If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday, 28 January 2010

UMMU AIMAN

"Dia ibuku selepas ibuku," begitulah sabda Rasulullah SAW bila berbicara mengenai pengasuhnya Ummu Aiman.
Ummu Aiman sewaktu mudanya dikenali sebagai Barakah binti Tha'labah bin Malik Al-Habsyi, adalah seorang hamba yang berkulit gelap dan berasal dari Habsyah (sekarang Ethiopia). Nama julukan Ummu Aiman diberikan setelah beliau mendapat anak yang dinamakan Aiman.

Ummu Aiman diperdagangkan di Pasar Hamba dan dibeli oleh bapa baginda SAW, Abdullah. Sebelum wafat Abdullah telah berpesan supaya Ummu Aiman diwariskan kepada Rasulullah SAW. Maka setelah baginda lahir, Ummu Aiman adalah pengasuh baginda yang pertama.

Semasa Nabi SAW berusia 6 tahun, ibunya Khadijah telah membawa baginda menziarahi  kaum keluarganya, Bani Adiy an-Najar di Madinah. Di Madinah Ummu Aiman yang menemani dua beranak itu telah mendengar perbualan orang-orang Yahudi yang mengenali tanda-tanda kerasulan pada Muhammad. Mereka juga mengetahui bahawa Madinah itu tempat hijrahnya baginda SAW.

Dalam perjalanan pulang ke Mekah, ibu baginda Aminah telah jatuh sakit dan wafat di suatu tempat bernama Abwak. Maka pulanglah Nabi SAW bersama Ummu Aiman yang setia mengasuh baginda sehingga dewasa.

Setelah Nabi SAW berkahwin dengan Khadijah, baginda telah membebaskan Ummu Aiman, namun beliau tidak mahu meninggalkan Nabi SAW. Beliau ikut beriman dengan Nabi SAW dan menjadi antara wanita pertama yang beriman. Beliau telah berkahwin dengan Ubaid bin Zaid dan dikurniakan anak lelaki, itulah dia Aiman. Diriwayatkan Aiman telah gugur syahid dalam Perang Hunain.

Kemuliaan Ummu Aiman disebut oleh Rasulullah SAW, "sesiapa yang ingin mengahwini wanita ahli syurga, maka berkahwinlah dengan Ummu Aiman,". Maka seruan itu disahut oleh Zaid bin Harithah yang pernah menjadi anak angkat kepada Nabi SAW. Bersama Zaid, Ummu Aiman mendapat Usamah bin Zaid. Usamah telah menjadi panglima perang dalam usia yang muda.

Sebagaimana Ummu Aiman yang sangat mengasihi Nabi SAW, begitulah juga baginda yang amat kasih kepada Ummu Aiman. Tradisi Nabi SAW yang sering menziarahi Ummu Aiman telah diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda iaitu Abu Bakar as-Sidiq r.a dan Umar al-Khattab r.a selepas kewafatannya.

Ummu Aiman telah kembali ke rahmatullah setelah 4 tahun 2 bulan Rasul yang mulia pergi meninggalkannya. Begitulah personaliti hebat Ummu Aiman yang kami bincangkan dalam usrah kami. Sesungguhnya amat bertuahlah Ummu Aiman yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengasuh junjungan kita yang menjadi Kekasih Allah. Ummu Aiman juga dikurniai putera-putera yang hebat yang telah berjuang di jalan Allah SWT. Semoga kesolehahan Ummu Aiman sedikit sebanyak akan tumpah kepada kita ibu akhir zaman.



No comments:

Post a Comment