan dan depan rumah yang telah saya 'clear'kan dan di'grit', penat, sakit bahu dan lenguh tangan; saya tersandar di sofa setelah lebih kurang satu jam menjadi 'buruh kasar', di rumah Mr Hubby yang buat semua kerja-kerja ini.....
 
Winter kali ini adalah yang ketiga bagi kami. Sepanjang winter kali ini hanya dua hari sahaja snow turun, tiada lagi selepas itu; berbanding dua winter sebelum ini yang agak lama dan jauh lebih tebal dari ini.  WINTER, walaupun sejuk melampau dan 'mahal' (bayar letrik) namun saat-saat menyaksikan snow turun ke bumi adalah kenangan yang sangat indah, terasa damai melihatnya, begitu juga bila hujan salju ini merubah alam, menyaluti bumi dan pepohonan....indah sungguh alam, Terima kasih Tuhan yang meminjamkan aku mata yang dengannya dapat aku menikmati segala kecantikan.....

Saturday, 28 January 2012

MAZHAB SPIRITUALIST

Suatu hari saya melihat 'congregation' di tv, dan saya bertanya kepada rakan saya; Apakah itu church congregation? Saja memancing bicaranya...Ya, jawabnya, ini congregation Church of England, katanya. Oh! Adakah awak pengikut Church of England? Tanya saya lagi. Saya tahu kebanyakan staf di situ adalah pengikut Mazhab Church of England. Tidak, saya Spiritualist! katanya. Apa?? Itu pertama kali saya mendengarnya! Saya Spiritualist, dia mengulangi. Apa tu?? Saya minta penjelasan...

Menurutnya Spiritualist boleh berhubung dengan alam ghaib, boleh berkomunikasi dengan 'spirit' (roh orang mati). Dia sendiri boleh berhubung dan bercakap dengan roh orang yang telah mati dan dia sentiasa menerima mesej-mesej daripada roh-roh tersebut. Dia juga mampu menjadi 'medium' bagi sesiapa yang mahu bercakap dengan saudara mara mereka yang telah mati. Hebatnya dia!

Ceritanya lagi, ada banyak Spiritualist Church di sini, dan ramai peminat kumpulan ini yang sering berkunjung ke church untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Mereka memberi rawatan (healing) kepada yang memerlukan. Orang-orang yang kematian keluarga dan orang yang disayangi, yang kesedihan dan kehilangan akan terubat apabila boleh kembali berhubung dengan roh-roh tersebut melalui 'medium' ini. Mereka juga cekap 'menujum', boleh meramal masa depan. Patutlah sebelum ini beberapa orang staf di situ menggunakan perkhidmatannya, saya ingat dia sekadar 'fortune teller', rupanya maqamnya lagi tinggi dari itu! Selain daripada boleh menerima mesej daripada roh orang mati, dia juga selalu bercakap dengan 'guard angel'nya, sekiranya ada masalah dia sering mengadu kepada guard angel, katanya. Oh! rupanya dia pun percaya kepada malaikat.

Namun ada satu perkara yang menghairankan saya, orang yang sebegitu hebat, boleh mererima mesej daripada roh orang mati, boleh berkomunikasi secara langsung dengan malaikat ini selalu saja menjadi mangsa buli di rumah itu! Selalu saja saya melihat dia dibuli oleh seorang staf lelaki di situ, macam-macam kerja yang tidak sepatut dia lakukan disuruh oleh rakan staf tersebut,  Dia menurut saja walaupun dia sendiri kurang sihat, dia punya banyak masalah kesihatan. Sedangkan saya selalu kasihan kepadanya, dan sering menawarkan bantuan melakukan kerja-kerja yang dirasakan bahaya untuknya. Baru-baru ini sekali lagi dia diperdaya dan dipergunakan oleh staf tersebut lalu dia melakukan satu kesilapan besar dalam kerja!

Lalu di mana kehebatannya? Kenapa 'Guard Angel'nya dan roh-roh yang sentiasa berhubung dengannya tidak memberi mesej kepadanya dalam perkara tersebut sekiranya benar dia sentiasa menerima mesej daripada mereka. Kalau benar dia boleh melihat masa depan orang lain, kenapa dia tidak boleh melihat masa depannya sendiri sehingga dengan senangnya dipergunakan dan ditipu oleh staf yang jahat itu??

Kesimpulannya, mereka ini adalah orang-orang yang diperdayakan oleh syaitan; mereka berhubung dengan syaitan, mereka bercakap dengan syaitan, mesej-mesej yang mereka terima adalah daripada syaitan yang menyesatkan. Syaitan telah mempermainkan mereka. Syaitan bukan saja membantu orang-orang kafir bahkan syaitan juga turut menyesatkan orang-orang yang beriman, sebab itu terdapat dalam masyarakat kita orang-orang yang dirasuk syaitan sehingga bertukar suara, dan terdapat bomoh-bomoh yang 'menurun' dan menjadi orang lain! Semua itu adalah pekerjaan dan bantuan syaitan, makhluk yang sentiasa menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Mohon perlindungan daripada gangguan dan tipu daya makhluk yang durjana ini. Wallahua'lam!

Tuesday, 3 January 2012

DAY OUT

 Seronok juga keluar bersama kawan-kawan, kopi-kopi di COSTA, Teeside Park. Macam-macam sembang, macam-macam juga pengajaran yang boleh dicerna dari cerita dan berita dari pada kawan-kawan.

Musim winter begini, waktu solat sangat-sangat perlu dijaga, maka Asar kami dalam kereta, Maghrib pula di dalam fitting room Dorothy Perkin, wudhuk dengan meyapu khuf. Menyapu khuf ini saya pelajari semasa di sekolah menengah, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh. Tidak ingat Fekah tingkatan berapa saya belajar tajuk tersebut. Kemudian ilmu menyapu khuf tinggal dalam buku, kurang faham dan tiada sebab pula untuk dipraktikkan. Terasa janggal juga menyapu air di atas setokin begitu. Namun kini itu antara perkara yang dipraktikkan. Maklum saja, bukan senang nak jumpa masjid di sini, surau apatah lagi. Kalau ada pun tumpang solat di 'chapel' atau sacred room', itu pun jarang-jarang ada. Jadi jika mahu solat, wudhuk di toilet, air pula tiada dalam toilet, ada kat sink di luar. Jika ada orang lain, tak boleh basuh kaki di sink, itu adat mereka. Sink untuk basuh muka dan tangan saja. Apa pilihan yang ada? Menyapu khuf sajalah nampaknya. Agama yang sempurna, mudah dan sesuai di mana-mana. Ada saja penyelesaiannya, asalkan mahu, boleh saja kita solat!

Alhamdulillah! Dah selesai tanggungjawab, baru boleh shopping! Memang menarik offer di akhir tahun, macam-macam sales, namun beringat-ingat ketika berbelanja. Saya cuma membeli sebuah handbag dan sehelai cardigan, teringin juga membeli winter coat, semenjak di sini saya pakai coat yang  dibeli 4 tahun yang lepas, namun memikirkan kemungkinan tinggal di sini dalam satu setengah tahun saja lagi, saya batalkan hasrat tersebut. Buat apa membazir, bila kembali ke tanahair, baju-baju tebal tidak dipakai lagi.

Keluar dengan rakan sekali-sekala ada baiknya bagi saya. Ada masa yang cukup untuk membuat 'khiyar', di samping boleh bertanya pendapat teman-teman mengenai kesesuaian pilihan. Rasa puas hati dengan barang yang saya beli, harga pun berpatutan dengan purse saya yang 'comel' ini!

Terimakasih juga kepada suami tersayang, tolong jaga permata hati kami. Tapi dia pun seronok juga, seharian boleh bersembang dengan kawan-kawannya......! Begitulah 'Mothers@Wives Day Out' bagi penamat tahun 2011 minggu lepas. Tahun ini mungkin ada sessi lagi jika diizinkan Allah......Terima kasih kepada Kak Amy, Lin dan Wan Kamariah Baba.