If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Tuesday, 10 December 2019

TAHNIAH AYAH

7 DECEMBER,2019 adalah antara tarikh kegembiraan bagi saya dan keluarga mertua.  Di hari ini kami semua meraikan kejayaan ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Muhammad di Majlis Konvokesyen UIM kali pertama.  Ayahanda telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Warisan  pada usia 74 tahun.

Ayahanda Ustaz Abdul Ghani bin Muhammad


Ayah bersama-sama rakan seperjuangan

Semangat dan kesungguhan beliau untuk menimba ilmu pengetahuan sangat mengkagumkan. Sepanjang pengajian, boleh dikatakan setiap minggu beliau berulang alik dari kelantan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas atau mencari bahan untuk menyiapkan tesis beliau.  Di usia emas sebegitu, beliau tidak dapat lari dari masalah kesihatan yang menggangu aktiviti pembelajarannya, namun beliau sangat tabah dan gigih menghabiskan pengajiannya.

Masih saya ingat, beliau berkali-kali mengeluh, betapa ruginya dia kerana lambat mengambil langkah untuk sambung belajar.  "Sepatutnya lama dulu dah ayah sambung....", katanya.

Di samping berjaya di peringkat sarjana, beliau juga dipilih untuk menerima "Anugerah Presiden".




Pemilik kepada Syarikat buku-buku agama Jabal Maraqy Enterprise ini juga memenangi Anugerah Buku ( Kluster Warisan) di majlis tersebut.



Ayahanda sangat bertuah kerana mempunyai dua orang individu yang sangat setia menyokong dan membantunya tanpa jemu. Mak dan Munie, sentiasa bersama ketika susah payah ayah belajar sehingga habis pengajiannya. Oleh kerana ayah tidak kuat lagi untuk memandu jauh, Munielah yang akan memandu dan membawa ayah ke UIM atau ke mana sahaja keperluannya terutama untuk mencari bahan bagi tesis beliau.  Pada hari ini semua mereka boleh tersenyum puas dan bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh ayah.  

Bersama teman sejati.....


Orang kuat Ayah

Teman berdiskusi...

Meraikan Atukk, siapa yang akan ikut jejak Atuk??
 Meneruskan perjuangan, ayah mengorak langkah menyambung pengajian peringkat PhD pula dalam bidang yang sama.  Kalau untuk tesis Sarjana, ayah memilih tokoh Ilmuan Islam "Dr Usman EL-Muhammadi" sebagai tajuk kajian, kali ini tokoh kajian ayah lebih hebat dan menarik.  Beliau memilih untuk menkaji tokoh cendikiawan  yang tersohor di alam Melayu iaitu " Munsyi Abdullah".  Tanpa mengenal penat dan jemu, ayah telah pergi ke serata Semenanjung termasuk ke Singapura untuk mengumpulkan bahan-bahan bagi menulis tesisnya. Sangat kagum dengan ayah, beliau sentiasa ceria dan dengan penuh bersemangat bercerita jika ditanya tentang pengajiannya.



Keluarga besar berkongsi nikmat kejayaan ayah

Semoga apa yang dilakukan oleh ayah ini memberi inspirasi kepada anak cucu beliau. Semoga cucu-cucu Atuk, Iffah Nabiha, Ahmad Nabhan, Iffah Nadhila dan Ahmad Nusair akan terinspirasi dengan perjuangan Atuk di medan ilmu, medannya luas dan panjang, melangkaui masa dan usia.  Anak-anakku, Atuk kalian sudah membuktikannya.....


Cucu sulung yang selalu kagum dengan atuknya

Paling bersemangat meraikan atuk

Kakcik peminat atuk........

Rajin belajar ye Ucai!


Kami sekeluarga mendoakan semoga perjalanan PhD ayah lancar dan semoga ayah diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh Allah sehingga ke penamatnya... Rabbi yassir wala tuassir watammim bil khair.....Amiin.





Tuesday, 26 November 2019

CORETAN SELEPAS 6 TAHUN IFFAH NABIHA

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH


Dari pada berenam tinggal berdua.  Begitu lumrah kehidupan, sampai juga masa umi ayah kembali berbulan madu..Semua anak-anak telah keluar tinggal di asrama demi sebuah perjuangan menuntut ilmu.  Setiap hari umi kesepian, menanti hujung minggu.  Selalunya Kakcik sahaja yang akan pulang bermalam di hujung minggu.  Ucai sekali sekala.  Namun disebabkan Sekolah Ucai hanya bersebelahan dengan taman perumahan, maka Ucai pun akan pulang ke rumah semasa "outing". 

Telah 6 tahun masa berlalu http://ummunusair.blogspot.com/2013/09/terima-kasih-kenangan.html


Hari ini Kakak Iffah Nabiha telah berada di tahun tiga UIAM. Kembali menjejaki UIA setelah 20 tahun ditinggalkan semasa sesi interview dan ketika mendaftar kakak. Nikmat melihat UIA gah berdiri, sedikit terkilan melihat lambang keris di "Gate" utama.  Alhamdulillah, Tahniah kepada bekas guru kami juga, iaitu Dr Daud ( kini sebagai PRESIDEN UIA ) yang telah mengembalikan replika Al-Quran ke tempatnya baru-baru ini..Al-Quran ganti keris

KAKAK DAN KAWAN-KAWAN LLB
Selepas kembali dari UK, kakak memulakan persekolahan di Tingkatan 4, SMK Dato' Onn, Butterworth.  Walaupun pulang dengan GCSE, kakak tidak diberi peluang untuk "further" di Malaysia. Semua universiti UIAM, USIM, UITM telah kakak dan ayah ziarah haha..namun semua tutup pintu AKA tidak memberi laluan kepada kakak. Alasan belum cukup umur sebab masa tu kakak belum cukup 16 tahun. Lahir bulan Ogos kan... Pendek cerita, kakak pun masuk Tingkatan 4 di sekolah Umi, SMK Bertam Perdana.  Selama 2 minggu sahaja...then dapat peluang sambung di SMK Dato Onn, Butterworth dengan aluan Puan Pengetua yang baik hati Cikgu Calsom binti Ibrahim. Sekolah ini lebih sesuai untuk kakak kerana subjek matematik dan sains menggunakan medium bahasa Inggeris.  Kakak cepat menyesuaikan diri, rakan-rakan berbilang bangsa memberi kelebihan kepada kakak terutama untuk "maintain" kebolehan berbahasa Inggeris.  Sehingga sekarang kakak masih rapat dengan kawan-kawan sekelasnya.

Aktif di sekolah, kakak mewakili pasukan debat sekolah, menjuarai debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat Zon Butterworth. Terpaksa pilih salah satu untuk mara ke peringkat seterusnya, kakak memilih untuk meneruskan perjuangan dalam "English Parliamentary Debate" sehingga menang tempat ke-3 peringkat negeri Pulau Pinang. Terima kasih guru-guru SMKDOB kerana mengajar, mendidik dan memberi peluang kepada kakak untuk melonjakkan diri dalam akademik dan ko akademik selama 2 tahun di sekolah ini.

Bergerak ke tahap seterusnya, kakak telah meninggalkan bidang sains selepas SPM. Benar-benar telah memahami minatnya, apabila memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Menjejaki ayahanda nampaknya.. kakak mendaftar di Pusat Asasi UITM Dengkil. Alhamdulillah, setahun yang gemilang bagi kakak. Meninggalkan Asasi UITM dengan seribu kenangan yang manis dan indah, tawaran daripada  UIAM disambut dengan rasa terharu dan penuh kesyukuran.. Menyambung legasi ayah dan umi, Taman Ilmu dan Budi adalah tempat yang paling sesuai untuk kakak melengkapkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Kakak kelihatan gembira dan sangat bersungguh menuntut ilmu di sini.  Dugaan Allah SWT datang ketika kakak melangkah ke tahun 2.  Keadaan kesihatan yang kurang stabil adalah ujian Allah SWT. Semangat belajar kakak sungguh tinggi. Semua yang Allah datangkan adalah bersama hikmahnya.  Lagi kuat badai melanda lagi kukuh benteng dibina.  Kakak semakin merpatkan diri kepada Allah SWT. Alhamdulillah, Kelas Hafalan Quran, kelas Umdatul Ahkam dan banyak lagi kuliah dan usrah mengisi masa-masa terluang. Majlis ilmu di Taman Ilmu dan Budi.. Alhamdulillah, Allah memberi yang terlebih baik buat kakak di sini.

Hidup umpama air, ada pasang surutnya. Jika menerima nikmat kita bersyukur, saat diuji kita bersabar.  Manusia yang baik adalah yang menjadikan nikmat dan ujian sebagai instrumen untuk mendekatkan diri kepadaNya..

Semoga kakak Iffah Nabiha terus cekal menghadapi hari-hari yang mendatang. Ilmu, amal dan pengalaman diadun untuk menjadikan seorang Iffah hamba Allah yang matang di hadapan Tuhannya...

ALLAHUL MUSTAAN....













Saturday, 21 May 2016

"A BENCH"





"Ucai rindulah kawan-kawan Ucai kat England ummi," luah Nusair di suatu hari. "Tapi Ucai bukan ada kawan yang baik betul-betul pun dengan Ucai," sambungnya. "Ye ke ucai? Abis tu kat sekolah selalu Ucai kawan dengan siapa? balas saya. "Kalau Ucai takde kawan, Ucai duduklah kat "No friend bench", nanti kalau ada budak yang takde kawan duduk kat situ, cikgu bagilah dia kawan ngan ucai," jelas Nusair.




Oh, macam tu ka? Ingatan saya melayang-layang kembali ke tempat itu. Terbayang-bayang Redhall Primary School yang hanya bersebelahan dengan rumah teres kami.  Orang kata, tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat berkelana. Hampir empat tahun di England. Kini suka duka dan pahit manis semua menjadi memori indah. Kenangan persekolahan anak-anak di sana antara yang paling manis.




"NO FRIEND BENCH" (NFB).  Sepanjang di sana Nusair tak pernah sebut tentang NFB. Namun itulah hakikatnya.  Guru-guru di sana sangat prihatin dengan keperluan pelajar.  Di sini pun ada saja pelajar yang keseorangan.  Tiada yang sudi menjadi temannya.  Ke hulu ke hilir berseorangan, Kadang-kadang pelajar ini dibuli rakan-rakan lagi. Tahun lepas seorang pelajar saya yang agak aneh, sering keseorangan. pelajar yang bijak. rupa-rupanya menjadi mangsa buli sejak di sekolah rendah lagi.


Pagi sewaktu menghantar Nusair ke sekolah.. guru-guru akan berbaris untu menyambut dan megucapkan selamat pagi kepada pelajar dengan senyuman mesra.


Guru-guru "Mat Salleh" memang bagus.  Sangat memerhatikan pelajar. Terutama macam Nusair.  Dia seorang saja pelajar Melayu di kelasnya.  Di sekolah itu hanya dia dan kakaknya Nadhila sahaja berbangsa Melayu. Pelajar baru pula.  Saya rasa mesti dia selalu duduk di NFB.  Kesian anakku...
Tapi satu usaha yang baik. Mungkin melalui NFB itulah Nusair membina tali persahabatan dengan kawan-kawannya.  Pernah seorang pelajar perempuan datang ke rumah dan bermain dengan Nusair.
Begitu juga kadang-kadang ada saja kawan-kawan yang mengajaknya keluar bermain.  Cuma saya kurang senang kerana mereka suka bermain dengan anjing.  Nusair pula, kerana membesar di England kurang sensitif dengan makhluk itu.  Tak rasa bersalah pun dia memegangnya.....




NAUGHTY BENCH.  "Oh! You are sitting on the naughty bench....," kata Mrs Lion. Terlompat bangun my hubby mendengar kata-kata Headteacher Bowburn Juniors School yang mesra itu.  "Sorry, just kidding," tergelak Mrs Lion melihat aksi terkejut suami.  Dia kemudian menjelaskan bangku yang diduduki suami saya di luar pejabat sekolah itu dipanggil "The Naughty Bench", tempat pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan didenda.  Pelajar itu akan disuruh duduk di situ dalam masa yang ditetapkan. Pelajar yang lalu lalang di situ tak akan duduk di bangku itu kerana 'daulat"nya.  Cara mereka mendidik anak-anak. Selain naughty bench mereka ada naughty corner, naughty mat etc.
After school, off to Whitby.......
Begitulah kisah "BENCH".  Sekian lama saya lupa pasal bench, perbualan dengan Nusair dua tiga hari lepas mengingatkan saya kembali.. Terima kasih anakku.  Engkau menambah ilmuku sebagai guru.  Aku pun kadang-kadang lupa melihat kelemahan murid-muridku. Mungkin ada saja muridku yang sedih, yang sunyi, yang tiada kasih sayang, yang miskin... mungkin aku tidak seprihatin guru-gurumu itu.  Moga Allah ampun dosa-dosa dan kelalaianku....  HADIAH HARI GURU BUATKU.




Saturday, 26 April 2014

HARI-HARI BARUKU SEBAGAI GURU...

Kini masuk bulan ke-4 saya bertugas di sekolah baru, SMK Bertam Perdana. Suasana yang berbeza dari sekolah lama. Memulakan hari persekolahan dengan perhimpunan pagi setiap hari. Daripada masuk kelas 7.40 pagi di sekolah lama (jika ada kelas waktu pertama), sekarang rutin harian saya bermula seawal 7.20 pagi. Kalau dulu saya akan membaca al-Quran selembar dua di bilik guru dan masih sempat minum kopi sebelum ke kelas, sekarang tiada lagi. Terkejar-kejar ke office di aras 1 untuk punch in dan kemudian ke bilik guru di aras dua. Check jadual waktu dan bersegera ke dataran perhimpunan untuk perhimpunan pagi.



Apa yang saya suka di sekolah ini, pelajar-pelajar akan mengalunkan zikir asma-ul-husna, dan dengan usaha Panitia Pendidikan Islam kini diikuti pula dengan bacaan ayat-ayat hafazan, bergilir-gilir hari mengikut tingkatan. Hari-hari bekerjaku bermula dengan memuji kebesaran Allah dan membaca ayat-ayat Allah...Subhanallah. credit to our Pengetua, Tuan Haji Mohamad Fauzi bin Ahmad. Semoga Allah panjangkan umur Tuan Haji dan diberi rezeki-rezeki yang baik di dunia dan akhirat.

Kelas 1 Bestari

Kembali ke alam persekolahan selepas bercuti selama 4 tahun; teruja juga masuk kelas dan mengajar. Pelajar kelas saya di tingkatan 3 sewaktu saya mula bercuti dulu, kini sebahagiannya telah pun menjejakkan kaki ke universiti. Sebagai guru, saya rasa bahagia dan gembira bila anak didik berjaya. Pelajar yang saya tinggalkan dulu tidak seperti yang ada di depan mata saya sekarang. Teringat anak-anak murid yang baik-baik, yang nakal pun ada juga...namun masih boleh beri perhatian. Pelajar-pelajar sekarang lebih mencabar. Macam-macam kerenah dan perangai yang terpaksa dihadapi. Mungkin Allah nak memberi pahala jihad untuk kami guru-guru, maka dihadirkan anak didik yang sebegini. Kekadang rasa "give up" juga. Fitrah manusia, ada rasa putus asa. Itulah pentingnya kawan dan keluarga. Perbincangan, perkongsian perasaan dan luahan rasa bukan bertujuan mengumpat atau menghina anak didik, namun semua adalah untuk mengurangkan rasa stress dalam diri. Di samping itu kerap kali juga menghasilkan solusi kepada permasalahan yang dihadapi.
Yang baguss....

Yang baguss..

Yang tak baguss..

Kekangan masa dengan tugasan yang semakin bertambah di sekolah juga semakin terasa berbanding sebelum bercuti dahulu. Perubahan dalam sistem pendidikan negara yang sangat bercelaru terpikul dibahu kini. Apa nak buat dah kusandang jawatan ini. Kini masa menyeluk pekasam....

Merentas desa...

Namun ku berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan dan keupayaan  kepada diri ini untuk terus mencurahkan ilmu. Ilmu yang menurut kata Saidina Ali karramallahu wajhah, sifatnya semakin diberi semakin bertambah! Mengajar ini minatku. Berilah aku tingkatan satu, dua, tiga atau berapa; aku tidak jemu mengajar. Janji saja ada yang mau belajar, ada yang mau mendengar, ada yang mau mengikuti patah kata dariku, akan ku bicarakan ilmu. Walau sedikit biar kusampaikan padamu anak didikku..moga ianya menjadi amal jariahku dimanfaatkan generasi demi generasi tika aku tiada lagi di dunia ini......

Pdp di sekolah kini; Jalan dakwah yang berliku...

Sunday, 15 September 2013

TERIMA KASIH KENANGAN....

30 Jun 2013 adalah hari terakhir aku dan keluarga berada di UK. Sebak tak terkira ketika berangkat meninggalkan bumi Inggeris ini. Sedih dan sayu; Selamat tinggal sahabat-sahabat yang baik budi, selamat tinggal Bowburn, selamat tinggal Durham.  Akan ku kenang kota Inggerismu yang cantik dan bersejarah itu. Newcastle Airport, kujejaki buat pertama kali ke sini, dari sini juga kuakhiri pengembaraan ini.



Teman-teman yang ditinggalkan; Terima kasih dan selamat meneruskan perjuangan

Sahabat-sahabat yang saling doa mendoakan...

Suka duka dan pahit manis kehidupan di perantauan kini kusimpan dalam lipatan kenangan. Terima kasih kawan-kawan. Kalian bukan sahaja tetangga, bahkan umpama keluarga....Terima kasih Bowburn Nursery n Infant School, di situlah anak-anak kesayanganku Nadhila dan Nusair mengenali keriangan alam persekolahan. Terima kasih Bowburn Junior School kerana menerima Nabhan dengan penuh keikhlasan; dengannya aku mendapat "ketenangan". Terima kasih Durham Johnston; titik mula Iffah melangkah kehadapan.

Terima kasih Redhall, terima kasih Darlington. Sesungguhnya aku mencintai keindahan kampung dan kotamu pada setiap musim bertukar. Separuh jiwaku masih bersamamu...

Redhall; Winter terakhirku bersamamu....14 Januari, 13

Terima kasih Redhall Primary School kerana mengajar anak-anakku dengan penuh kasih sayang. Terima kasih Haughton Academy; Jasa dan budi guru-gurumu ku sanjung tinggi. Di situ anakku Iffah menempa kecemerlangan, di sana juga anakku Nabhan membina keyakinan.  Guru tetap guru. Beza dan beda budaya bangsa serta agama tidak menghalang guru-guru mencurahkan ilmu kepada anak-anakku. Sungguh aku terasa, KERANA AKU JUGA SEORANG GURU!


Terima kasih UBU, terima kasih Windermere, Terima kasih Geneva, Terima kasih Elmcroft, terima kasih Christchurch, terima kasih penghuni-penghuninya yang kukasihi. Pada kalian kutemui pelajaran yang mengajar aku erti kesyukuran akan nikmat Tuhanku.

Terlalu banyak kenangan di rumah ini...

Terima kasih kakakku yang kusayangi di bumi London. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikanmu...

Terima kasih keluarga di West Crescent. Jiran, sahabat, saudara yang baik itu adalah rezeki daripada Allah. Segala kenangan kita bersama sentiasa segar dan manis dalam ingatan.....

Kini aku di sini, menyambung kembali perjuangan yang telah lama aku tinggalkan. Sesungguhnya cerita dan pengalaman semalam adalah pelajaran SEJARAH dalam kehidupan.


Monday, 27 May 2013

SEKOLAH DI HOSPITAL

Dua hari menemani Nadhila di hospital, sakit kaki. Sebenarnya sakit kakinya itu normal, iaitu apa yang diistilahkan oleh para doktor sebagai "growing pains":-

Growing pains are aches or pains in the legs that occur in the evening or at night and affect children aged between 4 and 12. Although they can be distressing, growing pains are harmless and only a phase. -NHS

Namun bagi memuaskan hati dan mengelak perkara yang tidak diingini, maka saya bawa juga dia untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Namun apa yang ingin saya ceritakan di sini sebenarnya bukanlah tentang sakit kaki itu, tetapi mengenai sesuatu yang sangat menarik yang saya dapati di wad kanak-kanak hospital disini iaitu "sekolah di hospital".

Semua kanak-kanak sekolah rendah dan menegah yang berada di dalam wad dijemput menghadiri kelas. Seorang guru akan bertugas mengajar mereka. Biasanya mereka akan diajar subjek matematik di samping satu atau dua game minda. Kanak-kanak ini akan diberi latihan matematik mengikut tahap. Guru akan membimbing dan menerangkan apa yang masih belum difahami.  Nadhila sendiri sangat gembira berpeluang belajar di hospital.


Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha yang sangat baik dan patut dicontohi oleh hospital di negara kita. Sekurang-kurangnya masa kanak-kanak ini diisi dengan sesuatu yang bermanfaat sementelahan mereka ketinggalan hari-hari persekolahan, Masa dua jam satu hari sudah mencukupi kerana kanak-kanak ini tidak sihat dan memerlukan rehat yang banyak. Guru-gurunya pula digilir-gilirkan, Saya tak pasti samaada guru-guru tersebut adalah guru-guru sekolah yang dipinjamkan atau volunteers. 


Mungkin di negara kita kerajaan boleh menawarkan pekerjaan sebegini kepada para graduan yang masih menganggur. Sekurang-kurangnya mereka ada pengalaman dan pendapatan sementara mendapatkan pekerjaan tetap.


Perkara yang baik perlu dicontohi......