If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Wednesday, 20 January 2010

ANAK DI SINI ANAK DI SANA

Hari ini kali kedua saya mengadakan usrah bersama anak-anak perempuan Sekolah Melayu Bowburn. Ahli usrahnya terdiri dari pada anak-anak berusia antara 10 tahun sehingga 14 tahun, tak ramai cuma 6 orang saja.  Setelah bertaaruf pada minggu lepas, kali ini saya terus saja kepada syllabus usrah. Slot pertama, saya bawa perbincangan Akidah iaitu tentang Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' wa Sifat. Slot kedua adalah presentation dari pada seorang ahli usrah untuk segmen akhlak anak soleh. Anis membaca artikel yang di ambil dari internet bertajuk, cara menghormati ibu bapa, saya tambahkan dengan beberapa hadis dan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan, serta tayangan video pendek tentang anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu yang telah tua.

Dari pada pemerhatian saya, anak-anak ini sangat positif, malah boleh dikatakan agresif dalam perbincangan. Atas setiap perkara atau persoalan yang ditimbulkan, ada saja soalan, tambahan atau komen yang dilontarkan. Biasalah, dalam satu kumpulan mesti ada yang dominan dan resesif! Yang dominan mestilah yang talkative, tapi yang lain tak juga mengalah, mereka selalu angkat tangan, minta diberi ruang dan peluang untuk beri pendapat dan pandangan.

Sebagai seorang guru, saya melihat perbezaan yang cukup ketara antara anak-anak kita di sini (England), dengan pelajar-pelajar saya di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan, sama ada sepanjang saya menjadi pelajar sehinggalah ketika saya mengajar, salah satu budaya dalam masyarakat pelajar Melayu, lebih ramai yang suka  membisu dari pada 'participate' dalam kelas atau apa-apa majlis diskusi. Kebanyakan kita cuma menjadi 'a good listener', dan seolah-olah tiada idea untuk bercakap, atau sekiranya kita rasa ada 'benda nak kata', datang pula rasa tak confiden, timbullah persoalan; betul ke yang aku nak cakap ni?, munasabah ke?, nanti orang lain kata apa, menyebabkan akhirnya kita langsung tak berkata apa-apa....Perasaan 'inferiority complex' sentiasa membunuh keinginan kita untuk bersuara!

Berlainan dengan sikap anak-anak Melayu yang tinggal dan bersekolah di sini. Melayu tetap Melayu, semasa taaruf dalam usrah, makanan kegemaran mereka tetap budu, belacan dan cencaluk! (sebab tulah mak bapak diaorang sentisa memastikan bekalan dari Malaysia tidak putus). Namun, mereka punya daya keyakinan diri yang tinggi. Dari mula saya buka majlis dengan membaca surah al-Fatihah sehinggalah saya tamatkan usrah dengan tayangan video pendek, majlis usrah ini begitu hidup dan bersemangat! Kadang-kadang saya rasa susah untuk menguasai suasana apa bila mereka berebut-rebut nak bercakap, menambah atau bertanya soalan.

Apakah lebihnya pendidikan di sini berbanding di sana? Perkara yang sering saya fikirkan...

Dari minggu pertama saya sampai ke sini antara perkara pertama yang saya uruskan adalah persekolahan anak-anak. Anak ketiga saya,  Iffah Nadhila masuk Year 2 di Bowburn Infant School. Ketika saya sampai di kelas Year 2 Dolphin, dua orang guru menyambut ketibaan Nadhila, hangat sekali, kedua-duanya memimpin tangan Nadhila dan bercakap dengan ramahnya, saya lihat Nadhila terpinga-pinga dengan sambutan guru-guru tersebut, apatah lagi dengan riuhnya guru-guru itu bercakap dalam bahasa yang saya pasti sepatah haram dia tidak faham. Mungkin kerana merasa kehadirannya begitu dihargai, Nadhila sanggup duduk di kelas itu dan membiarkan saya meninggalkannya walaupun di kelas itu cuma ada 3 orang pelajar lelaki Melayu yang masih belum dikenali, yang lainnya anak-anak Mat Saleh!  Begitulah pada hari-hari yang seterusnya dia tetap pergi ke sekolah walaupun masuk kelas dengan linangan airmata. Saya mengerti, dengan suasana yang asing dan masalah bahasa yang tidak difahami, betapa sukarnya dia mengendalikan perasaannya. Namun, dia juga begitu teruja dengan layanan dan penghargaan guru-guru di situ. Setiap hari, dia akan balik dengan 2 atau 3 keping stiker di baju, "umi, teacher bagi stiker sebab baby makan abis, ni stiker sebab baby cepat masuk kumpulan, ni stiker sebab baby tidy up!", begitulah setiap hari, sehingga setelah dua minggu, dia balik dengan sekeping kertas, CLASS AWARD "You have done very well this week and put your hand up to answer question. Well Done! Mungkin ini adalah satu cara yang baik dan biasa mereka lakukan untuk menunjukkan penghargaan kepada anak-anak seterusnya memberi mesej bahawa 'yakinlah, sesungguhnya diri ANDA amat berharga'.

Di Bowburn Junior School, Nabhan mendaftar sebagai pelajar Year 5. Nabhan, anak saya berusia 10 tahun,  mengalami Masalah Pembelajaran Spesifik Dyslexia. Semasa di Malaysia, Nabhan amat bermasalah di sekolah, Nabhan dan guru-gurunya sama-sama stress, Nabhan tak suka belajar dan tak suka guru-gurunya, guru-guru pun bermasalah dengan Nabhan sehingga dia ditukar dari kelas ke kelas. Masuk ke sekolah swasta disuruh keluar. Di sini lain pula kisahnya, Nabhan amat gembira bersekolah. Nabhan amat sinonim dengan  uniform sekolahnya, jumper merah berlambang Bowburn Junior School dan beg galas berwarna hitam! Di sekolah dia amat digemari oleh guru-guru dan rakan-rakan. Ketika saya bertanya apakah Nabhan bermasalah di sekolah sebagaimana di Malaysia, gurunya Miss Reuter yang cantik menjawab, "No, I'm waiting...."

Sistem pembelajaran di sini agak berlainan dari pada di Malaysia. Di sini ujian dan peperiksaan bukanlah sesuatu yang di titik beratkan, malah tiada peperiksaan sepanjang pelajar berada di sekolah rendah, cuma semasa di akhir semester Year 6, pelajar akan di beri Ujian Penilaian, bagi penilaian untuk masuk ke sekolah menengah (Year7). Penilaian terhadap pelajar akan dibuat berdasarkan pemerhatian guru sahaja. Sessi bersama  ibu bapa (parents evening), diadakan bagi melaporkan prestasi dan perkembangan pelajar. Tiada buku rekod  rasmi ditunjukkan ketika saya berjumpa guru. Mungkin kerana itulah guru-guru mereka mempunyai ruang dan peluang yang banyak untuk mengenali dan mendidik peribadi pelajar-pelajar mereka dengan menekankan penampilan dan menanam keyakinan diri, mereka ada masa yang banyak untuk melayani pelajar-pelajar mengikut tahap dan keupayaan pelajar, mereka tidak terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan seperti kita. Mungkin sebab itu jugalah Nabhan boleh belajar dengan selesa di sini! Cara pembelajaran mereka juga lebih kepada penerokaan, iaitu pelajar lebih banyak melakukan praktikal.

'Exam oriented', mungkin, dengan sistem yang kita banggakan ini kita akan selalu dapat mengukur keupayaan pelajar, seterusnya mencari di manakah lagi kelemahan pelajar untuk kita baiki, namun apa bila kita terlalu menekankan untuk mengukur kebolehan pelajar di peringkat rendah, perkara inilah yang membunuh keyakinan dalam diri anak-anak kita. Bayangkanlah, setiap dua bulan mereka akan ditunjukkan tahap pencapaian mereka. Bagi yang mendapat markah yang tinggi, gembiralah mereka tetapi bagi yang sering ketinggalan akan merasa kecewa, dan lama kelamaan akan wujudlah perasaan "inferiority complex" dalam diri mereka! Di pihak guru-guru pula, akan sentiasa terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan tanpa mengambil kira tahap kebolehan belajar kerana soalan yang disediakan adalah setara untuk semua pelajar. Di samping terpaksa menyediakan soalan dan memeriksa kertas, banyak pula borang dan laporan yang mesti disiapkan selepas setiap ujian dan peperiksaan. Itu belum lagi dikira kelas tambahan yang perlu diadakan pada waktu petang dan pada hari cuti persekolahan, hatta ada juga guru-guru yang terpaksa mengorbankan waktu malam mereka untuk mengajar kelas tambahan! Masa terlalu berharga bagi seorang "GURU TERBILANG", kertas  laporan dulu dipandang dari pada anak-anak yang datang menagih perhatian seorang guru!

Iffah (12 tahun), anak sulung saya, sesampainya di sini terus menjejakkan kaki ke sekolah menengah (Year 7), belajar lebih kurang 11 subjek di sekolah, sentiasa pulang bersama homework. Syllabusnya pula  saya kira agak heavy  namun praktikal. Test dan assignment bersilih ganti. Mungkin di tahap inilah mereka mula 'speed' dalam menimba ilmu pengetahuan. Di tahap ini pelajar yang normal telah bersedia dan faham erti ilmu dan kejayaan. Di tahap ini seorang anak sudah kurang kecintaannya kepada dunia permainan. Maka, mereka pun dengan relanya melepaskan dunia keseronokan yang telah puas mereka terokai. Keyakinan diri yang diperolehi di peringkat awal persekolahan memandu anak-anak di sini menjadi  seorang pelajar yang proaktif, dan penuh keyakinan dalam banyak situasi.

Melihat, memikir dan membanding semua ini, rasa ada baiknya juga mereka di sini. Memang banyak perkara yang menyalahi agama, adat dan budaya, namun tidak salah jika kita mengambil yang baik dari pada mereka. Saya berdoa agar anak-anak usrah yang saya didik di sini boleh menunjukkan yang terbaik dari pada seorang yang bergelar "anak muslim" di sini dan seterusnya pulang sebagai 'pelajar yang berani  bersuara  dan menyumbang idea sama ada di kelas atau apa jua majlis diskusi, bukan hanya hadirnya sebagai 'penyeri '!    
















5 comments:

  1. Suatu pengalaman yg berharga yg boleh kita kongsi dan fikir. Pendidik seperti kita dan mereka sebagai pendidik...

    ReplyDelete
  2. Syukur kerana sudah ada penyelesaian bg Aan untuk sekolah tanpa tekanan. Aan juga macam anak-anak lain

    ReplyDelete
  3. memang benar apa yg anda katakan..sistem pembelajaran di Malaysia perlu ada satu perubahan yg drastik..mungkin kemasukan ke UPU dgn menggunakan sistem merit harus diperluaskn..mgkn krn pemimpin negara terlalu ingin menjaga kebajikan bangsa Melayu,maka perkara ini dipandang enteng..maka lahirla graduan yg tiada kualiti yang hanya gah dgn anugerah dekan yg diterima setiap sem n CGPA yg tinggi..I've to admit sometimes sy rsa terkilan dgn sikap ssetgh lecturer yg mngajar sy..sy tak bermaksud utk memburukkn insan yg mendidik sy..jauh skali utk berfikir begitu..cuma apa yg sy kesalkan mereka lebih menekankan result exam drpd pembangunan mahasiswa itu sndiri..sy sering dipuji krn aktif dlm kelas tp markah student's participation dlm kelas tak pernah diambil..maka tak hairan la pljr yg sering mndpt anugerah dekan PASIF di dlm kelas..msg2 hanya fikir nk study,nk dpt dekan,nk dpt pointer tggi tp pembangunan diri sbg mahsiswi/a spt communication skill, confident level,problem solver and leadership skill diabaikan..plg menyedihkan,ada diantara mrk yg dekan ini lemah bertutut dlm b.inggeris..so,bagaimana kita hndak melahirkn graduan yg berkualiti??tell me,how??mgkn sudah tiba masanya pemimpin2 Malaysia berhenti drpd asyik bersengketa mengenai hal2 politik..berila perhatian dlm membangunkan sistem pmbelajran di Malaysia ini sbb kita dh smkn jauh ketinggalan..sudah tiba msanya kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn negara2 Asia spt Singapura,Korea dan Jepun..

    ReplyDelete
  4. Sy juga berharap suatu hr nnt sy dpt melanjutkn pljrn di UK esp di Durham University.. Insyaallah,saat itu pst akan tiba jua..yg pntg sy perlu berusaha keras dan tidak sekali2 berputus asa dlm mengejar impian dan cita2 sy..cemburu melihat anda dan keluarga berpeluang berhijrah ke luar negara dan merasai pengalaman di negara org.. =)

    ReplyDelete
  5. nory,
    ahlan wa sahlan,
    setiap dari kita akan punya ruang dan peluang. pastikan kita sentiasa mengisi ruang itu dan tidak melepaskan peluang bila ia datang kepada kita. selamat berjuang dan mencapai impian.

    ReplyDelete