If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday, 4 January 2010

HIJRAH


















Kami tiba di Airport Newcastle pada 27hb. Sept. 2009, jam 12.15 tengahari, alhamdulillah setelah tujuh jam penerbangan Emirates KL-Dubai, transit di terminal 3, Dubai airport selama 9 jam dan tujuh jam pula penerbangan Dubai-Newcastle, akhirnya  sampai juga kami ke destinasi. Mujur juga kami memilih Emirates, walaupun lama dalam perjalanan tetapi banyak kemudahan dan keselesaan yang disediakan. Terutama bagi budak-budak yang lasak ni, Nabhan memang tak ke mana, lekat kat seat sebab ada game, sepanjang jalan dia leka dengan game saja, berhenti bila ada pramugari offer makanan, pas tu sambung balik, Baby pun sama, Nusair ralit sekali, terlopong mulut dia bila tiba-tiba boleh naik aeroplane, mereka pun ada bagi hadiah untuk kanak-kanak di samping child’s meal, pendek kata bebudak tu tak de masalah dalam plane. Masalah tiba semasa di airport Dubai, 10 malam-7 pg, puas control, berkejaran ke sana-sini, tidur pun atas kerusi, mana nak lena. Letih perjalanan terubat apabila dapat masuk ke airport Newcastle, beg banyak sekali, tiga trolley penuh, mujur ada tiga orang sahabat yang menunggu untuk mengambil kami di luar.  Semuanya beg pakaian, kecuali satu beg yang dipenuhi makanan (bekalan untuk 2-3 bulan pertama di tempat orang).


Ketika keluar dari bangunan airport, cuaca elok sekali. Matahari memancar terang dengan suhu sekitar 16C. Anak-anak gembira sekali sampai di "negara salji"! Perjalanan dari Newcastle ke Durham mengambil masa setengah jam.  Mula-mula kami di bawa ke rumah seorang student di sini yang kebetulan mengadakan open house sempena Aidil Fitri yang baru seminggu berlalu. Tak sangka makanan yang disediakan tak kalah open house kita di Malaysia.  Daripada ketupat rendang, soto dan kuih muih semua terhidang di atas meja. Dodol pun menumpang sekali, buatan sendiri. Begitulah hebatnya student Malaysia di Durham ni! Bermula dari situ kami mendapat jemputan demi jemputan open house dari pada student dan ada juga rakyat Malaysia yang bekerja di sini. Inilah untungnya berhijrah selepas raya, setakat ini tak miss lagi menu Malaysia!














No comments:

Post a Comment