Usrah pertama yang saya hadiri hari ini dimulakan dengan membaca surah as Syuara', ayat 167 - 181, diikuti terjemahan dan perbincangan ringkas. Antara yang menarik adalah kisah kekejian yang dilakukan oleh kaum Lut dan bala' yang dahsyat yang menimpa mereka akibat dosa yang mereka lakukan. Hari ini saya mengetahui tentang POMPEI, suatu daerah di Itali yang telah mengalami kemusnahan suatu ketika dahulu. Sama seperti kaum Lut dan kaum-kaum lain yang dibinasakan penduduk Pompeii telah mengalami nasib yang sama. Lahar yang dimuntahkan oleh Gunung Berapi Vesuvius telah menyebabkan manusia mati serta merta dalam keadaan yang amat dahsyat. Manusia yang menjadi batu dalam pelbagai keadaan, kekal dan dapat dilihat sehingga ke hari ini. Tidak dapat dibayangkan, sedang kita menjalani aktiviti harian, tiba-tiba datang bala' sebegini. Perlakuan penduduk POMPEII tidak jauh dari apa yang dilakukan oleh ramai manusia hari ini. Di sebalik kekayaan dan kemakmuran hidup yang dikurniakan Allah SWT, manusia amat angkuh terhadap kekuasaan Allah dan gemar melakukan dosa dan maksiat. Penemuan sejarah Pompeii, menunjukkan di samping kemajuan dan kemewahan yang dimiliki oleh penduduk Pompeii, mereka menjadi hamba kepada nafsu dalam diri mereka sendiri. Apa bila Allah SWT memberhentikan proses kehidupan mereka secara serta merta, maka mereka mati dalam keadaan yang amat memalukan, jadilah mereka manusia batu yang kaku dengan gambaran maksiat yang sedang mereka lakukan!
Saya berdoa kepada Allah SWT agar diberi peluang menyaksikan sendiri kekuasaan Allah di Pompeii suatu masa nanti.
Saya berdoa kepada Allah SWT agar diberi peluang menyaksikan sendiri kekuasaan Allah di Pompeii suatu masa nanti.
Slot kedua, kami membincangkan tentang kemuliaan memelihara anak perempuan. Beberapa hadis Rasulullah SAW yang dibincangkan menyebut tentang kelebihan-kelebihan memelihara dan mendidik anak-anak perempuan. Memelihara, mengasuh, melindungi, mengasihi dan mendidik anak perempuan, BALASANNYA ADALAH SYURGA! Begitulah janji yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadisnya yang benar.
Setelah berkali-kali kita diajarkan tentang peri pentingnya tarbiyyatul aulad, kenapa mesti Nabi SAW berpesan berkali-kali pula tentang mengasuh dan mendidik anak perempuan? Tentu ada makna yang tersirat! Lihat saja sekeliling kita, boleh juga kita teliti sehingga ke dalam rumah kita, atau pandang terus ke dalam bilik anak perempuan kita, kalau rasa "OK", alhamdulillah, tetapi kalau kita rasa ada masalah maka wajar kita kaji pesanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW ini.
Benar, dalam hadis-hadisnya baginda Rasulullah SAW menyebut makan minum mereka, pakaian dan jodohnya. Namun hari ini kita perlu luaskan konteksnya sesuai dengan cabaran kehidupan dunia hari ini. Anak-anak perempuan kita hari ini bukan saja perlu dipersiapkan fizikal mereka, bukan hanya mesti digalakkan menggenggam segulung ijazah, bukan saja perlu dipantau jodoh mereka tetapi yang lebih penting adalah memberikan ilmu-ilmu untuk mengawal diri, dan meletakkan diri mereka di tempat seorang muslimah yang sebenar. Telah banyak anak-anak perempuan kita hari ini yang telah hilang sesuatu yang berharga, iaitu "PERASAAN MALU"! Tiadanya permata berharga ini dari diri mereka menyebabkan ramai anak-anak perempuan kita hari ini hilang maruah diri, tiada lagi batasan antara lelaki dan perempuan.
Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apa bila saya melihat pergaulan yang begitu bebas sesama pelajar lelaki dan perempuan di dalam kelas-kelas saya semasa saya mengajar. Boleh saja seorang pelajar perempuan menampar atau mencubit pelajar lelaki yang mengusiknya! Tanda MARAH, konon. Study group pula pada sebelah petang, tidak sah jika tidak bercampur lelaki dan perempuan, sedangkan semasa saya di sekolah menengah, tidak pernah saya satu group dengan pelajar lelaki! Ah! kami se'group' semua masuk UNIVERSITI tanpa bantuan lelaki!
Apatah lagi di luar pagar sekolah, begitu hebat panorama yang telah mencorak dan dicorakkan oleh permata berharga kita ini. Maka berawaslah ibu bapa semua dengan pesanan Rasulullah SAW berkenaan permata hati kita, "ANAK-ANAK PEREMPUAN". Ingatlah satu lagi hadis Rasulullah SAW yang indah, 'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. Antara tujuan saya ke sini pun adalah untuk bertenang sebentar (tomakninah) dan mencari formula terbaik untuk pendidikan dua orang anak perempuan saya. Semoga kita semua berjaya memandu anak-anak perempuan kita sehingga mereka boleh membawa kita ke syurga.
Kak Leha setuju sangat dan kak leha ambil sebagai panduan mendidik anak-anak kak leha
ReplyDeleteKna pun sependapat dgn Shidah ttg cabaran kita sbgi ibu utk medidih anak2 perempuan bukan lagi sekadar berdepan dgn masalah2 keperempuan, bahkan kita mesti memulakan dgn apakah kemuliaan yg Allah kurniakan kpd setiap perempuan ISLAM. Kna 5 lelaki dan hy 1 org perempuan, nampak sgt kelainan utk mendidik kedua2 gender ini. Pd awalnya, anak kNa tu amat2lah pemalu shg tetamu dtg pun tak nak keluar bertemu, kmdn sedikit demi sedikit barulah dia dpt hilangkan malunya yg dah terlebih tu. Bulan Nov lepas, Kna hantar dia ikut program under Khalifah Institute, khusus utk anak2 perempun menuju umur baligh, bagus juga dia didedahkn sebagai persediaan umur awal baligh dan perkara2 yg dia mesti tahu.
ReplyDelete