If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Wednesday, 13 January 2010

BOWBURN

BOWBURN, begitulah nama bumi yang kami pilih untuk mastautin kami di sini.  Buat permulaannya kami menumpang di rumah seorang sahabat lama . Afandi adalah sahabat Jai dan classmate saya di UIA, sementara Ayu isterinya, adalah junior kami.Semasa di Penang, kami pernah mengunjungi mereka di UUM 11 tahun yang lalu, masa tu Iffah dan anak mereka Anis sama-sama meniarap, tak sangka pula bertemu semula di sini. Merekalah yang banyak membantu kami memulakan kehidupan baru, termasuklah menumpangkan kami di rumah mereka selama 10 hari (orang paling lama menumpang). Anak-anak kami cepat saja mesra, umur pun lebih kurang sebaya, Iffah terus saja karib dengan Anis, Nabhan dengan Adam, hanya Nusair saja yang kuat bergaduh dengan Adib (2 tahun).




Dua minggu pertama di sini adalah masa yang paling sibuk. Suami mula mendaftar sebagai "student" dan terikat dengan orientasi sebagai pelajar baru. Terpaksalah saya menguruskan anak-anak terutama urusan persekolahan mereka. Di Bowburn ni mudah saja sebab sekolah dekat, walking distance saja. Mula-mula saya ke Bowburn Infant and Nursery School untuk mendaftar Baby (Nadhila). Esoknya saya ke Bowburn Junior School pula mendaftarkan Nabhan. Amat mudah, cuma bagi nama dan tarikh lahir, mereka minta kita isi sehelai borang, dokumen tak perlu. Esok boleh terus masuk sekolah. Baby masuk Year 2, sementara Nabhan Year 5! Dua orang sudah selesai, cuma Iffah saja yang belum bersekolah.

Di sini Iffah akan masuk Year 7. Lama juga baru Iffah boleh bersekolah, lebih kurang 2 bulan menunggu. Terpaksa buat "hearing appeal". Tapi tak pe, ayah kan lawyer! Akhirnya Iffah berjaya juga belajar di sekolah yang tersohor, Durham Johnston Comprehensive School. Nampak bergaya plak dia......p sekolah pakai black suit!
 










No comments:

Post a Comment