If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Wednesday, 19 January 2011

SABARLAH


Payahkah menjadi ibu dan bapa? Kalau melihat kepada keadaan saya di rumah ini, oh! betapa kalutnya berdepan dengan anak-anak yang pelbagai peringkat usia. Dengan ilmu keibubapaan yang amat tohor ini, seringkali saya gagal mengawal diri, terjerit-jerit kepada anak-anak; jangan gaduh; diamlah skit; kenapa ni; nanti orang sebelah panggil polis baru engkorang tau! Itu antara ayat-ayat kurang sabar yang keluar dari mulut saya! Nak buat macammana, saya phobia dengan jiran-jiran, orang putih di kiri kanan, depan belakang, rumah mereka senyap sunyi sahaja, rumah kita saja yang riuh rendah! Sabar jelah!

Alaa...main bola pulak kat ruang tamu, pecah berderai lampu yang tergantung, Si Nabhan punya angkara, makkk oooiii, tersirap darah! Keluar main dengan kawan-kawan, entah pegi mana, balik dengan kasut berlumpur, pijak atas karpet, anak bertuah!

Itu antara fenomena setiap hari saya sebagai ibu. Namun kebelakangan ini,  saya rasa sikap panas baran saya dengan perangai anak-anak agak kendur. Pekerjaan saya sebagai carer kepada 'people with learning disabilities' sering mengingatkan saya bahawa saya sangat beruntung punya anak-anak yang sempurna. Iya, syukur ya Allah kerana mengurniakan aku anak yang sempurna kaki tangannya, dengan kaki itulah dia mampu menendang bola yang memecahkan lampu itu, dengan kaki itulah dia boleh ke sana sini, bermain dengan gembira bersama kawan-kawan, betapakah kalau anakku tidak punya kaki yang sempurna sebagaimana PC yang kuuruskan ini, berjalan terdengkot-dengkot, tidak stabil dan sentiasa perlu dibantu duduk bangunnya.

Anak-anakku petah bercakap, ringan saja lidahnya menyebut patah-patah kata yang diingini, mereka yang kujaga ini, punya suara yang sukar dimengerti. Sedih melihat keadaan mereka, aqal yang jauh ketinggalan daripada usia......

Memerhati dengan mata hati, terasa pilu dengan sikap sendiri. Mengapa aku selalu mengikut kata hati, kekadang marahku menurut nafsu, anak bergaduh, anak menyepah buat sampah, bermain berkejar dalam rumah, malas belajar; sabarlah wahai diri, tinggikah suaraku ini menegur anak-anak? Ya, aku perlu juga tinggikan suara, suara ibu mesti tinggi dari pada suara anak-anak, rotan? Juga ajaran agama! Ah, apa juga cara, anak mesti dibetulkan.
"Bila saya nak marahkan JN, saya baca bismillah dan cubit sikit dia",!
Begitu kata salah seorang ahli usrah kami bila membincangkan masalah marahkan anak. Ilmu yang amat jarang saya amalkan, adakah keterlupaan saya itu kerana syaitan telah mengusai diri ketika marah? Nauzubillah! Memang syaitan sentiasa mengambil peluang memperkudakan kita ketika kita marah.

Teringat semasa kecil, memang selalu saya kena marah oleh ibu, bukan saja leterannya penuh telinga malah sekali sekala rotan juga hinggap di punggung dan betis, tali pinggang sampai batang penyapu semuanya kena.....ade aje yang aku buat silap.....pasal balik lambat, pasal jaga adik, pasal lambat mengaji, pasal tak hormat orang tua dan macam-macam pasal lagi....

Disebabkan selalu kena marah, kadang-kadang saya rasa mak tak sayangkan saya, rasa terpinggir dan berbagai rasa yang tidak selesa. Kini bila menjadi ibu kepada putera dan puteri ini, terdetik juga dalam hati ini, adakah perasaan yang sama dalam hati sanubari mereka bahawa mereka dimarahi kerana tidak disayangi? Mungkin......

Ibu bapa dahulu kala, marah senang saja bagi mereka, jangan ada yang tidak kena, panjang tangan mereka menghala kepada kita. Pentingnya segala yang salah mesti segera diperbetulkan, siapa yang jahil mesti segera diajar. Pun begitu anak-anak takut dan hormat akan ibu bapa . Mulut tidak berkata, walau pedih hati dan body, terima sahaja. Itulah cara saya adik beradik serta teman-teman sepermainan dibesarkan. Kini kami semua telah menjadi ibu bapa. Apa yang pasti semakin dewasa, semakin terasa harga pengorbanan dan kasih sayang kedua orang tua. Bahagia yang saya kecapi hari ini adalah makna dari sejuta kesabaran dua insan yang bergelar ibu dan bapa. Saya akur, apa jua yang cuba saya lakukan untuk keduanya, tidaklah dapat menandingi kasih dan jasa mereka buat saya, apatah lagi buat ayah yang telah pergi menemui Ilahi. Hanya Allah sahaja yang layak menganugerahkan pemberian terbaik untuk ibu bapaku.

Menjadi ibu yang berhikmah, mendidik anak dengan berhemah. Sabar seorang ibu memang sering tersasar dengan kerenah anak-anak yang bermacam. Marah seorang  ibu adalah marah sayang! Ya Allah Suburkanlah kesabaran dalam diriku terhadap anak-anakku dan bantulah aku untuk membantu mereka menjadi hamba-hambumu yang taat! Wallahualam.

Wednesday, 5 January 2011

A FRIEND

Ayu Mazlan; Bertemu dan Berpisah di Musim Luruh
 Selamat kembali ke Terengganu, Tahniah kepada Dr Affandi Salleh. Selamat berjaya untuk Ayu dan semoga bahagia dengan kehidupan baru. All the best to Anis, Athirah, Adam and Adib. We miss U........



Tuesday, 28 December 2010

NUSAIR 4 TAHUN



happy birthday ucai.....


22 NOVEMBER 2010 YG LALU GENAPLAH USIA ANAK MANJA UMMI 4 TAHUN.  AHMAD NUSAIR MASIH BELAJAR DI BOWBURN NURSERY SCHOOL, SANGAT RAJIN KE SEKOLAH, KALAU DIA LAMBAT BERSIAP KE SEKOLAH UMMI AKAN CAKAP, "NANTI MRS GILHAM TUTUP PINTU", MAKA CEPATLAH DIA PAKAI BAJU DAN PAKAI KASUT, LEPAS TU BERLARI-LARI KE SEKOLAH YANG HANYA 5 MINIT DARI RUMAH. DI SEKOLAH CIKGU KATA NUSAIR 'FUNNY' DAN SENTIASA HAPPY.
Ya Allah, jadikan Nusair anak yang soleh, perindahkanlah akhlaknya, anugerahkanlah kepadanya keimananan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat, amin.
Mrs Bell, salah seorang guru Nusair di Nursery

NUSAIR MINAT AEROPLANE DAN TRAIN.  UMMI, AYAH, KAKAK, ABANG AAN, KAK CIK MESTI BUAT AEROPLANE KALAU NUSAIR MINTA, KALAU TAK DIA AKAN MENGAMUK. HATTA MRS GILHAM PUN DIA PAKSA BUAT AEROPLANE UNTUKNYA, NI CERITA BAGAIMANA NUSAIR MINTA MRS GILHAM BUAT AEROPLANE;

NUSAIR: MAKE ME AN AEROPLANE!
MRS GILHAM: I DON'T KNOW HOW TO MAKE AN AEROPLANE!
NUSAIR: MAKE AN AEROPLANE!

MAKA MRS GILHAM PUN BUATLAH AEROPLANE VERSION DIA SENDIRI....DAN TUNJUK KEPADA NUSAIR.........TAK KENALAH PULAK!

NUSAIR: THIS IS NOT AN AEROPLANE!
MRS GILHAM: OK, OK, I CALL YOUR DAD, HE CAN MAKE AN AEROPLANE FOR YOU!
(NUSAIR SELALU BAWA AEROPLANE KERTAS DAN LUKISAN AEROPLANE YANG DIBUAT OLEH AYAHNYA KE SEKOLAH UNTUK DITAYANG KEPADA GURU-GURU DAN KAWAN-KAWANNYA, SELALULAH CIKGU-CIKGU TU PUJI..AYAH MEMANG BERBAKAT PUN, HE3X)

DUA HARI SELEPAS ITU APA BILA SAYA MENJEMPUT NUSAIR DI NURSERY, SAYA MELIHAT SEMUA PELAJAR KELUAR DARI NURSERY BERSAMA AEROPLANE KERTAS DI TANGAN, DAN BILA SAYA PANGGIL NUSAIR, SAYA LIHAT DIA PUNYA  DUA AEROPLANE KERTAS.

'THANK YOU MRS RAINNE, BYE, BYE," GURUNYA TERGELAK MELIHAT NUSAIR BERGAYA DENGAN AEROPLANENYA. "UCAI, SIAPA BUAT AEROPLANE?" TANYA SAYA.
"UMMI, TADI ADA TEACHER AYAH DATANG BUAT AEROPLANE," CERITA NUSAIR. RUPANYA PADA HARI TERSEBUT GURUNYA TELAH MENJEMPUT SEORANG LELAKI(?) UNTUK MEMBUAT AEROPLANE  DI NURSERY.
Mrs Rainne, guru kesayangan Nusair
SESUNGGUHNYA SAYA AMAT TERHARU DENGAN CARA GURU-GURU DI SINI MELAYANI KANAK-KANAK. MEREKA SANGAT SABAR, MEMAHAMI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGAMBIL HATI SI KECIL. SAYA TERINGAT KEPADA KAWAN NUSAIR, ADAM YANG KINI TELAH KEMBALI KE TERENGGANU. ADAM  MINAT SPIDERMAN DAN SELALU MINTA GAMBAR SPIDERMAN. BILA ADAM BUAT HAL SELALULAH MRS RAINNE PUJUK ADAM DAN PRINT GAMBAR-GAMBAR SPIDERMAN UNTUK ADAM.

KINI SEMUA ITU DALAM KENANGAN. NUSAIR BAKAL BERPINDAH KE SEKOLAH BARU JANUARI INI, RED HALL NURSERY. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN KAKITANGAN BOWBURN NURSERY, KHUSUSNYA KEPADA MRS RAINNE, MRS BELL DAN MRS GILHAM YANG SANGAT BAIK KEPADA NUSAIR SEPANJANG KEHADIRAN NUSAIR DI NURSERY TERSEBUT. SELAMAT BERPISAH AND I'M SURE, NUSAIR WILL BE MISSING YOU ALL!

FEBRILE CONVULSION




DEMAM? TARIK? Tidak pernah tergambar sebelum ini sehinggalah baru-baru ini saya mengalami pengalaman ngeri ini. Teramatlah takut dan terkejut melihat anak kecil kesayangan terbelalak matanya dan badannya tersentak-sentak. Saya menjerit memanggil suami, Nusair yang saya angkat dari atas tilam saya serahkan kepada suami. Saya cuba bertenang, teringat cerita kawan-kawan yang pernah mengalami keadaan yang sama, mesti dimandikan. Saya ajak suami ke bilik air, saya basahkan rambut dan badan Nusair, waktu itu dia sudah nampak reda tapi badannya keras dan kejang saja. Serba salah, semua kami berbalut baju tebal lantaran cuaca yang sejuk melampau, di luar salji memutih, sementara Nusair pula terketar-ketar dengan kepala dan bajunya yang basah. Nusair segera dibawa ke Darlington Memorial Hospital.


Febrile Convulsion, fits atau seizure, kita kata 'tarik' berlaku apa bila anak-anak mendapat demam dengan suhu badan yang tinggi, bermula 38.5 atau 39C. Boleh berlaku kepada anak-anak di usia 6 bulan sehingga 5 tahun.

Suhu badan yang tinggi selalunya disebabkan jangkitan kuman (infection) pada telinga, paru-paru, perut atau air kencing. Nusair kena 'urine infection'. "His urine full of bugs", begitulah kata doktor yang memeriksa Nusair pada malam tersebut.

Apa bila anak mendapat febrile convulsion, selain di pangku adalah lebih baik dibaringkan mengiring di atas tilam atau tempat yang rata, tanggalkan pakaiannya, kalau sanggup ambil masa berapa lama dia tarik. Kalau lebih 5 minit, atau dia mengalami masalah pernafasan, kita perlu dapatkan bantuan kecemasan. Segera ke hospital atau panggil saja ambulan.

Jangan cuba masukkan jari atau apa-apa benda ke dalam mulutnya, kerana sebahagian kita cuba mengelak dari pada anak mendapat kancing gigi. Sebenarnya cara begini menyalahi amalan 'first aid'.

Paling penting berikan dia paracetamol, kalau di Malaysia senang kita dapat 'bullet', sentiasa simpan ubat ini dalam peti ais. Ianya sangat berguna, sebenarnya itulah ubat yang saya guna setiap kali anak saya demam panas, terutama anak pertama dan kedua kerana kedua-dua mereka tak mahu makan ubat. Di sini bullet sangat sukar didapati kerana ubat terkawal.
ready to go home

Menurut doktor febrile convulsion tidak bahaya dan ianya sesuatu yang biasa saja terjadi apa bila suhu badan anak tinggi, namun apa bila sekali anak mendapatnya, ia kemungkinan akan berlaku lagi. Jadi kena beringat dan sentiasa perhatikan anak dan bersedia untuk kemungkinan itu. Ya, saya harap Nusair tidak akan mengalaminya untuk kali Ke-2, insyaallah!


5 Mei, 2011
Radioisotope Scan, Medical Physics Department
Simple procedure similar to x-tray. This procedure helps the doctor to understand Nusair's condition.



Monday, 25 October 2010

AGAMA YANG MULIA DAN DIMULIAKAN

Bersembang dengan suami lewat petang semalam membuat saya terfikir akan kebenaran betapa bertuahnya menjadi seorang muslim. Suami baru saja pulang dari Scarborough, menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar  kita dari beberapa buah universiti di sini. Kebetulan beliau bertemu dengan seorang pelajar al-Azhar, Mesir yang turut bersama dalam program tersebut. Pelajar itu datang ke sini setiap kali cuti panjang untuk bekerja di ladang-ladang bagi membiayai pengajiannya di al-Azhar.

Menurut suami pelajar itu memberitahu bahawa majikannya sangat suka kepada pekerja Melayu kerana berdisiplin dan tidak minum arak. Mereka juga amanah dan rajin bekerja. Majikannya tahu bahawa mereka perlu solat dan menetapkan 15 minit untuk waktu solat, namun  dia dan kawan-kawannya hanya mengambil masa 10 minit saja untuk solat, kemudian terus kembali ke tempat kerja. Sikap mereka yang baik ini sangat menarik perhatian majikan mereka. Oleh sebab itu mereka mudah mendapat pekerjaan di sini.

Daripada pengalaman saya sendiri, rakan-rakan staf di tempat kerja tidak bermasalah dengan amalan saya sebagai seorang muslim. Ada yang telah biasa dan faham dengan Islam dan ada yang baru pertama kali berpeluang bergaul dengan seorang muslim seperti saya. Seorang staf yang bekerja dengan saya bertanya apa agama saya. Saya jawab Islam. Dia pelik bila saya datang pakai scarf, apakah saya perlu memakainya setiap masa? Saya jawab, tidak, cuma di hadapan lelaki yang bukan family. 'Oh, sekiranya Jay datang, awak kena pakailah ye?(Jay adalah Community Manager kami, dia seorang saja 'expected gentleman' yang mungkin datang ke rumah itu selain dari orang 'handy mandy' kerana kedua2 tenant di rumah itu perempuan, jadi semua carer adalah perempuan). Saya jawab kepadanya, 'benar'.

Saya bekerja di rumah kedua pula, di sini lagi mudah kerana telah ada seorang muslim yang bekerja. Mereka telah faham dengan rutin seorang muslim. mereka bukan saja suruh saya solat, malah ada antaranya yang pesan supaya saya 'pray' untuk dia sekali! Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan hambanya.

Bila bercakap mengenai ibadat puasa, mereka sangat kagum dengan kita yang boleh berpuasa seharian kerana menunaikan tuntutan agama. Ramai yang terkejut, 'not even water?' Itulah yang biasa mereka tanya bila saya kata puasa tu tak boleh makan dan minum dari pukul 3 pagi hingga maghrib (macam upin dan ipin plak).

Baru-baru ini kami disyaratkan dengan dress cord, siap dengan arahan memakai tudung hitam bagi yang bertudung. Setahu saya, saya jelah yang pakai tudung di situ! Saya tak berapa minat pakai tudung hitam, selalunya saya pakai tudung berwarna cerah dan bersulam, mereka pula gemar membelek manik dan corak sulaman tudung saya.

Iffah, puteri saya yang belajar di Durham Johnston pula, menceritakan bahawa terdapat kawan-kawannya yang tolong jaga auratnya. Mereka susah hati bila masa P.E, sekiranya Iffah melompat dan ternampak lehernya, sedangkan tiada pun pelajar lelaki di situ kerana mereka melakukan aktiviti berasingan untuk subjek tersebut.

Kebelakangan ini kami sibuk mencari rumah yang sesuai yang berdekatan dengan tempat kerja untuk disewa. Apa yang menghairankan, banyak rumah yang diklankan dengan syarat 'no smokers'. Hairan, kerana tidak pernah pula saya tengok di negara kita ada pemilik rumah sewa yang bagi syarat sebegitu. Iya, kebanyakan ulama kita mengharamkan rokok kerana ayat al-Quran menegaskan; jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan!

Mungkin di beberapa tempat di England atau UK amnya, kita lihat terdapat permusuhan antara orang Kristian dan orang Islam seperti yang berlaku di Leceister baru-baru ini. Namun apa yang saya faham, bandar-bandar seperti Leceister, Manchester dan beberapa bandar seumpamanya telah dikuasai oleh orang-orang Islam dari Pakistan dan Bangladesh. Sebahagian besar daripada mereka adalah imigran yang datang ke sini, menetap dan membuat masalah di sini. Mereka orang-orang islam yang telah hilang arah agama, namun masih dikenali sebagai muslim. Maka personaliti buruk yang mereka hidangkan kepada masyarakat Barat itulah yang menjadi modal pihak tersebut untuk menyerang Islam.

Sepanjang setahun di sini kami sekeluarga tidak bermasalah dengan 'agama' yang menjadi pakaian kami. Malah terasa mulia pula bila berurusan, mereka tanya, "kamu tak minum alkohol kan?". Itu pula soalan pihak yang menguruskan gereja di hadapan rumah saya ini, bila kami ingin menyewa dewan gereja untuk program kami. Mereka tak benarkan alkohol di dalam gereja walupun itulah minuman kegemaran mereka.

Benar, Islam agama yang mulia, cuma benarkan yang baik-baik saja, tiada alkohol, tiada rokok, umat yang berdisiplin, taat beribadat, menjaga amanah, ah! Betapa mulianya menjadi seorang muslim, di mana saja kita berada kita kan dipandang mulia dengan agama ini, Islam yang mulia, umatnya dimuliakan!

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamumu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu
nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagi kamu... (Al Maa-idah:
3)

Sunday, 24 October 2010

FUNERAL PLAN

Kini masuk bulan ke2 saya bekerja sebagai enabler. Bidang baru ini sangat berlainan dengan pekerjaan sebelum ini, baik dari segi bidang tugas, kedudukan, apatah lagi 'pendapatan'. Di sini saya bekerja mengikut shift, antara 4 - 8 jam, atau sehari semalam sekiranya saya dijadualkan untuk 'sleep over'. Setakat ini saya bertugas di dua buah rumah, alhamdulillah, pekerjaan ini selesa dan saya kira amat sesuai untuk saya sebagai wanita kerana banyak melibatkan 'household dan nursing'. Semua staf menerima kehadiran saya dengan baik dan mereka tidak lokek membantu jika saya memerlukan bantuan. Seperti biasa, masalah utama saya adalah bahasa. Di samping masalah 'speaking and listening', saya juga terpaksa buat 'daily report' dan juga kena siapkan worksheet dan workbook, kena jawab soalan macam budak sekolah menengah. Tu pun saya banyak tiru jer, kalau nak harap saya buat sendiri sampai bila pun tak siap ( tiru pun tak siap-siap lagi nih!).

Minggu lepas saya bekerja tiga hari, Isnin, Selasa dan Rabu. Hari Selasa saya bersama seorang staf ditugaskan membawa seorang 'tenant' keluar ke bandar. Di samping membeli barang-barang personal, kami bawa dia ke kedai 'cat kuku', dia ni suka kukunya dicat.

Tempat yang kami pergi selepas itu sangat menarik perhatian saya, kami membawanya ke pejabat yang menguruskan pengkebumiannya(Funeral Assosiation). Menurut staf yang bersama saya itu, kami kena menguruskan plan untuk pengkebumian tenant itu. Saya bertanya adakah semua orang kena buat 'plan' untuk pengkebumian? Menurutnya, tidak semua, dia sendiri tidak buat, dan tidak mahu membuatnya.



Saya teringat akan perbualan saya dengan ibu mengenai kematian suatu ketika dulu. Masa itu saya masih di sekolah menengah. Ibu saya menceritakan bahawa orang tua-tua dahulu sentiasa menyimpan kain kafan di rumah mereka. Saya tidak pasti adakah amalan orang tua kita menyimpan kain kafan di rumah ini kerana mereka sukar membelinya ketika berlaku kematian, maklumlah dahulu kala untuk sampai ke bandar memang mengambil masa yang agak lama. Mungkin sebab itulah mereka sentiasa bersedia dengan peralatan untuk menguruskan jenazah.

Ataupun satu kemungkinan lain, mereka sentiasa mengingati kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Setiap kali membuka almari untuk mengambil pakaian, maka akan ternampaklah 'pakaian terakir' yang akan dipakai oleh mereka.

Teringat juga hadis Nabi SAW, bahawa 'orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati'. Mati dan kematian sangat menggerunkan, saya tidak menafikan sifat cintakan dunia dan takut mati yang diamarankan oleh Rasulullah SAW itu  sering membelenggu jiwa dan kehidupan saya sendiri, sementelahan lagi di ambang 40an ini. Takut mati, takut tinggalkan suami dan anak-anak, takut memikirkan nasib sendirian di alam kubur. Apakah natijah daripada ketakutan-ketakutan ini? Tidakkah kita pun ada plan kita sendiri untuk menghadapi kematian walaupun bukan Funeral Plan? Jawapannya 'kita perlu ada'. Sebagaimana kita merancang untuk kehidupan esok, sepatutnya kita tidak lupa menyelitkan 'plan' kematian yang akan datang menerpa pada bila-bila masa.

Mari kita mulakan dengan solat, segerakan solat jangan dilengahkan, beri tumpuan, jaga ingatan jangan dibuai khayalan. Jauhi sifat lalai dalam solat yang disebut dalam surah al-kafirun, dan mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang-orang yang memelihara solat seperti yang disebut Allah dalam surah al-mukminun.

 Maka wahai diri, jadilah orang yang cerdik, ingatlah mati, sempurnakanlah ibadat, laksanakakan amanah dan tanggungjawab, lazimkanlah sifat-sifat mahmudah dan berjihadlah untuk kejayaan hidup seorang insan yang muslim, mukmin dan mukhsin. Wallahu a'lam.