If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 26 January 2010

ALAM SEKOLAH ANAK-ANAKKU

 IFFAH NADHILA (BABY)

Hari ketiga di sini saya mendaftarkan Baby, Iffah Nadhila (6 tahun) di Bowburn Junior School. Baby masuk Year 2 Dolphin. Kelas yang kemas dan cantik dengan skrin besar di hadapan! Kedatangan baby disambut oleh dua orang guru yang sedang berada dalam kelas tersebut. Mesra dan ramah, kedua-duanya memimpin tangan Baby masuk ke kelas. Baby yang terpinga-pinga mengikut sahaja, kemudian duduk bersama pelajar-pelajar lain di kelas tersebut. Kasihan juga bila melihat muka Baby yang kelihatan merah dan gementar. Saya tinggalkan Baby dan kembali menjemputnya pada pukul 3.00 petang. Begitulah setiap hari, saya atau ayahnya akan menghantarnya  pergi ke sekolah pada pukul 9.00 pagi dan balik pada pukul 3.00 petang.
Seminggu pertama Baby ke sekolah dengan linangan airmata. Saya sangat faham perasaan Baby yang  begitu terasing dengan suasana baru, guru dan rakan-rakan yang tidak dikenali. Dalam kelasnya cuma ada tiga orang pelajar lelaki Melayu, yang lainnya anak-anak Mat Salleh! Namun keadaannya semakin baik pada minggu kedua dan seterusnya. Baby semakin serasi di sekolahnya, dia cepat menyesuaikan diri dan semakin ceria pergi dan pulang dari sekolah.


Kini Baby semakin gembira belajar di sini. Baby belajar membaca menggunakan kaedah phonics, matematik, wow word (perkataan dan ayat) dan tulisan. Sepertimana semasa di Malaysia, dia komited dengan pelajarannya. Tugasan dan homework cepat saja disiapkan. Mrs. Foster guru kelasnya yang baik sering memuji kebolehan Baby terutama dalam pelajaran Matematik. Sebenarnya Baby telah belajar matematik sejak tadika 4 tahun lagi, sudah tentu kebolehannya dalam mata pelajaran tersebut agak 'advanced'.  Dengan sekolah yang lengkap dan sistem pembelajaran yang lebih baik di sini diharap Baby akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang.


AHMAD NUSAIR (UCAI)

Bermula dari hari Jumaat lepas 15 Januari, si kecil Nusair (3 tahun) memulai alam persekolahan di sini  (Nusery). Seronok dan teruja dia nak bersekolah. Sebelum ini telah dua kali saya bawa Nusair 'visit the school'. Memang menjadi adat di sini anak-anak dan ibu bapa akan dibawa melawat sekolah, diberi penerangan tentang aktiviti sekolah dan diperkenalkan kepada guru-guru yang mengajar sebelum memulakan persekolahan.

Nusair amat gembira apabila melihat sekolah yang penuh dengan mainan, dari pintu masuk sampailah ke kawasan toilet, semua ruang adalah sudut mainan, outdoor pun ada, panjat dinding, cat bangunan, main tanah,pasir,batu, "eeee......depa main kotok!" kata Nabhan. EXPLORE THE WORLD! Tapi yang paling menarik perhatian Nusair mestilah 'pondok memancing'. Selepas visit, tiap kali saya bertanya, nak sekolah tak? mesti dia jawab; nak, ucai nak tangkap fish! Namun apa bila tiba hari persekolahan, saya hantar dan ikut masuk kerana dia enggan masuk sendiri. Kemudian saya di suruh tunggu dan menyorok selama sepuluh minit diluar, di dalam, Nusair melalak "ucai nak umi....,ucai nak umi....., berselang seli dengan suara guru yang memujuknya. Selepas sepuluh minit, dia di bawa keluar dengan teresak-esak. Begitulah juga hari kedua, dia tambah skrip; ucai nak umi....bukak pintu....!

Hari ini saya akan terus membawa Nusair yang telah berjanji tidak akan menangis lagi, tidak pasti, apakah dia akan bersekolah sepuluh minit seperti dua hari sebelumnya, atau lebih baik. Menurut gurunya, mereka akan beri masa kepada anak-anak ini selama dua minggu, selepas itu, biasanya mereka akan datang ke sekolah dengan senang hati. Kalau di Malaysia senang saja. Kita hantar dan serahkan saja pada cikgu. Pandai-pandailah mereka, itu memang urusan mereka! Di sini tak boleh, nanti dia stress, kata cikgu Nusair; tiada guna kalau dia datang sekolah terpaksa dan tak happy! LEARN FOR FUN.


Di peringkat Nursery, sekolah mereka  bermain saja. 'Sekolah Main'., itulah istilah yang sesuai! Semasa di Malaysia, Nusair telah pun bersekolah di usia dua tahun. Sekolahnya 'ada' mainan, namun yang banyaknya buku dan alat tulis. Di usia seawal dua tahun Nusair telah pun dipegang tangannya, dilatih menulis dan mengalor!  Bukan itu saja, ada pula ujian dan penilaian, dan sudah tentu ada markahnya! Agak berbaloi, Nusair sekarang, baru masuk 3 tahun telah boleh memegang pensil dengan betul dan telah ada kemahiran psikomotor. Di samping boleh menyambung titik-titik(tracing the line), dia juga boleh mengalor dengan baik.
Selama 3 hari Nusair ke sekolah menangis, dan berada hanya 10 minit sahaja di sekolah. Namun pada hari ke-4 dia semakin baik, tidak lagi menangis dan saya telah boleh meninggalkannya sehingga habis waktu persekolahan pada pukul 3.00 petang.

Minggu kedua.......
Kini masuk minggu kedua Nusair bersekolah. Keadaan yang amat berbeza, Nusair tidak lagi menangis ke sekolah. Malah dia akan berlari-lari sambil menyanyi lagu kegemarannya Old Macdonald had A Farm, kalau hujan turun semasa dia berjalan ke sekolah dengarlah dia menyanyi 'rain,rain go away, come again another day,' (Nusair memang suka menyanyi).  Sampai saja di pintu masuk, dia akan menyapa guru yang menunggu di pintu "Hello teacher'!  Nyaring sapaannya... Dia tidak lagi menunggu saya mendukungnya masuk ke dalam kelas, tapi akan meninggalkan saya sebaik saja saya menanggalkan kot dan topinya. Sayalah yang memanggilnya untuk menciumnya terlebih dahulu. Semoga Nusair mendapat ramai kawan dan sentiasa riang meneroka dunia barunya di Bowburn Nursery School.

















1 comment:

  1. Seronoknya baca alkesah ucai n baby..gembira ada..terharu pn ada. Moga hari2 mereka gemilang di Bouwburn, InsyaAllah

    ReplyDelete