If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Thursday, 10 September 2020

TRADITIONAL COTTAGE PIE

 Sebab apa traditional cottage pie?  Sebab resepi pie ni yang ummi belajar direct dari kawan-kawan old ladies at Winderemere Court. Basically, masak lapisan daging tu dengan cara buat gravy... 

Oh, kalau guna lamb panggil shepherd pie la yerπŸ˜‡

ok kita terus kepada bahan-bahan.

500g minced meat

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

*bawang dicincang

2 sb olive oil atau butter

2 sb corn flour

Mix veg

1 sb serbuk lada hitam

1 sk serbuk perasa hilal (1 kiub ayam//apa2 kiub)

kicap

sedikit rosemary flakes, mixed herbs

Sebahagian daripada bahan-bahan yang ummi guna


Cara:

Tumis bawang dan bawang putih, masukkan minced meat, biarkan sampai agak masak, masuk lada hitam, garam, serbuk hilal, kicap, mixed veg, corn flour bancuh sikit dengan air, biar seketika, tabur sikit rosemary flakes dan mix herbs.... biar mendidih, jangan overcooked sebab nanti banyak minyak.

Sudah masak, boleh masukkan dalam casserole

Untuk mashed potato:

1 kg potato

2 sudu butter

Fresh milk (lebih kurang 200 ml)

Rebus potato sampai betul-betul soft, bubuh sikit garam, buang air rebusan dan terus mash semasa panas bersama butter dan fresh milk. Selain fresh milk, blh juga guna cooking cream. Combine pun ok.

Kemudian, boleh terus masukkan sedikit-sedikit di atas daging tadi. Ratakan elok-elok, buat garisan guna garfu.  bila siap, sprinkle dengan chili powder dan parsley flakes.

Sedia untuk dibakar, 20 minit 160C.

Tersedia untuk dinner anak-anak


Sedikit untuk kawan-kawan di pantry merasa...

Begitulah my original cottage pie recipe.  Kalau tengok kat youtube banyak cara, ada yang guna rempah, mungkin sedap juga dan memenuhi citarasa melayu kann... tapi ini ummi punya resepi lah.  Alhamdulillah anak-anak sentiasa cakap sedapπŸ‘πŸ˜‹

Kakak dan kakcik pun suka buat cottage pie ni, so lain kali kalau nak buat lagi, buka saja entry ni.  Tak payah tanya ummi dah😍

Monday, 7 September 2020

LASAGNA KEGEMARAN ANAK-ANAK

Lasagna ni memang menjadi favourite anak-anak, Setiap kali bake lasagna mesti licin. Suka sangat.....

Resepi ummi belajar dengan kawan-kawan makcik Geordie kat Winderemere Court tu dulu😍😍😍
Teringat kat diorang yang sangat rajin mengajar ummi their traditional food. Biasanya ummi la yang kena keluar ke kedai mencari bahan-bahannya.  Dekat saja ASDA dan Farmfood dari rumah tempat kami bekerja, cuma kadang-kadang kena bawa Mr Peter atau partnernya Jane Stabler. Yang tu susah sikit sebab kena tolak wheelchair.  Ummi ni lemah sikit nak nolak benda alah tu..... itu la kenangan service 3 tahun dengan UBU (2010 - 2013).

Ok, ni resepi lasagna orang kampung Darlo...

Untuk sos daging:

500 g  minced meat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji tomato
Semua cincang saja
Olive oil
Sedikit cili paste, cili powder pun ok-ikut selera nk pedas ke tak.  Mokcik Geordie tu xboh pung..
1 atau 2 tin (atau botol) sos pasta - prego/ adabi atau apa-apa brand laa
2 susu besar gula
Sedikit garam
Oregano flakes/Italian spice/ mix spice flakes blh je .....
Blh tambah sos cili juga kalau mau

Cara:

Panaskan olive oil, tumis bawang, bawang putih, cili paste, masuk daging, tambah sedikit air untuk daging agak-agak masak. Masukkan sos pasta, tomato, gula, garam, and the "flakes".  Boleh tambah cili sos jika mau.  Kalu nak banyak kuahnya guna 2 botol sos pasta.  Ummi selalu guna 1 botol sederhana dan 1 tin kecil tu.  So, kuah dia banyak sikit sebab ummi malas nak rebus lasagna sheet tu..

Dah siap sos merah

Untuk white sause:

500 ml  fresh milk
2 1/2 sudu besar corn flour
Sedikit cheese, lebih kurang segenggam. nk letak banyak pun ok
sedikit garam

Kacau sampai agak pekat, kalau nak sedap letak parmesan cheese sikit.

Kasi jadi macam ni,,

Dah siap, sekarang sudah boleh "on" oven.  160C bajet lebih kurang 50 minit ke 1 jam.  Sekarang aktiviti melapis pulak. Mula dengan lapisan pertama sos daging.

Begini lapisan pertama, just sos daging dan sheet


Lapisan kedua sos daging, white sause, tabur sedikit cheese dan lasagna sheets

Begitulah seterusnya, sos daging, white sause, cheese, sheets...... buat sampai habis.
Akhir sekali susun sheet, white sause dan tabur cheese, kalu nak cantik atas guna mozarella dan parmesan.  Baru elok rata bila masak.  

Ok, bo;eh masuk dalam oven

Petua nak lembutkan lasagna sheet yang tak rebus tu, cover dengan aluminium foil semasa dibakar selama 40 minit, then keluarkan, uncover dan masuk semula dalam oven sekita 10 minit atau sampai cheese nampak agak brown.


Ni ummi guna cheddar cheese dan parmesan.

Macam tulah, menu kegemaran anak-anak.  Ummi pun suka juga, tapi tetap rindukan nasi... nasi dengan ikan talang goreng bawang lada juga yang sedap, yang ni buat sekali-sekala ok lah..

Alhamdulillah ala kulli hal... semoga bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anak-anak suatu hari nanti...  Love you all abnai wa banatiπŸ’•πŸ’•πŸ’•

Saturday, 29 August 2020

BEST MEMORY EVER

Gambar-gambar ini adalah yang pop up dalam FB ayah dan umi yang di"share" dalam group WA family.  Seronok pula menatap gambar-gambar ini sambil menghimbau kenangan.  Semua yang manis atau yang pahit menjadi topik yang amat nyaman untuk dibicarakan......


Kakcik yang sentiasa gembira dan sangat-sangat enjoy dengan  sekolah dan kawan-kawan.  Di Red Hall Primary kakcik dilantik menjadi "Councillor" oleh guru-guru.  Tugas kakcik adalah menjadi wakil pelajar dalam pentadbiran sekolah.  kakcik suka dengan jawatan yang diberikan dan selalu cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Kakcik sangat rindu dengan persekolahannya di sini dan sering menyebut-nyebut kenangan indah belajar di Red Hall Primary School.


Tahun pertama kembali ke Malaysia, 2013 beraya di rumah Wan, Kampung Lubuk Kawah, Temerloh Pahang setelah tiga kali eidul adha di perantauan. 



Ucai berehat sekejap selepas penat ikut ummi ronda-ronda carboot sale.  Rasanya yang ini di Carboot Sedgefield.  Kalau pergi carboot sale, memang ucai target dah toys.  Hehe.... melambak toys dia...




Usai mendarat di KLIA, penerbangan Emirates Dubai - KL selama 7 jam.  Sampai tengahari, panasnya Kuala Lumpur.  Puas hati, hampir 4 tahun tidak melihat tanahairku yang tercinta.  Kesian emak, lama ditinggalkan...




Kakak pramugari yang baik.  Mesra dia melayan kami berfoto




Hari terakhir Aan di Redhall Primary School.  Aan diberi tanggungjawab sebagai monitor, bertugas menjaga students nursery dan reception pada waktu rehat.  




On the way balik ke Kelantan semasa hari raya 2013, singgah bermalam di Pantai Batu Buruk.  Sambil-sambil Kakcik dan Ucai lepas gian bermain pasir di pantai.  Di UK selalu juga pi pantai, tapi sejuk, tak boleh nak  main.



Messy hair day, Ini gaya rambut ilham dari Ayah dia, haha... Ucai Year 1, Redhall Primary School.






Seperti biasa 2 minggu sekali pergi Middlesborough, beli ayam, daging dan barang-barang dapur..
Ada pasar tani la pulak.



Ucai di London.  Mula-mula takut dengan Mr Clown, lepas tu seronok pulak tengok kawan tu.  Dia pun ikut buat funny face hingga sampai ke Cambridge pun, dok buat lagi...



Naik speed boat di Whitby.  Selalu juga ke Whitby, makan fish and chips sedap kat tepi pantai.



Belakang rumah di bowburn ketika snow lebat.  Ni tahun 2010 rasanya....  menurut warga Bowburn dah beberapa tahun tiada heavy snow di Durham.  Snow kemabali heavy tahun 2009, ketika itu kami baru saja sampai, begitu lebat sekali dia turun. Sekejap sahaja telah penuh dan tebal menutupi bumi. Rezeki kami...selepas tu pun every year snow lebat sehinggalah winter terakhir di England 2012.








Tiga gambar ni kat Big Ship Little Cow Farm di Aiskew Watermill.  Rasanya sempena birthday kakcik.  Di sini ada playbarn, macam-macam mainan, yang besar pun seronok, yang kecik apatah lagi. Boleh tengok dan pegang animals... petting zoo.




Subhanallah, terkenang sungguh tempat ini.  Gambar ini di halaman Durham Castle.  Saja jalan-jalan di Bandar Durham.  Mendaki bukit singgah beli sedikit souvenir Durham Uni di bookshop, kemudian berehat-rehat di sini.  Durham Castle bersebelahan dengan Durham Cathederal.  Durham bandar university.





Portmeirion. Pinggan mangkuk brand UK yang menjadi dambaan suri rumah yang meminati dinnerware gaya omputehπŸ˜€Di sinilah Portmeirion Village, North Wales. Masa ni holiday ke Snowdonia. Anak-anak semua nak berehat di chalet, penat main kat waterpark.  Ummi dan ayah ambil peluang visit tempat ni.  Kampung Italian style... cantiklah bagi peminat bangunan lama macam kami.  Anak-anak memang tak minat.





Menelusuri Durham Riverside.  Sejuk dan bersih Sungai Durham. Betapa kuingin kembali berada di sini, sangat menenangkan...


Oh my lovely kitchen, 15 Trafford Close.  Banyak memori di dapur ini.  Di sini ummi berkincah memasak untuk keluarga.  Tradisi berubah bila berada di perantauan, tiada gerai, restoren apalagi pasar malam menjadikan ummi suri rumah yang setia di dapur.  Kalau hari ini ummi mampu bake lasagne dan pasta, scones dan granola... maka semua itu bermula di dapur ini....πŸ’“πŸ’“πŸ’“


My baby, my baby.... memenuhi masa cuti. Anak-anak tidaklah begitu seronok dengan cuti sekolah.  Mereka lebih suka bersekolah, happy at school.  So, nak bagi seronok ummi kena buat aktiviti untuk Ucai sekali sekala... decorate gingerbread man.. Ucai minat benorπŸ˜ƒ



Tu dia...butang ke belly button tu??πŸ˜‚

Begitulah... mengulang-ulang cerita lama yang semakin jauh ditinggalkan.  Seorang telah tamat diploma, seorang lagi sedang bertungkus lumus menghabiskan pengajian peringkat degree.  Dua orang di sekolah menengah.  Sekolah rendah dah tak ada dah...  Begitu pantas masa berlalu...lalu kita menjadi perindu detik-detik indah dan pilu yang pernah singgah dalam perjalanan masa kehidupan.  Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara hama-hambaMu yang soleh😭


Sejuk ye kakcik? Kakcik di Nursery And Reception Bowburn.

Tuesday, 25 August 2020

GRANOLA BARS SNACK BERKHASIAT

Entri yang ringkas ini ummi nak post resepi granola bars kegemaran Ucai.  Umi buat kat Ucai untuk bawa balik ke asrama, boleh makan dengan kawan-kawan.  Pernah dulu Ucai cerita dia simpan granola dalam beg sekolah.  Bila rasa mengantuk dalam kelas, dia akan makan sepotong, buat hilang mengantuk..

Granola bars ni bagus, selain daripada oats, ada buah-buah kering seperti kismis dan cranberry.  Kalau tanya Kakcik dia akan suruh buh coklat chips.  haa choc lover macam tulahπŸ˜‚ Umi pula memang suka letak cranberry macam dalam scones juga.  Selain itu ada almond, sunflower seeds, flaxeed seeds, dried coconut dan boleh bubuh apa saja yang ada di rumah tu...

Resepi yang selalu ummi guna:

2 cups roll oat (quick cooking)

2 cups rice krispies

1/2 cup raisins ( any dried fruits..cranberries, apa sj blh buh laa)

1/2 cup shredded coconut ( tak letak pn ok)

3/4 cup almond (crushed je)

3/4 cup light corn syrup - ummi buh golden syrup + honey

1/2 cup brown sugar...ummi tukar dengan gula nise...haha kasi melayu like😍

3/4 cup peanut butter

1 teaspoon vanilla


Cara:

Gaulkan bahan-bahan kering dan masukkan semua yang lain dalam periuk.  Kacau sehingga gula cair dan sebati, then masukkan campuran bahan kering.  Gaul sekata.  Tutup api dan masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper. Cara alas rujuk gambar di bawah.  Mesti lebihkan sedikit paper tu supaya mudah nak dikeluarkan nanti.


gunting sikit
Gunting sikit untuk kemaskan bahagian sudut loyang



Guna scrapper untuk tekan-tekan bagi kemas sebelum masuk oven


Bakar dalam 15 minit, keluarkan daripada oven dan sejukkan.  Alihkan ke atas chopping board dan  bolehlah dipotong. Patut jadi bar, tapi ummi potong kiub sebab senang nak makan, satu mulut sekali ngap!


Ni  GRANOLA CUBES LA....haha

Sebenarnya banyak cara buat granola ni kalau tengok dalam youtube tu, tapi ini cara ummilah.  Jangan tanya ambik kat mana, tak ingat dah.  Tapi ada resepi dalam buku resepi legend tu.....

Kebetulan minggu ni nenek datang.  Kita bagi nenek rasa, alhamdulillah nenek suka dengan granola ni.  Buat bagi bekal untuk Nenek n Aunty Munie juga, boleh makan on the way balik Bukit Marak.  Lupa cakap, Akyas pun datang jugaπŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§

Thursday, 9 July 2020

DIPERSISA PKP INI.....

Minggu ke-22 ummi pelan-pelan mula ke sekolah.  Kakcik ada sikit masa lagi untuk berehat-rehat di rumah.  Ucai la yang masih bersenang lenang. Tu pun bukan Ucai suka sangat pun duk rumah.  Ucai dah mula rindu dengan kawan-kawan, kalau boleh tiap-tiap hari nak GM dengan kawan-kawan, kalau cikgu tak buat kelas onnline, mereka akan usaha buat kelas sendiri, nak belajar bersama...

Bila YB Menteri Pendidikan umum 14 Julai tarikh mula bersekolah, terus Ucai bawa keluar beg, check barang-barang yang nak dibawa balik ke asrama. Takut ada yang tertinggal... haha macam sekolah dia tu kat KelumpoπŸ˜…πŸ˜…


Penuh dah beg tu............



Semoga waktu rehat yang panjang ini menjadikan Ucai semakin bersemangat untuk belajar, bukan nak jumpa dan bersama dengan kawan-kawan saja ye! Selamat maju jaya Ucai, selamat memburu ilmu sedari usia mudamu....

Kakcik di hujung perjuangan tahun ini.  Semoga Allah SWT melimpahi kesihatan yang baik untuk Kakcik dan diberi kekuatan akal dan emosi untuk kekal berusaha, ummi sentiasa doakan kejayaan terbaik untuk anak-anak di dunia dan akahirat.  Doa bonus untuk Kakcik mesti selalu ada kannnπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’Ÿ

Kakcik suka buat apa yang adik-beradik takkan buatπŸ˜‡

Berhasil sudah....
Abang Aan dah tamat Politeknik, Alhamdulillah.  berjaya dengan cemerlang, entah bila pula boleh Konvo.  Hadiah nanti ummi bagi masa konvo yer, apa pun tahniah atas usaha dan kesungguhan Aan belajar,... Allah berkati segalanya dengan kejayaan.  Subhanallah..

Flying coloursπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Result semester akhir, keseluruhan pun sangat baik untuk Abang Aan...
Kakak Iffah pula sedang berjuang, siang malam depan laptop.  Nasib dia terpaksa belajar online masa PKP ini.  Memang nampak teruk sangat. Kakak kata kelas alam maya ini lagi penat dari kelas di persada.....  Tidur pun dah tak tentu waktu, tapi yang bagusnya kakak tetap suka masak.  Ada saja waktu dia selit-selit ke dapur....




Bila kakak masuk dapur, kita pun dapatlah makan special dish...haha.  Yang ayah xminat... tapi takpe kak, ayah je yang tak minat.  So, kita buat yang lain untuk ayah!
Good lick for me, and good luck untuk kakak.  Semoga mendapat CGPA yang bagus untuk semester MCO ini....

Banyak lagi cerita yang tak sempat ditulis, momen-momen berharga untuk kita syukuri, alhamdulillah atas nikmat Allah.  Lama kita bersama kali ini....

Sunday, 28 June 2020

TAFSIR AL-QURAN TV HIJRAH SIRI 1










Episod 10 | My #QuranTime | TV AlHijrah 17.06.2020 AYAT 49 - 57

Episod 11 | m/s 9 | My #QuranTime | TV AlHijrah 18.06.2020 AYAT 58 - 61

Episod 12 | m/s 5-6 | My #QuranTime | TV AlHijrah 19.06.2020 (U)


Episod 14 | m/s 10 | My #QuranTime | TV AlHijrah 21.06.2020 AYAT 62 - 69

Episod 15 | m/s 11 | My #QuranTime | TV AlHijrah 22.06.2020


Episod 15 | m/s 11 | My #QuranTime | TV AlHijrah 22.06.2020 AYAT 70 - 76

Episod 16 | m/s 12 | My #QuranTime | TV AlHijrah 23.06.2020 AYAT 77 - 83

Episod 17 | m/s 13 | My #QuranTime | TV AlHijrah 24.06.2020 AYAT 84 - 88

Episod 18 | m/s 14 | My #QuranTime | TV AlHijrah 25.06.2020 AYAT 89 - 93

Episod 19 | m/s 10-12 | My #QuranTime | TV AlHijrah 26.06.2020 (U)

Episod 20 | m/s 13-14 | My #QuranTime | TV AlHijrah 27.06.2020 (U)

Episod 21 | m/s 15 | My #QuranTime | TV AlHijrah 28.06.2020 AYAT 94 - 101

My#QuranTime 29 Jun 2020 Episod 22 My QuranTime My AYAT 102 - 105

My#QuranTime 30 Jun 2020 Episod 23 My QuranTime My AYAT 106 - 112

Episod 24 | m/s 18 | My #QuranTime | TV AlHijrah 01.07.2020 AYAT 113 - 119

Episod 25 | m/s 19 | My #QuranTime | TV AlHijrah 02.07.2020 AYAT 120 - 126

Episod 26 | m/s 15-17 | My #QuranTime | TV AlHijrah 03.07.2020 609 views•Jul 3, 2020 (U)

My#QuranTime 4 Julai 2020 Episod 27 My QuranTime My (U)

My#QuranTime 5 Julai 2020 Episod 28 My QuranTime My AYAT 127 - 143

Episod 29 | m/s 21 | My #QuranTime | TV AlHijrah 06.07.2020 AYAT 135 - 141

JUZUK KEDUA

My#QuranTime 7 Julai 2020 Episod 30 My QuranTime My AYAT 142 - 145




Monday, 8 June 2020

QURAN TIME, SPANISH OMALETTE DAN NAN CHEESE BREAD

Alhamdulillah, pagi ini tadarrus Al-Quran kita sekeluarga telah pun masuk juzuk ke-3.  Alhamdulillah biiznillah kita mampu istiqamah setakat ini.  Dapat membaca dan memperbetulkan bacaan setiap dari kita.  Umi pun ada lagi kekadang tersilap baca atau salah makhraj huruf...  Semoga kita akan terus bersama Al-Quranul karim sepanjang hidup kita.

Seusai solat subuh.....
Hari ini bermula program QuranicHour di Tv Al-Hijrah.  Entri ini ditulis sambil mendengar program ini... Mudah-mudahan ummi diberi kesempatan bersama mengikuti program ini di TV Al-Hijrah sehingga khatam Al-Quran.  Jangkaan program ini akan berlangsung selama dua tahun.. Insyaallah.

SPANISH OMALETTE
Ini breakfast ummi dan ayah kemarin.  First try, tasteful, alhamdulillah.  Resepi youtube, macam biasa.
A
1 biji potato russet
bawang holand
kobis
sedikit garam
Goreng sehingga masak dan ketepikan.
B
3 biji telur, tapi ummi guna 5 biji.
black pepper
corriander leaves
C
Cheese mozarella / cheddar

Cara:
Masukkan A dalam B, Tuang separuh dalam pan apabila minyak cukup panas.  Tunggu sekejap dan tabur cheese. Cover dengan lebihan bancuhan telur. Apabila sebelah bawah dah masak, terbalikkan guna pinggan.  Ummi guna periuk ajaib, senang boleh terus balikkan dengan periuk tu.. Jadi, ayah dah tunggu kat meja. haha...

Hari ini ayah keluar breakfast dengan old friend UIA.  So, ummi buat nan cheese bread dan kari ikan termenung lemak.  Senang je buat nan cheese ni....

Kegemaran semua anak-anak..
terima kasih kepada youtuber yang share resepi. 

1 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu besar yis
Bancuh dan biarkan sekejap

2 cawan tepung gandum, umi guna 3 cawan
(tambah ir suam dalam 1/4 cawan supaya doh lembut)
1 sudu teh garam
Bila yis kembang boleh gaul dengan tepung. Uli sedikit dan masukkan 1 sudu besar margerin (1 scoop heap), uli sehingga tak lekat di tangan. Rehatkan doh dalam 45 minit.Sementara itu boleh sediakan cheese, boleh guna cheddar atau mozarella.  Cheese keping pun bolehlah.

Umi bahagi doh kepada 5 bebola sebab hari ini kita berlima sahaja.  Canai buh cheese ditengah dan tutup, leperkan dan roll lagi, lenser pan dengan margerin sikit dan buh dlm pan tu. bila dah elok brown balikkan. sekejap sja prosesnya...

Ni rupa mozarella bila roti dicarik...πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Sekian saja ye, semoga semua perkongsian ini memberi inspirasi untuk anak-anak tika berada di dapur suatu masa nantiπŸ‘ͺπŸ’–πŸ’–πŸ’–